BAB 43

Short Story Series 99352

-VIOLA POV-

"Sayang!.. kau buat apa dekat sini?". Soal lelaki itu keanehan.

Terimbau kembali kejadian dimana dia bersama Iris Mikayla dan terjumpa dengan lelaki itu.

Sayang?.. Jadi, dia lah adik kembarnya Hermi Safa?. Lelaki yang sewaktu itu dipukul oleh konco- konco Hermi Safa?. Ya tuhan.. Kenapa mesti dia?. Jadi.. Iris Mikayla girlfriend kepada lelaki itu?. atau... tunang?. Atau mungkin mereka sudah berkahwin?".

Viola meraupkan wajahnya beberapa kali. Dia runsing memikirkan soalan- soalan dibenaknya.

"Coffe?". Soal Hermi Safa seraya menghulurkan cawan yang berisikan air kopi. Viola menyambut huluran itu penuh berhati- hati.

Tanpa disuruh, lelaki itu duduk disofa sebelahnya. Mata menatap tepat kearah sisi wajah wanita itu tanpa kedip. Apa yang terjadi sebenarnya?. Kenapa wanita itu nampak bermasalah?.

"Why?. you okey ke tak?". Terus sahaja soalan itu ditujukan kepada Viola. Jari telunjuknya menyangkutkan juntaian rambut dibahagian tepi ke telinga wanita itu. Barulah senang dia hendak menatap dengan jelas sisi wajah gadisnya.

"Hermi... Adik kembar awak dah ada girlfriend ke?. Atau, mereka dah berkahwin?". Soalan itu terus terkeluar dari celah bibir munggilnya. Tidak mahu dia berdalih akan hal itu. Dia ingin tahu sekarang juga.

Hermi Safa yang mendengarkan hal itu terus tersentak. Kenapa tiba- tiba menyoalkan hal ini?. Mereka terserempak kah?.

"Belum, tapi dia ada girlfriend. I tak tahu mereka dah bertunang ataupun belum. Why, dia ada buat sesuatu dekat you?". Soalnya cemas. Yelah, tidak mustahil kalau gadis ini menjadi mangsa akan dendam lelaki itu. sungguh, kalau terjadi sesuatu kepada Viola, dia tidak akan memaafkan dirinya serta orang yang menyentuh gadis itu.

Viola menggelengkan kepala. Dalam diam, dia terkelu. Jadi.. Iris Mikayla ada hubungan dengan adik kembarnya Hermi?. Macam mana agaknya riaksi wanita itu bila mendapat tahu bahawa dia adalah girlfriend kepada Hermi Safa merangkak kembar kepada boyfriendnya itu?.

"I minta maaf Viola.."

Viola tersentak. Kenapa tiba- tiba meminta maaf pula ni?. Dia ingin menjawab namun hatinya menahan. Jadinya, dia diam menunggu kata.

"You mesti terkejut akan hal semalam yang terjadi kan?. I betul- betul minta maaf sebab menipu you selama ni. Ye, I jahat. I yang aniaya adik kembar I sendiri sebab I nak kan harta. Nak hidup mewah bersama dengan you!. Ya, dulu sebelum kenal you, I nak harta sebab nak hidup senang sahaja. Tetapi sekarang nak senang bersama you". Jelasnya panjang lebar.

Tangan wanita itu diambil lalu dielus perlahan. Sungguh, apa lagi yang dia perlu buat demi wanita itu?.

"I tak nak you buat macam tu. Sebabkan harta, You jadi bergaduh dan bertengkar sesama adik beradik.You deserve to live happily. Like everyone else. Normal life like family and other siblings". Jawab Viola tenang.

"How about you?"

Viola mengangkat kepala dan mengalihkan pandangan kewajah lelaki itu. Riaknya penuh dengan tanda tanya untuk minta penjelasan dengan soalan lelaki tersebut.

"You also don’t get love from your family and don’t live happily like other people’s families".

Viola diam seketika. Baru dia faham maksud lelaki itu. Cawan kaca diletakkan keatas meja lalu kepala dihadap kedepan lurus ketingkap. Mata dikerdip perlahan beberapa kali cuba mengingati suatu masa lalu yang lampau.

"You and I are different. You just ruined your own family relationships but I ruined other people’s happiness as well. And this is punishment for me, maybe ?". Soalnya sinis lebih kepada diri sendiri. Dia menarik nafas lalu dilepaskan perlahan.

Hermi Safa yang melihatkan itu semerta hatinya sakit. Argh! wajah dan mata itu... riak yang penuh kesedihan dan mata yang memancarkan penuh derita pada suatu ketika dulu. Dia tidak tahu apa yang terjadi namun apa yang pasti, masa lalu itu yang merosakkan segala- galanya.

"Everyone deserves to be happy. Only people decide how they live in order to fill that space of happiness". Tutur Hermi Safa tepat ke telinga Viola.

Viola memalingkan wajah kesebelah. Tanpa sengaja, hidung mancung mereka tercuit sedikit. Hermi Safa senyum simpul melihat riaksi Viola yang terkejut.

Viola dengan laju melarikan pandangan wajahnya. Dia... malu.

"What-- what do you mean?". Dengan sedaya upaya berlagak selamba, dia menutur kata. Namun masih tidak berani menatap mata lelaki itu. Dia pasti, Hermi Safa sedang tersenyum nakal sekarang ini.

"Semua orang berhak bahagia, You pun berhak bahagia Viola. Kalau itu yang you nak, I akan bekerja sekeras mungkin untuk menghalalkan you. I janji tak akan guna cara kotor untuk dapatkan duit daddy and I akan minta maaf kepada Hasif Safa. And... you pun kena berjanji dengan I juga". Tangan kasarnya menyentuh pipi gadis itu.

Dia mengepitkan tangannya kedua belah pipi gadis itu lalu dibawa tepat kehadapan mata. Mereka bersambung pandangan. Seorang dengan padangan pengharapan dan seorang dengan pandangan tertanya- tanya.

"Huh?. Janji apa?".

"Promise me that you will be happy too. Forget your past and apologize or even forgive the person. Okey, Viola Diendra?".

Viola diam sejenak. dia tenung kedalam mata lelaki itu yang mengharapkan pengharapan. Lalu secara drastik, dia menganggukan kepalanya. Senyuman diukir segaris.

"You tak nak dengar masalah I ke?. Atau You tidak berminat dengan masalah I?". Viola menyoal berlahan. Tangan lelaki itu dileraikan dari wajahnya.

"do you remember my promise to you that day ?. I will always wait for you until you want to tell me everything".

Viola terpegun. Ya!. Dia ingat. Dia juga kagum dengan lelaki itu kerana tidak pernah sekali pun dia memaksanya untuk bercerita walhal dia tahu, Hermi Safa hendak mendengarkan segala masalahnya.

Dia dah bersedia mahu menceritakan segala- galanya kepada Hermi Safa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience