-IRIS MIKAYLA POV-
(HOTEL HASSLER ROME, ITALY)
Mata meliar disegenap penjuru ruang yang ada. Sungguh, dia kagum dengan pemandangan serta setiap ruangan hotel itu. Cantik!
Pemandangan biliknya juga menghadap laut. Kaki diayun kearah tingkap bilik lalu dibuka luas. Wajahnya didepakan betul- betul keluar tingkap. Sesekali angin laut menampar wajah mulusnya dan membuatkan tudung dibuai lembut. Mata dipejam seketika, mencari ketengan melalui suasana serta menghirup udara bersih.
'hmmm segar'.
"Cantik kan pemandangan dekat sini?". muncul suara disebelahnya. Lelaki itu betul- betul berdiri tegak disamping Iris Mikayla.
'ugh, buat hilang mood je!'.
"Kayla.. nanti aku nak keluar sekejap, beli makanan dan baju untuk kau. kau rehat lah dulu. Balik nanti aku kejut kau ajak makan sekali".
"Tak nak!. Nanti awak salah beli saiz.. Biar saya ikut awak sekali".
"well, aku dah tahu dah saiz badan kau semua. Pakaian dalam kau pun nanti aku belikan, Okey?. Bukan aku tak pernah nampak pun, kan?". Jawab lelaki itu selamba serta kening kanan dinaik- naikkan beberapa kali. Langsung tiada riak malu ataupun bersalah.
"Hasif Safa!". Teriak Iris Mikayla. terasa seluruh wajah membahang. Tangan dikepalkan menjadi penumbuk. Tinggal nak naik kan je ke pipi lelaki itu!.
'Sabar.. Kayla.. Sabarrr..' Pujuk hatinya.
"Dah lah, aku nak keluar ni.. Bye sayang".
Pipi gadis itu yang sudah berona merah dicubit sekali. Tak sempat Iris Mikayla nak tepis tangannya, dia sudah menjarakkan diri lalu beredar dari bilik itu.
Kedua orang suruhannya berada di depan pintu bilik hotel mereka. Selagi Hasif Safa tidak balik ke hotel itu semula, selagi itu orang suruhannya tidak dibenarkan beredar dari depan bilik hotel itu.
______________________________________
- VIOLA POV-
(Leaf & Co Cafe)
Kaki melangkah masuk ke Leaf & Co Cafe. Mata diliarkan mencari tempat duduk kosong. Hujung minggu begini, memang ramai sangat pengunjung ke Cafe terkenal ini.
Kalau orang lain tidak sukakan kekecohan dan ramai orang, tetapi bukan dia. Malah Viola suka ditempat yang ramai orang begitu kerana baginya, seronok melihat bermacam- macam ragam manusia yang gembira bersama family,pasangan kekasih mahupun yang sudah berkahwin.
Sedang sibuk matanya meliar kesetiap sudut Cafe itu, tiba- tiba matanya terpaku kearah seseorang.
Ye, lelaki itu. Lelaki yang sudah merosakkan maruah serta harga dirinya.
Dengan perasaan marah, laju sahaja kakinya melangkah ke arah meja bersebelahan tingkap yang diduduki oleh Hermi Safa.
Kaki diberhentikan betul- betul dimeja Hermi Safa dan dengan bersahaja, dia melabuhkan punggungnya ke kerusi berdepan dengan lelaki itu.
Tidak sia- sia dia datang ke Cafe ini pada hujung minggu seperti ini.
"well... Hi future husband, good to see you again. Did you miss me, huh?". terbit senyuman sinis gadis itu apabila melihat lelaki didepannya yang mengangkat wajah kearahnya dengan rupa yang terkejut.
Tetapi, riaksi itu sekejap sahaja sebelum ia bertukar dengan senyuman manis dan....
perasaan gembira?.
"yeah.., we meet again. of course I miss you. Mybe ditakdirkan kita memang akan bertemu lagi?" Tutur Hermi Safa dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
"huh?"
Share this novel