BAB 15

Short Story Series 99473

-IRIS MIKAYLA POV-

Di hadapan rumah banglo 3 tingkat. Ye, disinilah dia berdiri sekarang. Iris Mikayla menggaritkan dahi. Yaampun, apa lagi ini?...

"Eh bro, dah sampai dah kau?. Ouhh ini lah Kayla ye?. Cantiknya.. manis". Suara asing itu menegur Hasif Safar.

Siapa lagi ini?. kawan dia kah?.

"Haah bro, sorry tumpang rumah kau sekejap.. Rumah kau je lah takde perjiranan. Dah lah aku bawak perempuan. Haru dibuatnya nanti kalau dihantar ke rumah sewa aku tu". Rungut Hasif Safa. Rumah sewa itu adalah rumah sewa kepunyaan Iris Mikayla pada 4 tahun yang lalu.

"Family kau takde kan sekarang ni?". Soal Hasif Safa lagi. Sahabatnya itu hanya menganggukan kepalanya.

"Dah masuk jom!. Ikut aku ke bilik.. Kau mandi then terus siap - siap!". Arahan Hasif safa dijatuhkan.

Hendak tak hendak sahaja kakinya melangkah ke rumah agam itu. Mata Iris Mikayla meliar ke setiap sudut ruangan. Besar, cantik dan kemas. Kaya betul sahabatnya Hasif Safa ni.

Well, Hasif Safa juga orang kaya, cumanya dia mungkin masih bergaduh lagi dengan keluarganya. Ish.. 4 tahun berlalu pun takkan lah masih tak berbaik lagi. Dalam betul dendam lelaki itu kepada abang kembarnya. Apa sebenarnya terjadi?.

"Termenung apa lagi tu?, kau suka rumah besar macam ni, huh?. well.. aku boleh beli lagi besarlah dari rumah ni. But, kau kenalah kawin dengan aku".

Hilang terus dibenak wanita itu dari tanda tanya mengenai dendam Hasif Safa kepada abang kembarnya. Ish mamat ni, memekak jelah.. berangan jelah kau nak kawin dengan aku. Kau tu dah lah muda 6 tahun dari aku!. Umur baru usia jagung mentah, ada hati nak kawin. Pirah!.

Hadiah jelingan maut ditalakan kepala lelaki itu. Namun...

Hujung hidungnya dicuit manja.

"Oh dear, Don't make a face like that. You look very sexy. Do you want to seduce me?. Don't let me enjoy your touch tonight". Sungguh selamba ayat yang keluar dari celah bibir itu. Bukan itu sahaja, malah pakej dengan Kening kanannya dinaik - naikkan beberapa kali.

'Ish... nyampahnya, tangan dah tak terikat ni.. Jangan sampai aku sepak pipi putih kau tu!. Tak memasal ada cap tapak tangan comel aku ni.' Getus hati Iris Mikayla.

"Dah, tak payah nak kutuk- kutuk aku dalam hati kau tu. Cium kang baru tahu.. Dah jom ikut aku naik atas. Mandi lepas tu terus turun makan. Faham?. Kau lambat, aku terjah je masuk bilik air kau tu". Ugutnya. Tangan dah berada di pinggang ramping Iris Mikayla. Mahu membawa gadis itu ke bilik atas.

"Ish, Tak perlulah sentuh saya.. pandai lah saya jalan sendiri". Selamba katak kau je nak sentuh aku.. eeii geramnya aku, YaAllah.. kuatkanlah hati aku untuk tidak naik tangan kepada lelaki disebelahnya ini.

Sempat lagi Iris Mikayla titipkan doa didalam hati. Ikut kan hati jahatnya, jangankan tampar, rasa nak tumbuk pun ada. Namun tetap sahaja ditahan kan.Kenapa?. Tidak mahu lelaki itu menyentuh atau menyakiti dia lagi. Serik!

"Well.. Peluk pun dah menggigil satu badan kau macam ni, belum lagi kita....". Menderet suara lelaki itu dihujung kata. bibirnya tiba - tiba didekatkan ke sebelah telinga gadis itu lalu menghabiskan ayatnya. "Well, you know ... Husband and wife relationship. pendek kata, our first night".

Zuppp.. Tersentak Iris Mikayla. Pipinya terasa membahang. Eiii sungguh, mulut budak ni lagi busuk dari petai.

"ish, bebel apa awak ni Safa!. Dah lah.. saya nak mandi. Si-- sini beg tu". Bergetar suara Iris Mikayla. Beg pakaian yang berada di tangan Hasif Safa dirampas.

Ye, pakaian itu sudah Hasif Safa belikan siap-siap dan disimpan didalam keretanya. Ada rancangan busuk rupanya lelaki itu sampai bawa dia ke sini untuk mandi dan makan.

Kaki Iris Mikayla memanjat anak tangga itu satu persatu.

"Masuk bilik tingkat dua, pintu paling kanan hujung sekali!". Teriakkan dari lelaki itu diendahkan. Malas layan. Makin dilayan, makin menjadi-jadi, makin tangannya ingin menampar wajah kacak itu.

____________________________________
-HASIF SAFA POV-

Tersenyum Hasif Safa memandang belakang gadis itu yang telah meninggalkan dia di anak tangga paling bawah sehingga susuk gadis itu hilang dipandangan matanya.

Bayangan yang terlintas disaat dia mengucapkan ayat tidak malunya itu terlintas dipandangan mata. Apabila dia melihat wajah gadis itu bagai disimbah air sirap, mahu sahaja dia mencium pipi itu. Comel!.

'Kau larilah jauh mana pun Kayla, Aku tetap dapatkan kau. kita... akan bahagia sama-sama nanti'. tekad hatinya dengan yakin.

*Hiiii semua, nak sis update chapter seterusnya lagi ke?*

*If nak sis update, nak sis update pukul berapa and berapa bab?*

*Gais, baca dari bab 1 sampai abis ye, risau ada yang tak faham kisah dua sejoli ni..hshshshh*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience