BAB 44

Short Story Series 99481

-FLASHBACK 7 TAHUN YANG LALU-
-IRIS MIKAYLA POV-

Mata terkebil- kebil baru tersedar dari lenanya yang terasa panjang. Jujurnya, mata masih terasa berat namun tetap juga dia gagahkan untuk membuka. Tangan dibawa kemata lalu digosok ke situ.

Tidak tahu kenapa, kepalanya terasa berat untuk bangun. Dia paling wajah ke sebelah kanan. Terlihat seorang lelaki tidur disebelahnya. Kacak dan nampak gayanya mungkin dia berbangsa cina.

Otaknya yang lambat mencerna dengan apa yang terjadi terus semerta dia tersentak. Badan yang terbaring dengan drastik terduduk di atas katil. Tidak peduli lagi akan rasa sakit yang mencucuk- cucuk dikepalanya. Yang sekarang lebih penting adalah....

Iris Mikayla menyelak sedikit selimutnya. Terkejut bukan kepalang lagi apabila mendapati bahawa dia hanya berbaju singlet nipis serta berseluar. Tudung dikepala juga tidak tersarung lagi.

Mata serta merta membulat besar. Air mata yang tidak dapat ditahan mengalir deras. Teresak- esak dirinya dan ada sesekali dia menjerit kecil. Tidak mahu memikirkan perkara negatif namun tetap sahaja itu yang dia fikirkan sekarang ini.

"are you awake?".

Soal seseorang disebelahnya. Lelaki itu sudah bangun. Mungkin terdengar esakkan serta jeritan kecil darinya yang membuatkan lelaki itu tersedar dari lena.

"what are you doing with me ?". Tanpa menjawab soalan lelaki itu, Iris Mikayla memberikan soalan lain pula.

"We just do what we want, baby". Jawabnya selamba. Bibir tersenyum manis. Niat mahu menggoda perempuan disebelahnya. Namun pandangan yang tajam pula yang dia dapat. 'Hmmm.. still she look sexy'.

"What do you mean?". Dengan bibir yang diketap perlahan, Iris Mikayla masih juga mahu menyoal. Genggaman diselimut semakin dikemaskan. Cuba mencari kekuatan yang masih ada.

"Did you forget last night ?. what did we do, that night?". Soalan dibalas dengan soalan. Sejujurnya, dia tidak melakukan apa- apapun kepada wanita itu. Dia telah dibayar oleh seseorang untuk menculik wanita itu lalu berlakon memainkan peranan sebagai wataknya.

Mendengarkan soalan dari celah bibir lelaki itu, dia terasa mahu pitam. Hampir sahaja dia terjatuh dari duduknya namun sempat disambut oleh seseorang.

Iris Mikayla membuka mata. Terlihat wajah lelaki cina itu dengan riak bimbang. Ugh! persetankan semuanya, dasar manusia bertopengkan iblis!.

"LET ME GO!". Gertak Iris Mikayla yang kehilangan sabar dan amarah. Tangannya baru sahaja ingin menolak tubuh sasa itu, namun dia terlambat.

Pintu dibuka oleh seseorang dari luar, dan..

"Iris mikayla!..." Jerit seseorang dari arah pintu bilik.

Jeritan dari arah pintu itu mengejutkan Iris Mikayla serta lelaki itu. Cepat- cepat mereka meleraikan pelukan. Iris Mikayla melompong. Ya Allah, tolong... tolong lah sedarkan aku dari mimpi buruk ini. Aku yakin, ini hanya mimpi buruk. Namun...

"Apa kau dah buat hah?!". Pekikan dari lelaki tua itu sekali lagi mengejutkan Iris Mikayla. Terjungkit bahunya menerima tengkingan itu.

Bukan!. sekarang ini bukan mimpi.

"Ayah.. dengar dulu apa yang Kayla nak cakap kan ni.." Lirih suaranya. Sungguh, dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Sekarang ini, dia malu. Malu dengan semua mata yang memandangnya.

Ya!. Sekarang ini, yang sedang melihat situasi ini terlalu ramai. Ada ibu, ada ayah, ada Viola dengan senyuman sinisnya dan ada juga lelaki itu. Qarin, lelaki yang sedang ada hubungan dengannya sekarang ini. Teman lelakinya. YaAllah, mana aku nak letak muka aku sekarang ini?.

"Kau!.. Keluar sekarang jantan tak guna.. Berambus dari situ.. Berambus!. Kau buat apa dengan anak aku hah?. Kau memang... memang...". Dihujung kata, Encik Rosdi tercungap- cungap. Tangan tua itu mengenggam dada bahagian kirinya.

"Abang... abang okey tak ni hah?.. bang, YaAllah.. Abanggg". Dengan cemas, Puan Azleen memanggil suaminya. Bahu lelaki tua itu diusap.

"Ayah!". Iris Mikayla bangun menuju ke arah ayahnya. Dia tidak peduli dengan auratnya sekarang ini. Dia juga tidak peduli dengan pandangan Qarin yang terkejut itu. Ya, apa nak jadi, jadilah.. Dia tak peduli. Yang lebih penting adalah ayahnya.

Tidak semana- mana, Encik Rosdi pengsang disitu. Mata tertutup rapat tidak menyedarkan diri.

"Ayah!"
"Abang!"
______________________________
-KPJ PUTERI SPECIALIST HOSPITAL-

"Maaf puan, suami puan tidak boleh diselamatkan lagi. Dia kena serangan jantung". Jawab Doktor wanita berbangsa india itu.

Mendengarkan itu, Iris Mikayla hampir pitam. Suara tangisan ibunya menyedarkan dia untuk terus kuat. Dengan pantas, dia mengangkat langkahnya menuju ke arah Puan Azleen.

"Ibu... Maafkan Kayla.. Sungguh, Kayla tak buat semua tu ibu.. Bukan Kayla". Nangisnya teresak juga.

"Maaf, awak Kayla ya?" Soal doktor india itu kepadanya.

Iris Mikayla menganggukan kepala tanda mengiyakan.

"Arwah sempat berbisik di telinga saya sebelum dia meninggal. Dia cakap, 'Ayah.. maafkan kamu Kayla.. Ayah yakin kamu kuat' ". Itu yang sempat Arwah ucapkan sebelum dia pergi.

Iris Mikayla menggelengkan laju kepalanya. Tidak sanggup dengar apa yang dikatakan oleh doktor itu.

"Memang aku tak buat!. bukan aku!.. Untuk apa ayah memaafkan Kayla?. Kayla tak buat semua benda bodoh tu lah!". Pekiknya sekuat hati. Tidak peduli akan orang- orang yang memandangnya dengan riak aneh serta berbisik sesama mereka.

Tanpa sengaja, matanya tertancap ke arah Viola yang sedang menundukkan kepalanya lagak seorang pesalah. Disebelahnya juga ada Qarin. Tidak tahu mengapa, tapi dia yakin, wanita itu yang cuba merancang perkara bodoh tersebut.
______________________________
-Universiti Teknologi Malaysia-
-VIOLA POV-

"Kayla tunggu!.. Tunggu I, Kayla!". Jeritnya lantang. Kaki yang dikenakan tumit tinggi dilangkah selaju mungkin untuk mengejar langkah wanita itu.

Tangannya mencapai lengan Iris Mikayla dengan kuat. Cuba menahan lengkah wanita itu.

"Kau nak apa hah sundal?!". Berserta carutan, dia menjerit sekuat hati. Pergi lantak sana dengan orang sekeliling yang memandang dengan pandangan tertanya - tanya. Ada juga orang- orang yang memberhentikan langkah mereka untuk melihat tingkah mereka berdua.

"Kayla, I.... I.."

Malas mahu menunggu lagi, Iris Mikayla menyambung langkah. Tetapi laju sahaja tangannya mencapai kembali lengan Iris Mikayla.

"Kau nak apa hah?!".

"Kayla.. I minta maaf, I tak tahu kalau... kalau sebab tu... ay-- ayah You.. ayah You meninggal. Maafkan I, Kayla". Pintanya memohon keampunan. Air mata tidak dapat dibendung lagi.

"Kenapa kau perangkap aku?!. Sebab kau cintakan Qarin, macam tu?! Kau tak sanggupkan dia berkahwin dengan aku?!. Kalau kau nak sangat Qarin tu, ambil lah.. Ambil !!".

Terhenjut bahunya mendengar tengkingan itu. Kepala ditundukkan kebawah. Malu dengan sikapnya serta pandangan orang- orang sekeliling.

"I... I minta maaf Kayla.. You cakap je apa yang patut I buat untuk You maafkan I?. I janji, I tak akan ganggu hubungan You dengan Qarin lagi".

Iris Mikayla tergelak kecil. Tetapi ditelingannya kedengaran gelakkan itu sinis yang bersalut hiba. Telingannya yang mendengar gelakkan itu membuatkan tangisannya semakin kuat. Air mata merembes laju menuruni lekukan pipinya.

"Kau nak aku maafkan kau sangat kan?. Kau sanggup buat sesuatu untuk aku maafkan kau kan?. Baik, kau dengar sini".

Viola terus mengangkat kepalanya. Muka mencebik- cebik menahan tangisan yang penuh rasa bersalah.

"Kau cerita semuanya apa yang kau dah buat kepada aku. Jangan cerita dekat aku. Aku tak nak dengar. Tapi kau kena cerita semuanya kepada Qarin, Ibu aku dan mama dengan abah kau!. Lepas tu jangan tunjukkan muka kau dekat depan aku lagi".

Viola mengangguk laju. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk wanita itu. Sungguh, dia berasa bersalah sangat- sangat. Bukankah secara tak langsung dia penyebab ayah gadis itu meninggal dunia?. Dia... pembunuh kan?. Allahuakbar. Tidak sanggup dia digelar pembunuh.

Disebabkan itu, dia tidak dapat tidur lena selama 2 hari dan 2 hari juga lah dia ponteng kelas. Hari ini, dengan keberanian yang dia ada, Dia sanggup datang ke kolej dan bersua muka dengan Iris Mikayla.

"I akan buat semua tu.. Maaf kan I kayla.. I akan pindah kolej. I tak akan tunjukkan muka I depan You lagi. I janji, bila suatu hari nanti kita berjumpa.. I akan memohon ampun kembali kalau I masih hidup. Dan I akan sentiasa rasa bersalah atas berbuatan I".

Iris Mikayla menjeling tajam lalu beredar dari situ. Tidak betah dia berlama- lama dengan wanita didepannya sekarang ini.
_______________________________
Pang!

Kuat tamparan keatas pipi mulusnya. Terteleng kepala dibuatnya. Rasa sakit dia ketepikan.

"Apa kau cakap?!. Kau yang perangkap Iris Mikayla sebab jantan tu?!. Siapa yang ajar kau macam tu hah?. Kenapa?. Dah takde jantan lain dah kau nak sampai kacau hubungan orang?!" Pekikan lantang Encik Sufian memenuhi ruang tamu. Terkejut dia mendengar semua cerita dari anaknya.

"Kau dah gila ke hah?. Sampai aniaya orang macam tu?. Kau tahu tak sebab kau satu nyawa melayang?!" Tengking Puan Husnah pula. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menampar pipi itu juga. Namun ditahankan.

"Mama... abah.. Viola minta maaf ma, abah.. Viola... Viola tahu Viola bersalah". Air mata yang turun laju dia kesat perlahan.

"Minta maaf sampai dapat dengan keluarga Kayla. Selagi tak dapat ampun, selagi tu jangan harap aku nak angap kau anak aku". Tutur Puan Husnah.

Viola yang mendengar terus melorot kebawah. Lututnya tidak kuat menampung badannya yang lemah apabila mendengar setiap tengkingan orang tuanya itu.

Maka dari sini lah.. titik hitamnya bermula. Dia menjadi semakin liar. Dia merasakan kebaikkan tidak pantas untuknya. Dia pergi enjoy di club pun hanya untuk melupakan kesalahnya itu. namun, biarpun berjalannya seiring waktu, tetap sahaja kenangan hitam itu bermain dibenaknya sehingga kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience