Series
103134
-IRIS MIKAYLA POV- Dia terkaku di tempatnya berdiri sekarang ini. Mata juga daritadi meliar ke setiap kawasan dewan terkemuka itu. Sangat... cantik. Pelamin yang dihiasi dengan bunga- bunga bewarna ungu dan putih. Ada juga lilin yang belum dinyalakan bercampur warna, juga ungu dan putih. Lampu neon berwarna ungu yang sengaja dinyalakan juga di dalam dewan itu menjadikan suasana semakin cantik dan meriah. Meja - meja untuk tetamu di bahagian belakang tersusun kemas dengan alas meja bewarna ungu dan untuk alas kerusi pula bewarna putih. Di atas meja pula, tersusun lilin- lilin panjang bewarna putih kilat yang ada bauan lavender tersusun sebaris disepanjang meja itu. Lalu, kakinya diangkat dan diarahkan pula ke meja bahagian paling depan. Iaitu bahagian VVIP. Meja yang teralas dengan alas meja bewarna ungu dan sekelilingnya ada bunga- bunga ros kecil bewarna putih. Lilin tinggi kilat juga tersusun indah di setiap meja tersebut. Hanya keluarganya serta keluarga Dato' Hamid Sufi sahaja yang dibenarkan duduk di meja barisan bahagian depan itu. Sungguh, cantik!. Semakin dia melihat suasana dewan yang luas itu, semakin jantungnya berdetak hebat. Belum lagi di hari kejadian dimana apabila majlisnya akan berlangsung nanti. Bagaimanakah nasibnya nanti?. Malukah dia?. kakukah dia?. Dia juga tidak pasti. Hanya mengharapkan benda yang baik- baik sahaja terjadi. "beautiful, right?. Pandai my mum ambil tempahan khas untuk kita. Baru lah semangat nak naik pelamin nanti. Orang kata apa selalunya tu?. Akan nampak seri pengantin?. Haaa gitu". Iris Mikayla hanya diam tidak beriak. Bibir juga terkatup rapat. Tidak perlu disangkalkan lagi apa yang Hasif Safa katakan. Datin Mawar sungguh kreatif memilih corak dan tema sebegini rupa. Tidak hairanlah Hasif Safa menyerahkan tugas ini kepada tangan mummynya. "Even people who see it can attract their attention". Iris Mikayla bertutur perlahan. Namun, Hasif Safa disebelahnya dapat mendengarkan itu. "Well.. Belum lagi kita yang ada atas tu. Mesti lagi menarik perhatian ramai. Dengan wajah kita yang kacak dan cantik ni lagi. Kan sayang?". Dengan muka penuh selamba dan berlagak, Hasif Safa menjawab yakin. Kepala juga ditegakkan penuh keyakinan. Iris Mikayla disebelahnya menjulingkan mata keatas. Sempat lagi mamat ni puji diri. Kalau aku lah kan, rasa ada serba kekurangan sahaja di dalam diri aku. "Dah, jom sayang kita pergi lebih dekat lagi. Nak cuba naik pelamin?". Soal Hasif Safa sambil matanya diarahkan kesisi sebelah kanan. Tempat dimana Iris Mikayla berdiri di sebelahnya. Iris Mikayla mendongak membalas pandangan lelaki itu. Dia hanya mengangguk kecil sahaja sebagai jawapan. Kaki mereka berdua berjalan di sepanjang karpet merah yang terbentang lurus sehingga betul- betul ke hadapan meja bahagian depan pelamin. Meja itu akan digunakan untuk diletakkan kek pengantin nanti. Lalu, Hasif Safa memengang kejap lengan Iris Mikayla yang berlapek lengan panjang itu. Dibawa gadis itu menaiki tangga pelamin. Sampai sahaja diatas pelamin, Hasif Safa dan Iris Mikayla cuba duduk ke atas kerusi pengantin. Dengan drastik, mata Iris Mikayla terpandang kehadapan. Matanya meliar seluruh kawasan dewan itu yang dihiasi meja tetamu. Semerta, jantungnya berdegup kencang. Dia masih tiada keyakinan lagi di depan orang ramai. Lagi lah dengan majlis mewah seperti ini.Sungguh, dia tidak sanggup. "Don't be nervous, Imagine now that you are in a lonely place". Hasif Safa bersuara tiba- tiba. Dia tahu bahawa gadis itu gementar kerana tidak terbiasa akan majlis seperti ini. "What about the day of the incident? Must be noisy with our guests". Jawab Iris Mikayla dengan suaranya yang sedikit gementar. Matanya juga dijatuhkan pandangan memandang kakinya sahaja. Tidak sanggup dia melihat kearah dewan yang serba mewah itu. "I will be with you then and will make sure you are fine". Dengan penuh keyakinan, Hasif Safa menjawab. Iris Mikayla yang mendengarkan itu terus mengankat wajah lalu ditoleh ke arah Hasif Safa. Zappp.. Jantungnya berdegup kencang apabila pandangan mata mereka terpaut. Iris Mikayla boleh nampak ke dalam anak mata hitam pekat itu ikhlas mengutarakan katanya. Hasif Safa yang melihatkan wajah pegun gadis itu terus tersenyum simpul. Lalu, jari telunjukmya mencuit pipi Iris Mikayla dengan lembut. Cuba menyedarkan gadisnya. Iris Mikayla tersentak. Wajahnya terasa membahang lalu pandangannya dijatuhkan kebawah. Tidak sanggup dia melihat wajah kacak disebelahnya sekarang ini. "Kenapa?, kacak sangat ke aku ni sampai muka kau merah macam tu sekali?". Hasif Safa tersengeh nakal. Suka dia menyakat wanita itu lagi- lagi apabila Iris Mikayla menunjukkan riak tersipu malu sebegitu. Ada sahaja salah tingkah didepan matanya dan itu sungguh melucukan baginya. "Dah, jom balik. Kan kita datang sini nak tengok- tengok sahaja. Yang kita pergi lepak sini kenapa?. Kesian pekerja- pekerja ni nak kemas apa yang patut". Iris Mikayla menukar topik. Sengaja mahu berdalih. "Jom". Mereka berdua mengangkat punggung dari kerusi pengantin lalu melangkah pergi dari dewan terbuka itu. *Hi gais, tinggal lagi satu bab sahaja ya, iaitu bab akhir. Malam ni sis akan update bab last*. *Tch, jgn sedih- sedih. Sebab sis akan buat novel baharu berkisahkan mereka berdua pasangan sejoli ni. Tak kan lah sis nak tergantung macam tu saja, betul tak?* *Macam mana pula dengan kisah Viola dan Hermi?. Kisah mereka berdua juga akan terselit didalam novel baru Cik Lily*. *Tq gais
Share this novel