BAB 8

Short Story Series 99518

-IRIS MIKAYLA POV-
SEMINGGU SUDAH BERLALU ~~

Sejadah dilipat kemas lalu diletak dihujung katil. Telekung yang dipakainya digantung dipenyangkut belakang pintu. Baru selesai solat Zuhur. Kaki dilangkah ke tepi katil dan direbahkan badannya keatas katil tersebut. Kedua tangannya disilangkan ke belakang kepala. Mata ditala tepat ke siling bilik. Teringat kembali perbualan tadi pagi dengan Hasif Safa di telefon.

FLASBACK (11:00 A.M)
" Salam kak Kayla.. seminggu je lagi kita akan berjumpa kan kak. Sekejap je masa berlalu. Saya nak tunjukkan result SPM dekat Kak Kayla nnti. Kak Kayla orang pertama yang saya tunjukkan". Bebel Hasif Safa sambil tergelak kecil.

Nafas Iris Mikayla dihembus perlahan. 'Apa patut aku buat?'.

"waalaikumsalam Safa.. Ye, akak akan balik sana semula nanti. Kenapa tak tunjuk result SPM dekat Mummy Safa dulu?". Soalnya lembut. Yelah kang tak memasal sedih budak tu nanti. Mereka sekeluarga masih belum berbaik lagi. Tetapi setahunya, hubungan Hasif Safa dan mummynya baik-baik sahaja.

"Taknak, nak tunjuk kak Kayla dulu.. Safa janji, akak orang yang pertama dapat tengok result SPM Safa". Dengan girang, Hasif Safa melaburkan janjinya kepada Iris Mikayla.

Dihujung talian, Iris Mikayla menghembuskan nafas berat. Apa patut dia lakukan sekarang ni?.

"Okey Safa, kita jumpa nanti. Awak tunjuk result SPM awak dekat akak ye". Tutur Iris Mikayla lembut. Jarinya sudah memicit kepala sambil matanya dipejamkan.
END FLASBACK..

YaAllah, apa patut dia lakukan sekarang ini?. Mahu jujur dengannya?. Tapi dia sudah berjanji untuk pulang ke KL dalam masa 2 minggu disini. Tidak berani dia ingin menghampakan lelaki remaja itu. Jadinya dia sudah bertekad. Dia tidak akan menelefon mahupun menerima panggilan dari Hasif Safa lagi. Biarlah dia menamatkan kisah antara dia dan Hasif Safa.

'Maaf Safa, akak minta maaf sangat-sangat. Kita... tidak akan berjumpa lagi'.

Tanpa Iris Mikayla sedari. Dari sini lah permulaan kisah hidup penderitaannya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience