Bab 40

Romance Completed 32236

"IMER..AURA.. Betul ke apa yg Mama dengar, dah lama Mama nak tanya tapi masa tak izinkan. Yang Aura gugur? Mama nak dengar dari mulut Aura sendiri..” Cukup tegas tetapi Kartini menahan getaran suara. Terasa apabila hal penting begini tak siapa memberitahunya, Nampak sanggat dia tak penting.

Imer dan Aura berpandangan sesama sendiri. Air liur ditelan pahit! Sudah dijangka..pasti mereka akan mendengar soalan ini dari mulut Kartini.

Suasana menjadi berubah tegang..

"Ma. Aura minta maaf sesangat kalau nampak macam Aura dah tipu Mama tapi..” Ujar Aura terjeda seketika menunduk melihat tangannya diusap oleh Imer. Imer menggeleng kecil kepadanya..

Imer tersenyum sebaris menenangkan riak muka.

Kartini merenung dengan pandangan tajam kepada Imer. Seolah menghalang Aura berbicara. Dia cuma mahu memastikan perkara itu benar atau tidak..dia juga mula curiga dengan menantunya.

"Imer! Let Aura finish her story..” tegas Kartini

Imer menggeleng perlahan. Nafas ditarik dalam..
"Aura mengandungkan anak Imer.” Jawapnya tenang setenang air laut.

Kartini dan Aura ternyata tergamam dengan jawapan dari Imer itu..

'Apa yang ada dalam kepala kau, Imer?’ Bisik hati Aura resah sebelum mengalih pandang pada Kartini.

Imer mula seram melihat Kartini melepaskan tawa kuat yg dibuat buat seperti perli pun ada.

"Anak Imer? Maksudnya anak Imer dengan Aura..haiih.. Imer ingat Mama percaya ke.” Senyum sinis Kartini

Aura melemparkan pandang kearah lain. Dia dah agak Kartini tak senang-senang termakan kata Imer itu.

Imer mengeluh halus.
"Ma. Mama nak bukti ke? Maaf la kata-kata Imer ni buat Mama terguris..tapi semua yg jadi termasuk apa yg jadi pada Aura bukan kehendak dia. Imer kenal Aura dah lama..baik buruk dia Imer tahu..malah sampai sekarang Imer tak jumpa lagi mana keburukan dia. Mama tolong jangan salah anggap dengan menantu Mama. Aura bukan perempuan yg jenis mudah jual badan..” Ujar Imer menekan tak mahu dipotong.

Kartini mengangkat bahu ..mimik nya masih bersahaja.
"Yelah Mama bukan nya orang penting pun kan dalam hidup Imer. Aura is everything..forever.. Mama siapa lah nak masuk campur urusan kamu kan. Kamu kan dah besar.. tak perlu la Mama lagi.” Ujar Kartini berjauh hati. Sengaja disayukan suaranya..

Imer tergelak kecil sebelum meraup wajah lega! Lalu mengangkat punggung bersandar manja dibahu Kartini. Kartini melepaskan senyumannya kepada Aura..

"Ya Allah! Ma..gurau kasar. Ingat serius betul betul la tadi. Nakal mama..I’m so sorry Ma. Imer takde niat nak sorokkan dari Mama. You are queen in my heart forever, till jannah, selamanya..” Kata Imer lega bersama ayat-ayat manis nya memujuk wanita itu.

"Mama tak benci Aura?” Celah Aura memberanikan diri

Kartini menggeleng perlahan bersama ketawa kecil.
"Mama nak uji kamu berdua saja. Sebenarnya dah lama Mama tahu..Aura jangan bimbang, selama Aura jadi menantu Mama..tak terlintas dalam fikiran Mama yg menantu Mama perempuan macam tu..jangan cuak sanggat.” Balas Kartini tenang. Kasihan pula melihat Aura berubah cemas tadi..

Aura mengulum senyum tawar. Imer yg tersengih panjang kepadanya tak henti menatapnya. Tetapi jauh disudut hatinya bersyukur lagi satu perkara..

"Kesian Aura cuak tadi. Apa la Mama punya gurau..” Kata Imer

"Yelah tu. Padahal dia pun cuak kan? Mama tengok sampai pucat muka Imer..” Usik Kartini ketawa

Imer tersengih tanpa membalas.

'Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah..ringan sikit beban aku setelah sekian lama asyik fikirkan benda ni.’ Ngomel Aura
. .
. .
PEJABAT VILLA INDAH...isqanda..

TANGAN menghentak meja kuat. Terangkat bahu Wawa akibat terkejut dengan tindakan Isqanda itu. Isqanda meraup wajah kasar jelas kusut.

"SIAL! Dia ingat dia siapa nak arah aku suka hati..Pergi mati la dengan kau punya ugut!” Isqanda melepaskan amarahnya merenung tajam sehelai kertas putih ditangan.

Wawa tak berani pula nak menyampuk tetapi diberanikan juga bersuara.
"Bos.”

Isqanda mendongak malas kepada setiausahanya. Dengan kerutan didahi..
"Apa?”

"Lima minit selepas lunch..kita ada meeting penting dengan Dato’ Jeffri. Secretary dia cakap tak boleh tunda kali ni..” Kata Wawa takut-takut.

Isqanda menahan kekusutan..nafas ditarik dalam sebelum dihempus tenang.
"Lagi?”

Wawa menggeleng laju. "Takde Bos. Itu je..ada apa apa.”

"Itu saja. Thanks Wawa..awak boleh keluar.” Balas Isqanda

Isqanda berjalan kearah tingkap kaca. Membuang pandangan melihat jalan raya di bandar penuh sesat dengan kenderaan. Pandangannya kosong meliar kepada beberapa bangunan gah yg cukup tinggi berpuluh tingkat.

Tangan kanan diletakkan didada. Matanya terpejam seketika..kelopak mata dibuka perlahan. Gigi diketap rapat..rahangnya yg berurat-urat kelihatan.

"Selagi aku kat atas..selagi tu manusia-manusia tu menyusahkan hidup aku..kenapa aku tak boleh nak hidup tenang..” Bisik hati jejaka itu sedikit sayu. Sebenarnya terkadang Isqanda sudah penat mahu menyimpan dendam pada Ayah dan Ibu tirinya. Hati kecilnya juga mahukan hidup sempurna penuh kebahagian seperti orang lain..

'Patut ke aku kuburkan saja niat nak musnahkan hidup mak tiri aku tu..’ Ngomelnya keliru. Hati berbelah hati..Keluhan halus kedengaran. Betul kata orang..dendam takkan kemana,.Malah akan menambah kusut dalam hidup dan takkan puas.

"Layak ke perempuan kikis macam tu hidup bahagia. Goda lelaki kaya lepastu kahwin..bolot harta. Lelaki tu mati and dia cari lelaki lain pulak..Hishhh bodoh betul la! Macam takde orang lain kau nak kebas..bapak aku yg botak tu jugak?!” Gumam Isqanda sendirian ..sempat mengutuk Ayahnya.

"Aahh! Suka hati kau lah nak bolot harta orang tua tu..dia pun nampak tak heran. Aku yang over apasal! Janji tak kacau hidup aku sudah..Malas dah aku nak letih-letih pikir plan nk balas dendam. Dah bertahun dah..aku pun nak juga pikir pasal kahwin ke apa.” Bebel Isqanda perlahan ..

Bibirnya ternaik sedikit sebelum senyum penuh makna terukir.

'Baiklah..aku ikut rentak kau. Kita tengok siapa menang..’ Monolognya sinis . Ketawa besar terhambur hingga Wawa yg tiba dimuka pintu pun patah balik dengan wajah takut.
. .
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience