"Lenguh pula kaki.” Rungut Aura berjalan tepi jalan tar itu dengan panas membahang cahaya matahari. Dia menuju ke rumah Mak jiah, iaitu mak saudaranya.
TOK TOK TOK..
"Assalamualikum... mak long! Oo mak long.” Jerit Aura mengetuk pintu terlebih dahulu.
"Waalikumsalam, kejap!” Laung seseorang dari dalam. Daun pintu kayu itu dibuka, terjegul seorang pemuda berjubah putih bersama serban dikepala. Masing-masing kelu sejenak sebelum membalas senyum senang.
"La Aura rupanya. Masuk la... mak dengan fiqa ada tu kat dapur. Kenapa masuk pintu belakang ni? Eh Sila.. sila..” Anas mempelawa memberi laluan untuk Aura. Namun aura pula masih tercegat disitu.
Aura mengangguk dengan senyuman manisnya. Dia meminta Anas berjalan dulu.
Dia mengambil tempat dikerusi bersebelahan Fiqa aka sepupunya. Anas pula anak sulung Mak jiah. Dia hanya menghantar langkah Anas yang menaiki tangga naik ke atas dengan ekor mata.
Bahu fiqa ditepuk sekali.
"Weh qa, bila abang nas balik? Bukan ke sekali sebulan saja balik dari Tahfiz tu?” Soal Aura. Biskut Chess didalam botol disumbat kedalam rongga mulut selamba. Alaa chill... buat cam rumah sendiri.
Fiqa yang baru tersedar dengan kehadiran nya itu tersentak seketika. Tangan masih mengupas bawang.
"Dah dapat cuti dia balik la. Eh kau ni... macam jatuh dari langit pulak. Bila kau sampai?” Fiqa bertanya kembali. Sedikit hairan dengan kehadiran temannya itu, bukan hairan sanggat tapi selalunya jika Aura singgah dirumah dia, pasti bukan main bising rumah ni dengan celoteh mak jiah, ibunya. Tapi sekarang... senyap saja.
"Baru saja, mana mak kau? Tak nampak pun... mak long!” Ujar Aura. Mata meliar mencari cari Mak jiah. Sempat melaung memanggil mak jiah.
"Dia lepak dengan geng-geng bawang dia la tu, kat rumah Cik ja.” Balas Fiqa bersahaja
Aura tersengih.
"Sedap kau mengata mak kau kan, nanti aku report kat dia. Tak nih kau ni asal monyok saja muka? Putus cinta ke apa.”
Fiqa mencebir bibir menoleh kepada Aura bersama riak seperti mahu menangis. Aura tergelak melihat mata temannya itu berair merah.
"Bawang dow buat aku nangis. Pedih siot kena dengan air dia. Mak aku pun satu ,suruh kupas bawang macam nak buat kenduri. banyak giler! Aduh.. pedih mata aku.” Fiqa berlari ke singki menyimpah mukanya dengan air paip.
Aura tergeleng kepala. dia tersenyum kecil.
"Tak ada benda yang menyedihkan dalam hidup kau selain bawang. Kira kau first time mengadap bawang? Haih fiqa... macam mana la nak dibuat menantu. Masuk dapur pun sekali setahun.” Aura sengaja memerli. Gurau saja sebab dia tahu si fiqa tu bukan terasa ke apa.
Fiqa menghenyak punggung kembali dikerusi. Masam mencuka diperli begitu.
"Alah try kau pula buat. Sama saja la, bawang ni memang lumrah dia macam tu. Menyakitkan, suka buat orang nangis. Jahat betul. Eh dah la, kau nak tak tidur sini malam ni? Boleh lepak dalam bilik, boring la weh takde kawan. Kau saja lah kawan aku. jom la lama dah tak tidur sama-sama...” Fiqa menukar topik, dia mula teruja mengajak Aura.
Raut Aura kian mengendur mendengar itu namun cepat dia tersenyum nipis. Bukan tak mahu tapi fiqa sendiri tahu dia dia bagaimana. Keluar siang ni pun sebab kena kerja sambilan kat kedai runcit Pak Daud, bermalam rumah mak long?
Hm... memang makan tali pinggang la dengan ayah.
"Alaa ayah kau tu pun, ish benci aku! Kau dah besar tapi buat kau macam hamba abdi pula. Bukannya kau bermalam rumah orang lain, rumah aku saja kot. Kalau si Intan tu bukan main takde kongkong pulak. Kalau kau? Uh! Gila...” Fiqa melepaskan rasa geramnya. Dia sudah faham dengan kebisuan Aura. Mahu saja dia berdepan dengan Azmin tetapi apakan daya. Azmin bapa Aura... dia hanya sepupu saja.
Aura tersenyum pahit. Haih, biar la Fiqa... dah takdir hidup aku macam ni. Lagi pun ayah kongkong aku mesti lah tanda dia sayang, takut jadi apa-apa. Aura menyedapkan hatinya sendiri.
Sayang apa Aura kalau kena pukul hari-hari? Itu bukan sayang dah tu. Kau lari saja lah rumah! Tak payah duduk dengan orang tua tu.... satu suara dari bucu hati mana membisik. Dia laju menggeleng. Tak tak.
"Aku balik dulu Fiqa. Kalau mak long tanya, cakap saja aku singgah kejap je. Aku pergi dulu la.” Katanya mendatar. Aura bingkas bangun mahu pulang.
Fiqa tersentak. Laju dia mengejar Aura, sempat dia mengambil mangkuk tingkat lalu memberikan kepada Aura yg terkebil.
"Kau bagi apa ni qa?” Tanya dia membelek-belek mangkuk tiga tingkat itu.
Fiqa tersenyum ikhlas. Dia tahu Aura masih belum menyentuh apa-apa makanan.
"Pengat durian. Mak aku suruh kasi kat kau. Dia cakap kalau kau datang sini dia nak bagi pengat ni. Ambil la.”Balas Fiqa
Aura tersenyum menutup rasa terharunya dengan layanan teman baiknya itu dan keluarga Mak long.
"Cakap kat mak long, terima kasih banyak-banyak. Nanti aku pulangkan.”
"Aura. Masuk la dulu... makan kat sini.” Muncul Mak jiah dari depan
Share this novel