BAB 14

Short Story Series 99481

- HASIF SAFA POV -

Matanya tidak terlepas daripada melihat gadis dihadapan. Tangan menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan sehelai kertas. Kedua kakinya dicangkungkan dihadapan gadis itu.

"Kayla, tengok ni result SPM aku.. Aku lulus!. Dapat 8A. Kau orang pertama yang aku tunjuk tau. Bertahun lamanya aku simpan result ni semata nak tunaikan janji aku". Sehelai kertas diletak ke atas riba Iris Mikayla.

Gadis itu hanya memandang sekilas. Malas mahu melayan. Dia hanya mahu keluar dan berjumpa ibunya.

"Kau tak dengar ke apa yang aku cakapkan ni!?". Tengking Hasif Safa. bingit kerana gudang itu bergema dengan suara lantangnya.

"Safa.. Lepaskan Kak Kayla.. Kak Kayla nak balik Safa.. Nanti ibu Kak Kayla risau.." Rintih gadis itu. air mata sedaritadi ditahan.

Hasif Safa menghembuskan nafas kasar. Serentak itu, bibir merahnya ditekankan kedalam bibir Iris Mikayla. Membulat mata gadis itu.

Iris Mikayla terus meronta untuk melepaskan pautan bibir mereka, namun tidak berjaya. Hasif Safa semakin mendalamkan lagi ciumannya.

3 minit telah berlalu, namun masih tiada tanda untuk ciuman itu dilepaskan. Iris Mikayla meronta lagi dan lagi untuk mencari nafasnya.

Semerta, Hasif Safa menolak bahu Iris Mikayla. Menjauhkan bibirnya di bibir gadis itu. Udara dihirup lalu di lepaskan. Mencari nafas yang hilang sekejap cuma.

"I told you before, right ?. Don't call yourself 'kak kayla'. You challenged me. So, tanggunglah sendiri.. Aku tak kisah, malah aku lagi suka dapat cium kau.. Hmmm manis!". Katanya sambil lidahnya menjilat seluruh bibirnya yang masih terdapat kesan luka akibat hentakan kepala gadis itu.

Bagai masih terasa lagi ciuman hangat wanita itu. Dia senyum girang. seronoknya dapat cium bibir gadis kesukaannya..

"Safa.. Kayla.. Kayla mohon Safa.. Let me go. Ibu..,risau ibu Kayla cari Kayla.. Please Safa". Rayunya lagi. mencuba nasib untuk kali kedua. Berharap agar masih ada simpati dalam diri lelaki itu walaupun sekelumit!.

"Well, my dear.. Yang itu kau tak perlu risau.. Aku dah mesej ibu kau, yang kau tidur rumah kawan dalam beberapa minggu ni. Sebab dekat sikit
dengan tempat kerja kau. Tak perlulah kau ulang alik dari rumah ke tempat kerja kau yang memakan masa 25minit tu kan?". Jawabnya selamba.

Suka suki anak kucing dia je mesej ibu Iris Mikayla!.

"Macam mana boleh ta--..." Terdiam gadis itu apabila jari telunjuk Hasif Safa diletakkan ke bibir munggilnya.

"For your info, all information about you..all in my hands". dengan berlagak dan penuh bangga sekali, Hasif Safa menjawab. Bibir dilebarkan membentuk senyuman gembira.

"But.. there's only one thing I don't know about you yet .. hmmm". sambung Hasif Safa sambil jari telunjuk diletakkan kedagunya dan mengetuk kecil disitu. Gaya orang sedang berfikir sesuatu.

Dengan selamba dan tanpa bersalah, dia memandang badan Iris Mikayla. Seluruh badan gadis itu ditilik rakus. Sambil meleret senyuman nakal.

Bukan nakal, dah tahap gatal dah tu!.
____________________________________

-IRIS MIKAYLA POV-

Matanya membuntang. Sumpah dia rasa macam nak tampar je muka kacak dihapannya ini. telapak tangan terasa menggigil. Bukan menggigil kerana takut, tetapi menahan sabar yang hampir meletus. Nasib tangannya sudah diikat ketat. selamat wajah kacak itu.

Wajah Iris yang terkejut itu bertukar menjadi tatapan bengis. Hidung sudah kembang kempis menahan amarah yang membuku.

"Safa!..kau jangan nak melebih ye!". Marah Iris Mikayla. Namun riaksi lelaki itu?.

ya. hanya tersenyum sinis.

"wuuu..I'm scared, eh no no. More to ... sexy. why make a face like that? hmm .. are you trying to seduce me?". Soal Hasif Safa sinis seraya hujung jari telunjuknya dicuit manja kehidung mancung gadis itu.

arghh setan nya lelaki dihadapannya sekarang ini. Mahu sahaja dia mencarik-carik wajah kacak dengan senyuman sinisnya. Melihatkan senyuman itu sahaja sudah membuatkan hati wanitanya benci.

"Safa.. maafkan Kayla, please.. please Safa.. Kayla janji, tak akan tipu Safa lagi.. Please Safa..". air mata Iris Mikayla sudah membasahi pipi mulusnya. Arghh dia perlu rendahkan egonya.. dia harus keluar dari sini. Ye dia harus!.

"Memang aku nak keluarkan kau dari sini pun.. Kau kena ikut aku kesesuatu tempat". Dengan senyuman penuh makna, lelaki itu menuturkan katanya.

Apa lagi ini?!. Apa lagi yang Hasif Safa rancangkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience