BAB 29

Short Story Series 99481

"Daddy.. daddy.. Safa bawa balik perempuan daddy. Dia buat maksiat dalam bilik Hermi. Mungkin biar senang dia nak fitnah Hermi nanti. Nasib baik daddy balik sekarang".

Membuntang luas mata tua lelaki itu bila mendengar kata- kata anak bujangnya yang seorang itu. Niatnya mahu makan petang bersama anak- anak tersayang di rumahnya namun ini yang dia dapat!.

Kaki terus laju melangkah ke atas diikuti dengan Hermi Safa dibelakangnya. Tangan tua itu memulas tombol pintu. Jantung terasa terhenti. Kepala mahu pitam melihat situasi didepan mata kepalanya.

Hasif Safa yang sedang menenangkan Marsya terus terkaku. Baru dia perasan, badannya tidak berbaju lagi. Baju kemeja sekolahnya dilepaskan lalu diberikan kepada Marsya kerana kemeja gadis itu telah koyak rabak. Jadi mahu tidak mahu, dia tiada pilihan lain.

Lidah kelu mahu meluah kata. Apa yang patut dia jelaskan ke daddynya?. ini semua hanya salah faham sahaja!.

"KAU BUAT APA HUH?. KELUAR SEKARANG. KAU PEREMPUAN, BERAMBUS DARI SINI !". Terus sahaja dia menengking gadis yang tidak dikenalinya.

"Dato'.. sebenarnya bukan Sa.."

"BERAMBUS!"

Tidak sempat mahu menjelaskan situasi sebenar, dia ditenging lagi. Masya semakin takut. sekarang ini, dia mahu balik ! itu sahaja. Dengan pantas kaki melangkah keluar bilik.

END FLASBACK.

Dato' Hamid Sufi terkedu mendengar cerita dari celah bibir anaknya. Dia seperti tidak mahu percaya. Jadi ini semua olah Hermi Safa, dan bukannya kerja kotor Hasif Safa?. Tetapi Hermi Safa?. Macam tu?. Dia sendiri buntu.

Melihatkan daddynya itu terlonggo, dia terus menepuk bahu daddynya dengan lembut seraya itu, dia tersenyum lebut.

"Its up to you untuk daddy percayakan Safa ataupun tidak. Tetapi Safa dah ceritakan semua sekali kepada daddy. dan sungguh, Safa sikitpun tak menipu dengan Daddy".

"Maafkan daddy Safa. tapi daddy susah nak percaya selagi daddy tak dengar dari mulut Hermi sendiri. Balik nanti, Daddy minta Hermi berterus terang ye?".

Hasif Safa yang mendengar terus tersenyum. Akhirnya.. doanya telah termakbul. Walaupun belum sepenuhnya, tetapi dia lega sudah meluahkan semua sekali kepada lelaki tua itu setelah bertahun lamanya.
____________________________________
- HERMI SAFA POV-
(3 PAGI)

"Pergi mana baru ingat nak balik?". Tegur seseorang dari arah ruang tamu. Kaki yang ingin melangkah ke anak tangga terhenti kaku.

Kepala ditoleh kearah suara tersebut. Terkejut bukan kepalang lagi apabila dia melihat daddynya sedang berpeluk tubuh diatas sofa empuk. Matanya juga tajam memandang ke arah dia.

'Daddy masih belum tidur?, aduh.. selalu dah tengah pagi macam ni mana pernah daddynya jadi pak jaga di ruang tamu jam segini'.

"Huh?. Daddy tak tidur lagi ke?". Lain yang disoal, lain pula yang dia jawab. Sengaja mahu menukar topik. Kaki terus diayun perlahan ke arah daddynya. Jantung yang berdegup kencang diendahkan.

"Pergi mana?." Soal Dato' Hamid Sufi buat kali kedua. Soalan yang sama tetapi ringkas.

"pe.. pergi.. Hermi baru je lepak dengan kawan Hermi". Dalih Hermi Safa.

"Ouh ye ke?. Kenapa kemeja kau bau minyak wangi perempuan ye?". Soalan cepumas dari celah bibir tuanya keluar. Hidungnya dapat mengecam bau minyak wangi wanita apabila Hermi Safa datang dekat kearahnya. Dia yakin, itu dari kemeja Hermi Safa.

Membuntang terus Hermi Safa. Terkejut dengan soalan yang diberikan oleh Dato' Hamid Sufi.

Dia baru sahaja 'menjalankan kerjanya' bersama Viola di hotel. Tidak sangka pula daddynya jam segini belum tidur. Sungguh, dia masih belum pernah lagi melihat daddynya berjaga malam seperti ini. pasti ada sesuatu yang terjadi,tapi apa?.

"Kenapa kau diam?. Jawablah !". Tengking Dato' Hamid Sufi kuat. Ruang tamu yang luas dan besar serta dilengkapi dengan perabot itu bergema.

"Kenapa dengan daddy ni?. Terpulang Hermi lah nak pergi mana pun. Hermi dah ada girlfriend, so memang lah ada bau minyak wangi perempaun". Dengan berani sekali, Hermi Safa menjawab.

"Aku tak kisahpun kau nak keluar lepak ke, ada girlfriend ke. Tapi yang aku peduli sekarang ni, kau pergi merogol perempuan kan?". Tanpa basah basi lagi, terus sahaja dia ke topik utama. Tidak mahu membuang masa.

Terkejut Hermi Safa. Dia tersentap sekejap sebelum bibirnya membentuk senyuman sinis.

"Daddy ingat Hermi ni macam anak daddy yang seorang tu ke?. Hermi cuma dating dengan girlfriend Hermi. Bukannya buat benda kotor tu pun". Tipunya. Dia tidak akan biarkan daddynya membencinya. Niatnya hanya mahu menjadi CEO syarikat milik lelaki tua itu bila tiba masanya nanti.

"Kau tak perlu nak menipu aku, Hermi. Kau ingat aku percayakan kau lagi?. Puas kau huh?. Puas kau aniaya adik kembar kau sendiri?. Safa dah cerita semuanya dengan daddy. Aku tak sangka perangai kau lebih teruk dari syaitan!".

"Woww... I see.. Daddy marahkan Hermi sebab percayakan cerita bodoh dari mulut jantan keparat tu?. Daddy.. daddy tahu tak, sebenarnya Safa yang ---". Terhenti bicara lelaki itu bila tiba- tiba sahaja pipinya ditampar kuat oleh daddynya. sakit di pipinya tidak sesakit di hatinya.

" Kau ingat aku percaya kan kau?. Pergi kemas barang kau, keluar dari rumah ni. Selagi kau tak minta maaf dengan Safa, jangan harap dapat jejak kaki ke rumah ni". Usai menutur kata, terus kakinya melangkah menaikki anak tangga satu persatu. Pagi- pagi buta begini, malas dia mahu berdebat lama- lama dengan anaknya.

Disisi lain, Hermi Safa menganggam tangannya menjadi sebuah penumbuk. Rahang diketap kuat. Matanya tajam memandang pemergian lelaki tua itu.

"Kau tunggu Safa!. Kau tak tahu apa yang aku boleh buat dekat kau nanti. Kau tunggu nasib kau nanti". Dengan penuh dendam dan tekad, Hermi safa menutur ayatnya lalu pergi dari ruangan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience