-IRIS MIKAYLA POV-
Iris Mikayla membawa masuk beg besarnya kedalam rumah. Sungguh, dia rindukan rumahnya.
"Ibuuuu.. Kayla dah balik!". Teriaknya teruja. Tipulah kalau dia tidak merindui ibunya. Tangan tua itu disalamnya lalu dicium kecil disitu.
"Dah balik dah?. Lama tak balik sini. Banyak sangat ke kerja kamu dekat pejabat sana?". Soal Puan Azleen. Pelik juga dia menunggu ketibaan anaknya untuk pulang ke pangkuannya tapi masih juga tidak pulang. Banyak sangatkah kerjanya?. Katanya mahu duduk dirumah kawan kerana dekat dengan tempat kerja gadis itu.
'Well, my dear.. Yang itu kau tak perlu risau.. Aku dah mesej ibu kau, yang kau tidur rumah kawan dalam beberapa minggu ni. Sebab dekat sikit
dengan tempat kerja kau. Tak perlulah kau ulang alik dari rumah ke tempat kerja kau yang memakan masa 25minit tu kan?'.
Semerta mata Iris Mikayla membulat. Dia teringat akan kata lelaki itu!. Ish tak guna betul budak tu. Sedap kau je tipu orang tua ni.
"Emmm.. Ibu.. se-- sebenarnya.. Kayla..Kayla dah berhenti kerja bu". Jujurnya tanpa berdalih. Berdebar jantung Iris Mikayla apabila melihat wajah terkejut ibunya. Apakah riaksi wanita tua itu?. sedih kah dia?. kecewakah dia?.
"Laaa kenapa berhenti. kenapa diberhentikan?. ke kamu yang minta letak jawatan sendiri?". Tanpa sempat jawab soalan pertama, bertubi- tubi pula wanita itu memuntahkan soalan cepumas.
"Emm.. se-- sebenarnya.. hmm.. Kayla dah ada bakal suami. Dia yang suruh berhenti. kata-- katanya.. hmmm nak jaga Kayla dan biar dia yang tanggung keperluan Kayla". Hendak tak hendak sahaja dia meluah kata itu. Terpaksa ibu!. Kayla tak cintakan dia lagi.
"Laaa ye ke?.Siapa?. mana?. Tak masuk meminang pun?. Belum ready lagi ke?. Tak cerita kat ibu pun kamu dah ada bakal suami?". Kali kedua, belum sempat menjawab soalan Puan Azleen, bertubi soalan cepumas yang lain keluar dari celah bibir wanita tua itu.
"Nanti bila dia cuti, katanya dia akan datang sini nak jumpa ibu. Maafkan Kayla, bu. Bukan niat Kayla nak sorokkan dari ibu.. Maafkan Kayla". Pohonnya lalu tangan Puan Azleen diambil dan diletakkan kepipi kanannya. Rasa serba salah dengan wanita tua itu. Arghh anak jahatkah aku ini?.
"eh takpe. Ibu tak marah pun. Akhirnya ada juga orang yang nak kamu. Kamu tu umur dah 27 tahun baru nak ada jodoh. Orang lain umur 23 dah bersuami anak satu dah." Gurau Puan Azleen. Wajah cemberut anaknya dipandang lucu.
"Ish ibu ni.. tapi kan bu. nak tahu tak apa yang paling dasyat sekali?. Bakal suami Kayla umur lebih muda dari Kayla".
"huh, betul ke ni?. takpelah.. umur bukan halangan untuk kamu berkah...".
"Umur dia 21 tahun, bu". Sambung Iris Mikayla memotong percakapan ibunya.
Terbuntang luas mata Puan Azleen. "Huh?. mudanya!. Dia tu dah ada kerja tetap ke?. dah berkereta?. Dah ada rumah?. Dia boleh jagakan kamu ke?"
"Dia cintakan Kayla lama dah bu. Dari 4 tahun yang lalu".
Lain yang disoal, lain pula yang anaknya jawab. Tetapi jawapan anak gadisnya itu menarik minatnya.
"Apa??.. Macam mana boleh kenal?".
Iris Mikayla menarik nafas lalu dihembuskan perlahan. Mahu menceritakan semuanya kepada Puan Azleen.
Dia menarik tangan wanita itu ke ruang tamu lalu duduk disofa. Daritadi mereka berbual didepan tangga. Balik- balik sahaja dari Itali, berjumpa ibunya terlalu gembira sampai melalut kecerita ini hingga tidak menyempat mereka mahu duduk dulu. Betul lah kata teman- temannya, perasaan berjumpa dengan ibu lalu mengumpat, bercerita macam makcik bawang is the best!.
Tapi kenapa harus membawang mengenai dirinya dan lelaki itu?.Huh, memang nasib badan kau lah Kayla.
Sepanjang itu, Kayla menceritakan semua kepada Puan Azleen. TIDAK TERMASUK DIRINYA DICULIK DAN JUGA DIBAWA KE ITALI !. mahunya dia kena parang dengan Puan Azleen nanti. Puan Azleen hanya menganggukkan kepalanya sahaja mendengar cerita dari bibir Iris Mikayla. Ada juga sesekali dia melopongkan mulutnya mendengar cerita gadis itu bersama lelaki bernama Hasif Safa aka bakal suami anaknya.
Share this novel