-HASIF SAFA POV-
Hujan lebat dibiarkan mengenai dirinya. Dada langit dipandang sayu. Air mata dibiarkan turun menuruni pipinya yang berlekuk. Dia tidak peduli orang-orang yang lalu lalang memandangnya dengan pandangan aneh.
kenapa pula dia kena peduli jika semua orang tidak pedulikannya?.
-IRIS MIKAYLA POV-
Kereta yang dipandu Laila disebelahnya tidak dipedulikan, mukanya memandang tingkap disebelah penumpang. hampir tiba di depan hentian bas, matanya tertancap pada seseorang yang sedang berdiri di hadapan perhentian bas itu.
'laaa dah kenapa mamat tu berdiri di depan perhentian bas?. kenapa dibiarkan dirinya basah kuyup sedangkan ada tempat berlindung di bawah hentian bas?' bisik hatinya. Aneh sekali!
"Eh, Laila.. berhenti sekajap kat depan hentian bas tu weyh.. kesian aku tengok budak tu". Dengan pandangan aneh, dia meminta Laila berhentikan keretanya sebentar di perhentian bas. Laila juga sama sepertinya yang memandang aneh juga diendahkan .
" Laaaa.. kau ni buat hal lah, dibuatnya dia tu apa-apakan kau macam mana?. Hari nak gelap ni, risau lambat pulak kita. sekarang pun dah pukul 6:40ptg." bebel Laila.
"please Laila, sekejap je.. boleh lah.. aku just nak bgi dia payung je.. plaeseeee". Dengan muka penuh simpati, ditalakan kepada Laila agar termakan dengan simpatinya. Lebih tepat lagi, berpura-pura simpati.
"tch, haish.. " desis Laila lalu tangannya membelok ke depan perhentian bas itu dan keretanya diberhentikan.
'yes, termakan pun.. hahahaha'. gelak jahat Iris Mikayla didalam hati.
Iris Mikayla mengambil payung di belakang kereta Laila lalu keluar daripada perut kereta. Kakinya diayunkan kearah lelaki remaja tersebut.
" dik, adik okey ke?. kenapa berdiri disini ya? hari nak gelap ni.. hujan lebat pulak tu. bahaya kat sini dik". Dengan berani, Iris Mikayla menegur lelaki remaja tersebut. Suaranya juga dikuatkan untuk berlawan dengan derusan hujan yang semakin lebat..
Lelaki remaja tersebut memandang kearahnya. mata yang basah dikesat dengan belakang telapak tangannya.Biarpun dia tahu,air matanya tidak nampak kerana derusan hujan menyibah wajah. Mukanya ditalakan kepada wanita yang menegurnya sebentar tadi.
'siapa pula manusia yang berani menegur dan mengambil berat terhadap aku?'. desis hatinya. Mata tersebut memandang tajam kearah wanita itu.
"Adik, mana rumah adik ya?. Nak akak tolong hantarkan?". Tanya Iris Mikayla lagi. kakinya terpaksa menjingkit sedikit untuk samakan aras ketinggian dengan lelaki remaja tersebut dibawah payungnya. Bukan dia tidak perasan dengan pandangan tajam yang diberikan kepada budak itu. Buat apa nak takut? niatnya mahu menolong. kalau dia diapa-apakan. jerit sajalah kan?.
"siapa kau?. kau nak apa hah?. ehh berambus lah". jawab lelaki itu dengan kasar. Dia ingin pergi dari wanita tersebut. Malangnya, bahunya dihalang oleh tangan kecil wanita itu. Badan Hasif Safa terus diarahkan semula kepada wanita tersebut.
"Adik tinggal mana?. Nak akak hantarkan?". tanyanya lagi. soalan yang sama. aduhhh mamat ni, kaki aku penat jengkit, tak kesian ke kat aku. badan aku pun separuh basah dah ni kena percikkan hujan lebat.
"saya... saya tiada tempat tinggal kak". jawab lelaki tersebut. kepalanya dijatuhkan kebawah. Air mata yang kering kembali basah. Argh sial, kenapa aku jadi lemah lagi ni?. di depan wanita itu pula!. memalukan.
Egonya juga terpaksa diturunkan untuk mendapatkan pertolongan dari wanita tersebut. yelah, takkan malam ni dengan basah kuyupnya kena tidur dibawah hentian bas?. demam tak memasal nanti.
baru kau fikir demam ye, tadi nangis tak fikir pula.
"Laa yeke?. Akak ada rumah. tumpang lah rumah akak. Biar akak tumpang rumah kawan akak buat sementara waktu". jawab Iris Mikayla ikhlas.
'kenapa dia tiada rumah? mana keluarganya?.' Monolog hati Iris Mikayla tapi hanya dipendam. yelah, takkan nak melebih pula ditanya kan?.
Iris Mikayla tersenyum halus melihat anggukan kecil dari lelaki remaja tersebut.
*Teruskan je baca gais, insyaAllah tidak akan menyesal baca novel sis ni.. srs srs...*
Share this novel