BAB 37

Short Story Series 99518

-IRIS MIKAYLA POV-
Daritadi lagi matanya memerhati Hasif Safa diruang tamu bersama ibunya. Sungguh, dia terkaku dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Macam tak percaya!.

Hasif Safa yang selama ini pemarah, sinis dan nakal boleh bertukar watak secepat ini. Ada lagi rupanya sisi lain yang dia belum tahu lagi mengenai lelaki itu atau, dia hanya berlakun?. Jika berlakun sahaja, sungguh... lelaki itu berbakat!.

"Kayla... dah siap ke buat airnya tu?. Bawa kesini nak". Teriak puan Azleen dari dalam. Iris Mikayla yang tersentak terus mencecet membawa dulang berisikan 3 cawan serta teko berisi air teh didalamnya.

Tiba di ruang tamu, dia meletakkan dulang itu ke atas meja kaca lalu menghidangkan air buatnya, ibu serta lelaki itu.

Mata memandang kearah Hasif Safa. Otak mula ligat merancana sesuatu. Tapi apa ya?...

Okey, dapat dah!. Laju sahaja punggungnya berdiri dari sofa lalu ingin pergi dari situ. Baru sahaja kakinya ingin melangkah pergi, puan Azleen menahannya.

"ehh.. kamu nak kemana tu?".

Ugh, kacau daun lah ibu ni..

"Hah?.. haaa Kayla nak masuk bilik lah bu, penat. Nak rehat". Dalihnya. Apa pun yang terjadi, dia tetap mahu menjalankan misinya dan harus lancar!.

"Laaa buat apa.. Kesian Safa ni hah, layan lah sekali kami dekat sini".

"Ouh, Safa cuma nak berbual dan kenal- kenal dengan ibu. Dengan Kayla dia dah kenal dah. Nak kahwin dah pun". Sekali lagi Iris Mikayla mencuba nasib. Tolong lah jangan banyak soal macam- macam lagi.

"Betul tu bu.. takpe, bagi je lah dia rehat. Lagipun daritadi pagi lagi dia keluar". Hasif Safa bersuara tiba- tiba. Lagipun, dia juga mahu melihat apakah rancangan wanita itu. Sejauh mana Iris Mikayla akan berjaya melaksanakan 'misi' nya.

"Ehhh tak perlu.. tak elok lah macam tu. Duduk sini dulu sampai Safa balik, lagipun dah nak petang dah. Sekejap lagi kan Safa nak balik dah". Tahan puan Azleen lagi.

Iris Mikayla melepaskan nafasnya perlahan. Cuba berfikir menukar rancangan lain.

"Kayla belum solat asar lagi bu, zohor pun terlepas tadi. Nak ganti balik. Haaa apa kata, kita solat ramai- ramai jom. Safa, awak jadi imam".

Yes!. Jadilah ideanya ini, asalkan ada. Nak tengok juga lelaki bernama Hasif Safa ni solat. Haaa biar tahu rasa kau!. Mesti kau menggigil nanti kan?. ahhahah. Iris Mikayla mula gelak jahat didalam hati. Riaksi muka sedaya upaya dimaniskan. Pura- pura polos yang tidak merancanakan sesuatu pun.

"Haah lah, dah masuk asar. Seronok sangat berbual dengan kamu Safa, sampai ibu tak perasan masa cepat betul berjalan. Nak solat sini sekali ke atau nak balik?". Soal puan Azleen.

"Solat sini dulu, baru balik". Hasif Safa menjawab penuh yakin. Jadi inilah rancangan gadis itu?. Tch, macam tak ada yang lebih 'dasyat' lagi je.

Iris Mikayla yang mendengarkan jawapan lelaki itu terus membulat matanya. 'Apa?! biar betik apa yang aku dengar tadi?, chill Kayla... jangan cepat melatah dulu, diakan pandai berlakun!'.

Seraya itu, Iris Mikayla menaiki tangga keatas untuk berwudhuk dan memakai terus telekungnya dan mahu mengambil sejadah untuk solat diruang tamu bersama mereka.
________________________________
Terkaku, terdiam serta kelu lidahnya mahu mengatakan sesuatu. Terkejut juga dia apabila mendengar lelaki itu membaca setiap bacaan doa didalam solat. Usai solat juga, lelaki itu juga ada membacakan doa tanpa gagap mahupun gigil. Jadi rancangannya salah untuk kali ini!.

Usai bacaan doa diaminkan, mereka terus berkemas apa yang patut sebelum Hasif Safa pamit pulang.

Melihatkan puan Azleen berlalu pergi dahulu, Hasif Safa laju menarik lengannya itu perlahan. Kakinya terus terhenti langkah. Mukanya dipalingkan ke tepi. Tepat memandang kewajah lelaki itu.

"Nice try sweetie.. Next time cuba lagi". Sindir Hasif Safa seraya mencuit hidung mancungnya sekilas. Mata kanan dikenyit. Sengaja mahu menyakitkan hati wanitanya.

Iris Mikayla mengetap rahang. Tahu bahawa lelaki itu cuba menyindirnya. 'Jadi..., mamat itu dah tahu aku sedang merancanakan sesuatu untuk dia?."
________________________________
"Terima kasih bu, sudi terima Safa. Terima Kasih juga untuk hari ini". Ucap Hasif Safa ceria. Bibir tersenyum manis. Suka atas penerimaan dan layanan wanita tua itu kepadanya. Rasa seperti anak sendiri sahaja.

"Sama- sama Safa. Nak memandu tu hati- hati ya. Jaga diri dan kesihatan juga tau. Boleh kahwin dengan Kayla cepat- cepat kalau tak ada halangan. Kan Kayla?". Soalan maut yang diberikan olehnya. Iris Mikayla mahu tumbang sahaja mendengar soalan itu. Semerta, wajah terasa membahang.

Hasif Safa tersenyum lagi. comelnya, macam nak gomol sahaja pipi wanita itu!. "Betul tu bu, tak sabar nak jaga anak ibu seorang tu. Degil pun degil lah. Nanti dah kahwin pandailah Safa jinak kan dia. Mesti terus dengar kata. Safa kan SUAMI nya nanti". Perkataan suami ditekan keras. Mahu mengenakan gadis itu.

Terjegil biji mata Iris Mikayla. Kali ini, dia mahu pengsan apabila mendengar tutur kata selamba dari lelaki itu. Huh, Safa mana pernah tak memalukan aku. Muka dan percakapan juga selalu selamba seperti burung tengah berak atas bumbung kereta!.

"Balik sana, maghrib dah ni.. Jangan lupa solat. Nak jadi suami kena bimbing isteri. Kan ibu kan?". Perli Iris Mikayla pula pakej dengan menghalaunya berambus dari hadapan rumahnya. Tolong lah sekali ini sahaja aku nak menang, jangan lah lelaki itu mempunyai otak yang ligat buat masa sekarang ini mahu membidasnya.

Puan Azleen hanya menganggukan kepala. Melihatkan mereka berdua berbual seperti itu sudah membuktikan mereka sudah kenal lama. Seperti yang dikatakan oleh anaknya. 4 tahun yang lalu mereka sudah kenal. Baginya begitu lama, bukan sekejap!.

"Well, betul lah tu.. jangankan imam buat sayang, untuk ibu pun boleh tau kalau nak join sama sekali. Ouh lupa, nanti dah ada 'anak- anak kita', Safa pun boleh jadikan imam buat mereka nanti". Lagi sekali, Hasif Safa tidak mahu mengalah.

Iris Mikayla menahan geram. Dia tahu, perkataan 'anak- anak kita' itu sengaja ditekankan bermasuk 'anak yang ramai', bukan seorang anak.
'Ish.. miang, gatal, kurap, kudis!'. Gertak hatinya geram.

"Dah lah, tahulah tak sabar nak kahwin. Jangan lah nampak sangat. Dah petang sangat dah ni. Hati- hati Safa bawak kereta tu". Dengan penuh kepolosan puan Azleen yang tidak tahu apa- apa mereka sedang berperang dalam diam itu hanya bercakap tanpa berfikiran negatif. Dia hanya menganggap mereka berdua hanya anak muda yang tidak sabar mahu hidup berdua sebagai suami isteri.

"Baiklah, bye ibu.. bye sayang..". Usai itu, Hasif Safa terus menekan pedal minyak menuju ke rumahnya. Mahu rehatkan diri dan malam ini, nak mimpikan gadisnya sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience