-HASIF SAFA POV-
Perut bahagian kanan bawahnya ditekap. Sakit yang amat kuat mencucuk- cucuk. Bahagian dada juga terasa sakit dan nafas menjadi tercungap- cungap. Rahang diketap kuat menahan sakit yang terasa sehingga ke tulang. Tepi bibir dan bawah hidungnya yang berdarah dibiarkan sahaja.
"Sakit?. Itu baru sikit Safa. Belum lagi aku sentuh perempuan kau". Tutur Hermi Safa seraya tersenyum sinis. Dia mencangkung tepat didepan adik kembarnya.
"Pengecut. Tak perlu berlawan guna orang- orang kau. Kalau kau berani sangat, datang seorang jumpa aku. Dan kalau kau sentuh Kayla... aku tak teragak- agak buat sesuatu dekat kau juga". Tanpa perasaan gentar, Hasif Safa menatap tajam kedalam anak mata lelaki itu. Sungguh, sikit pun dia tidak takut.
"tch, terpulang kau lah nak kata apa pun. Ouh ye, kau tak nak aku ganggu life kau kan?. Apa kata kau buat daddy sayangkan aku kembali. Then aku janji tak akan ganggu kau lagi deal?".
Hasif Safa yang mendengarkan itu terasa ulu hatinya digeletek. Gelak tawanya perlahan- lahan dilepaskan dan semakin lama semakin kuat. Bergema juga lorong sunyi itu dibuatnya.
Hermi safa terjungkit kening. Pelik akan riaksi kembarnya. Apa yang lawak?.
"Kau ingat mudah macam tu je aku nak buat daddy maafkan kau?. Ini baru sikit Hermi.. baru sekejap kau dah melenting macam ni. Aku yang bertahun lamanya dady bencikan aku, ada kau ambil peduli?!". Ternaik seoktaf suaranya dihujung kata. Emosi secara tak langsung tidak dapat dikawal.
Hermi Safa diam tersentak. Tidak tahu mahu mengatakan apa lagi. Apa yang dikatakan oleh adik kembarnya benar belaka.
Melihat lelaki itu terdiam, Hasif Safa mengambil kesempatan untuk menyambung lagi. Kepala didongakkan tepat memandang wajah itu. Terasa sakit apabila melihatkan wajah itu kerana rindu akan keakraban sewaktu mereka kecil. Tetapi, kenapa boleh bermusuhan seperti ini?. Melain kan satu sebab.....
"Aku tahu kenapa kau nak buat daddy benci aku. Kau sebenarnya nak kan harta lebih dari aku kan?. Kau nak jadi CEO dan kau nak semua harta pusaka daddy oneday nanti jadi milik kau!". Teka Hermi Safa. Dia tak rasa tekaannya tidak tepat.
Hasif Safa tersenyum sinis melihatkan wajah terkejut abang tirinya itu. Dia yakin, tepat mengena batang hidung lelaki itu dan menusuk jantungnya.
"Ye!. Aku nak semua harta tu. Aku nak daddy sayangkan aku lebih dari kau. Aku nak nampak hebat dekat mata lelaki tua tu. Puas hati kau?!".
"Kalau kau nak sangat duit, harta and pangkat tu.. kau pergi ambil sana. Sikit pun aku tak peduli. Tapi, aku akan peduli if kau sakitkan orang- orang yang aku sayang!. Jangan sebab harta semua tu, kau sakitkan orang yang kau sayang". Jawab Hasif Safa dengan wajah yang menahan sabar. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menumbuk sekuat hati wajah didepannya sekarang ini.
Hermi Safa diam. Mungkin tersentap akan ayat yang ditutur oleh adik kembarnya. Dia hanya membiarkan Hasif Safa bangun yang ingin berlalu pergi dari sini.
Hasif Safa sedaya upaya membangunkan diri dan menegakkan kakinya. badan yang hampir melorot kebawah ditahan dengan kakinya seteguh mungkin. Dia penat, dia mahu pulang ke rumahnya dan merehatkan diri.
Kaki melangkah pergi melepasi Hermi Safa. Baru sahaja mahu pergi dari situ, matanya tertancap betul- betul kearah wanita yang sedang melopongkan mulutnya. Matanya membuntang luas memandang kearahnya. Dapat dilihat air mata wanita itu ditahan sedaya upaya supaya tidak jatuh.
"Siapa kau?". Secara drastik, soalan itu terpacul keluar dari celah bibirnya yang berdarah itu.
Hermi Safa yang mendengarkan soalan dari lelaki itu terus sahaja memusingkan badannya ke belakang. Kepala tegak lurus kedepan melihat sosok seorang wanita dengan riak terkejut. Tangan halusnya dinaikkan menutup mulutnya yang melonggo .
Hermi Safa terbuntang melihatkan sosok didepan matanya. Terus sahaja kaki melangkah kearah wanita itu lalu lengannya ditarik pergi dari situ. "Jom!". arahnya tegas.
Hasif Safa diam tidak terkutik. Lurus matanya melihatkan pemergian abang kembarnya bersama wanita itu serta anak- anak buahnya yang lain ikut dari belakang.
Share this novel