- HASIF SAFA POV-
Di atas meja makan kecil yang disediakan pelbagai hidangan dipandang sepi. Matanya lebih tertumpu ke arah wanita itu.
'Masih merajuk lagi ke?'.
"Kayla.. im sorry okeyh?. aku sambung kacau kau esok pula ye?". Menyempat!. diakhir ayat sempat pula dia menyakat lagi. Mana pernah berubah mamat ni bila dengan wanita itu.
"Safa.. saya rasa berdosa sangat- sangat. Selama ni aurat yang saya jaga, awak dah nampak. Bukan tu je!. Awak pernah cium saya juga Safa!. Bila saya cakap saya bencikan awak, awak akan marah saya. Then, apa yang patut saya buat untuk awak lepaskan saya dan tak akan ganggu saya lagi?". Panjang lebar wanita itu menutur kata. Matanya lurus menatap ke dalam matanya.
Keluhan kecil dilepaskan. Mana mungkin dia melepaskan wanita itu pergi lagi !. Dia tidak akan biarkan gadis itu pergi buat kali kedua. Tidak akan!
"Aku cintakan kau Kayla. bagi aku perluang untuk aku cinta dan sayangkan kau. Aku nak kahwin dengan kau, Kayla. Please..."
"Kenapa awak nak kan saya?".
Hasif safa sudah meraup wajahnya.
Apa lagi yang wanita itu tidak faham?. mestilah sebab cinta, sebab sayang. Tak ada sebab lain selain itu!.
Tangan kekarnya memengang kejap kedua bahu wanita itu. Menghadap satu sama lain. Hasif Safa menatap tepat ke dalam anak mata Iris Mikayla. Mata mereka bertembung.
"Sebab aku cintakan kau. Aku tak nak orang lain selain kau. I want you, only you.. Please trust me, Kayla. Well,... let me be honest to the point of conversation, do you hate me too much?". Balas Hasif Safa panjang lebar juga. Pakej dengan soalan cepumas dihujung katanya.
Hasif Safa sabar menunggu balasan dari bibir merah itu. Jantungnya sudah berdegup kencang.
_____________________________________
-IRIS MIKAYLA POV-
Sepi. Lidah terasa kelu untuk menjawab soalan cepumas itu. Bencikah dia terhadap lelaki itu?. Dia sendiri tidak tahu terhadap perasaannya.
Dulu, 4tahun yang lalu mungkin dia sayangkan lelaki itu. Tetapi sekarang?.
"Kayla..."
Iris Mikayla tetap diam. Dia menatap wajah lelaki itu yang penuh pengharapan. Mengharapkan jawapan dari dirinya sekarang juga.
Iris Mikayla melepaskan nafas berat. Kepala ditundukkan lagak orang bersalah. Jawapan apa yang patut di beri?.
"Safa.. saya.. Saya tak benci awak. Tapi sejujurnya saya tak cintakan awak Safa". Terlepas juga akhirnya apa yang terbuku didalam hati dan benaknya.
Dia mendongakkan wajahnya menatap lelaki itu kembali. Terkaku dia melihat air mata yang bertakung dimata lelaki itu. Apa yang patut dia lakukan sekarang ini?.
______________________________________
-HASIF SAFA POV-
Bagi Hasif Safa pula, hatinya bagai tercarik- carik lalu disimbah asid. Sakit mendengarkan luahan jujur wanita itu. Sedangkan dia sudah tahu di dalam hati wanita itu tiada namanya. Langsung tiada!. Tetapi mendengarkan luahan jujur wanita itu tetap sakit!.
"Safa.. saya akan bagi diri saya perluang untuk.. untuk cintakan awak." secara drastik, air mata yang hampir berjuraian itu kering sendiri bilamana mendengarkan ayat gadis itu sebentar tadi.
Betul ke?. dia tak salah dengar kan?.
"huh?". Itu sahaja yang terluah. Sungguh dia sendiri tidak tahu sekarang ini adalah mimpi atau pun tidak. Tetapi melihatkan gadis didepannya tersenyum lebar didepannya sekarang ini, dia yakin.. itu bukan mimpi !
"Sebab awak orang pertama nampak aurat saya dulu. Jadinya saya nak bagi awak perluang untuk buktikan yang awak memang betul- betul cintakan saya. Jadi sekarang ni, tak salah kan bila perempuan dulu yang mulakan langkah?".
"huhh??!". Tidak faham dia dengan tutur kata gadis itu di akhir kata. Mulakan langkah?. Apanya?.
Iris Mikayla tersenyum simpul. Ish, tahu lah kacak, buat muka comel macam tu pun tetap tak hilang kacaknya.
" Will you marry me?." Soal Iris Mikayla dengan hanya senafas. Hanya sebaris ayat itu sudah membuatkan hati Hasif Safa berdegup kencang.
Mata bundarnya membuntang luas. Mulutnya melonggo. What?!. yang ini dia tidak percaya. Dia yakin yang ini adalah mimpi semata- mata.
"Aku mimpi ke ni?". Perlahan sahaja ayat itu terluah namun masih terdengar jelas di pendengar Iris Mikayla.
Tangan kecil wanita itu menampar kuat di lengan kanan Hasif Safa. Terperanjat Hasif Safa dibuatnya.
"Aduhh.. sakitlah". Rintih Hasif Safa. Tangan kirinya mengusap lengan kanannya yang terasa pedih. 'ish, tangan je kecik. Kuat juga dia ni rupanya'.
"Padan muka. So... dah percaya yang Ini adalah realiti dan bukannya mimpi, huh?".
Hasif Safa terdiam buat kesekian kali. Jadi ini ada lah realiti??! bukan mimpi kan?. Ye.. Bukan Mimpi !.
Bibirnya terus sahaja membentuk sebuah senyuman manis. Arghhh rasa nak jerit sahaja!.
"Tapi kan Kayla.. Biar aku lah yang merisik kau!. Ish apa ni kau yang merisik aku?. Habis dah tak gentle aku tau". Muncung bibir lelaki itu.
Dimata Iris Mikayla, terlihat comel sahaja tingkah laku Hasif Safa. Belum pernah dia melihat wajah cemberut lelaki itu selama ini.
"Eiii dia muncungkan bibir lah.. eii merajuk ke tu?. Eiii dia merajuk lah".
"Kayla!". jerit Hasif Safa. Macam mana dia boleh tak sedar yang dia dah tunjukkan muka merajuk dan cemberutnya?. Ugh.. memalukan.
"Thanks Kayla.. Aku janji, aku akan jaga kau baik- baik. Aku... cintakan kau Kayla. Kau milik aku".
Share this novel