BAB 22

Short Story Series 99481

- HERMI SAFA POV -
(THE KUALA LUMPUR JOURNAL HOTEL/ 2:30PAGI)

Hermi Safa menyandarkan badannya ke kepala katil berzaiz king itu. Jemari kasarnya pula dimainkan ke ubun - ubun Viola yang masih nyenyak tidur.

Entah kenapa, hatinya bagai tidak mahu melepaskan wanita itu. Tidak pernah dia mempunyai perasaan seperti ini. Tetapi bila bersama Viola, hatinya tidak sanggup melepaskan. Dia buntu. Berjuta kali dia menafikan hatinya, yang itu bukan perasaan cinta.

Hembusan nafas dilepas perlahan. Lalu bibirnya dilabuhkan ke dahi licin gadis itu. Di matanya, wanita itu begitu polos. mengingati kejadian sebentar tadi sahaja membuatkan dia tersenyum bahagia.

Mata masih tidak mahu dilepaskan ke wajah Viola. Cantik!. Kening yang terbentuk kemas, mata yang bening dan kulit yang mulus. Bibir pinknya yang kecil dan nipis menambahkan lagi kecantikan Viola.

Selimut ditarik dan menutupi bahu gadis itu. Kaki panjangnya menuruni katil dan mematikan pendingin hawa, lalu dibuka suiz kipas. Melihatkan gadis itu yang tidur mengongkol dan memeluk tubuh menandakan Viola kesejukan.

Hermi Safa mengutip semua pakaiannya yang bertaburan diatas lantai lalu satu persatu disarungkan ketubuhnya. Sebelum keluar dari bilik tempahan hotel itu, sempat lagi dia meletakkan wang berjumlah RM1500 ke atas meja kecil bersebelahan katil.

Lalu, buat kali terakhir sebelum berpisah dengan gadis itu, dia mengucup lembut bibir Viola.

" I hope, we will meet again dear .." Bisik Hermi Safa bersebelahan telinga Viola.
__________________________________________
-Viola Pov-

Matanya membengkak akibat menangis daritadi. Terkejut dirinya apabila bangun sahaja dari tidur, lelaki itu telah pergi meninggalkan dia.

Malah meninggalkan beberapa wang untuk dia!!

"Arghhhhh.. sial punya jantan, aku tak patut percayakan kau!". Jerit Viola kuat. Tangan kecilnya meraup kasar helaian rambut yang jatuh ke dahi. Rambutnya yang serabai dibiarkan sahaja.

hatinya sakit atas perbuatan lelaki itu. Bila teringat akan godaan dan kata manisnya lagilah membuatkan hatinya sakit. Menyesal dia mendengar kata jantan keparat itu.

Dengan perlahan, Viola cuba untuk bangun dari katil. Namun, dia terduduk kembali akibat perutnya yang senak serta alat sulitnya yang sakit!.

Dia cuba lagi, tetap juga menguatkan diri untuk bangkit. Sakit yang mencengkam kuat ditahan.

baju yang bersepah dikutip dan dipakainya. Lalu, Kaki terus melangkah ke arah katil untuk dirapikan. Tangan yang sibuk mengemas terhenti apabila dia menyedari di atas cadar tilam bewarna putih itu ada kesan tompokan darah. Mata bundarnya terus membuntang luas.

Air mata yang kering mengalir kembali. Dia takut, takut memikirkan kemungkinan yang dia akan mengandung.

"Arghhh.. Hermi !! Aku akan cari kau sampai dapat!".

Dia tidak kira, dia akan mencari Hermi Safa cepat ataupun lambat. Dia bertekad.

*Sabar ye, nanti bila sis tak busy lagi.. sis akan update Safa dan Mikayla pulak.*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience