BAB 11

Short Story Series 99481

- IRIS MIKAYLA POV -
Kereta yang terletak di hadapan masjid dituju. Baru selesai solat maghrib di masjid memandangkan dia baru sahaja selesai kerjanya yang bertimbun di pejabat. Sakit dibahu diabaikan kerana sudah terbiasa, malahan ada kerja yang pernah dia buat lebih banyak daripada hari ini.

Tangan sedang asyik meraba didalam handbagnya untuk mencari kunci. Jumpa!.

Baru sahaja tangannya mahu membuka pintu kereta, ada tangan kekar asing di bahunya. Kepala Iris Mikayla cuba dipusingkan kebelakang mahu melihat siapakah gelaran yang suka-suka sahaja menyentuh bahunya?. Dia paling pantang orang menyentuh dirinya terutama orang itu adalah lelaki.

Kepala yang dipusingkan kebelakang terhenti saat tangan itu menutup mulutnya. Matanya dibesarkan, terperanjat dengan situasi yang secara tiba-tiba. Dia kena culik kah?.

Terus otak dapat mencerna dengan situasi sekarang. Tangan kekar lelaki itu digigit dan dengan pantas tubuhnya dimasukkan kedalam perut kereta.

Namun tindakannya tidaklah terlalu cepat dibandingkan dengan lelaki asing itu. Terus sahaja lelaki asing itu menarik lengan Iris Mikayla untuk keluar dari kereta. Dengan lantang, dia menjerit.

Dimasjid pada waktu maghrib memang tiada orang ramai. tetapi tetap juga mahu mencuba nasib.

"Tolong!. Tol--". Jerit terhenti kerana mulutnya ditutup dengan kain yang diletakkan cecair klorofon. Semerta kepalanya menjadi pening. kelopak mata perlahan - lahan tertutup. Dunia menjadi gelap.

_________________________________________

Mata yang terpejam cuba dibuka. Dengan kelopak matanya yang perlahan buka dan tutup. Sesekali matanya dicelikkan.

Masih dengan mamai dan terlupa apa yang sedang berlaku, badannya diduduk tegak dikerusi kereta bahagian belakang. Mata melihat ke arah jam di pergelangan tangannya. Pukul 9:26malam.

kepala diangkat tegak kembali. Sedar akan sesuatu, mata Iris Mikayla terus membuntang. Ini... ini bukan didalam keretanya!.

Otaknya cuba diingat kembali dengan situasi maghrib tadi. Segala apa yang berlaku terlayar di benaknya. Dia diculik!. Dengan siapa, dia sendiri tidak tahu.

Pakaian dan tudungnya masih elok terpakai.
Aneh, siapa yang menculik aku?. Apa yang dia nak dari aku?.

"Siapa.. siapa kau?. Kau nak apa?. kenapa kau culik aku?, tolong lah encik, lepaskan aku.. aku.. aku tidak akan call polis, please encik.." Mohon Iris Mikayla teresak - esak. Sungguh, dia takut!.

"Aku tak akan apa-apakan kau, kita akan terus gerak ke KL. Ada seseorang yang ingin berjumpa dengan kau". Jawab lelaki asing tersebut. Sesekali matanya tidak lepas memandang cermin pantulan kearah belakang keretanya untuk memastikan wanita itu tidak melakukan diluar kawalan.

Iris Mikayla tepu. Ye, otaknya tepu cuba memikirkan siapa yang ingin berjumpa dengannya?. Apa salahnya kepada seseorang yang ingin dia bertemu?. Akhirnya segala persoalan tidak terluah.

"Ada makanan untuk kau dibelakang tu. Makan!, Kalau tidak, tuan akan marah". Arah lelaki asing yang terselit juga dengan ugutan.

Dengan terpaksa, dia membuka bungkusan makanan dan menyuakan makanan kedalam mulutnya.

Bukan dia tak nak melakukan sesuatu sekarang ini, tetapi di dalam kereta seperti ini, apa yang dia boleh lakukan?. Dan lebih parah, handbagnya juga telah dirampas oleh lelaki itu.

*KENAPA?. MASIH TAK BEST.. PSTT.. HANG TRY BACA BAB 12.. TERUSKAN JE.. ISH JANGAN KUTUK DULU NOVEL AKU.. TERUS JE BACA TAU*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience