BAB 12

Short Story Series 99481

-IRIS MIKAYLA POV-
- KUALA LUMPUR (4:00PGI)

Mata terkebil - kebil menatap diluar tingkap kereta. Sekarang ini, dia seperti berada di gudang yang terletak dihutan tebal. Terasa seluruh badannya menggigil ketakutan.

Buat seketika, akalnya memerah lagi untuk mengetahu siapakah dalang disebalik ini?.

Kereta diberhentikan tepat dihadapan gudang yang usang. Pintu di bahagian belakang dibuka oleh lelaki asing itu. Terus lelaki asing itu merentap lengan Iris Mikayla dengan kasar.

"Lepas lah, siapa tuan kau??, kenapa nak jumpa aku?, Aku rasa tuan kau silap orang!!" Teriak Iris Mikayla lantang. Lengannya sedari tadi direntap kembali namun gagal. tangan kekar lelaki asing itu terlalu kuat.

"Jawab lah, siapa tuan kau hah?!. Mana dia?.. Dasar pengecut!.. Tuan kau nak apa dengan aku?, ishh aku cakap lepas!". Teriak Iris Mikayla lagi.

"Apa kau cakap?, pengecut?". Terdengar suara asing dari arah belakangnya. Kepala dengan pantas terus beralih ke arah suara tersebut.

Matanya membuntang luas. Sungguh dia terkejut
dengan kehadiran lelaki itu. Mulut kecilnya terlompong luas. 'YaAllah... dia... dia cari aku?'.
__________________________________
- HASIF SAFA POV -

"Hi Sweetheart, do you remember me?". Soal Hasif Safa kepada gadis itu. Matanya sinis memandang wajah gadis dihadapannya yang sudah kelihatan pucat. 'Well,her face still looks beautiful'. Desis hati kecil Hasif Safa.

Wanita itu tidak menjawab soalannya.

"what did you say just now, hmm? Pengecut?". Soalan kedua juga masih tidak mahu dijawab. Senyuman sinis terukir di bibir merahnya. Kaki melangkah mendekati gadis itu.

Manakala gadis itu menjauhkan diri selang beberapa langkah. Pantas sahaja lengan gadis itu disambar oleh orang suruhannya. Ian.

"Ian, letak perempuan ni di dalam, ikat dia kuat-kuat. Then kau terus balik. Duit aku bagi esok pagi nanti". Arahan dijatuhkan kepada Ian. Terus laju sahaja kaki Ian menolak gadis itu memasuki gudang.

"Lepas lah.. Safa, please.. Let me go. Safa!". pekik Iris Mikayla dengan lantang. Namun memandangkan dirinya didalam hutan. Tiada siapa yang akan menolong gadis itu. Sebab itu Hasif Safa menyuruh anak buahnya membawa gadisnya ke gudang di dalam hutan.
___________________________________________
- IRIS MIKAYLA POV -

Dia didudukan dengan paksa ke atas kerusi dan tangan serta kakinya diikat.

Jantung Iris Mikayla semakin laju berdegup. dia yakin, sangat yakin bahawa Hasif Safa tidak akan menyakitinya. Tetapi separuh hatinya pula tidak yakin. Bagaimana kalau tekaannya salah?. Bagaimana kalau Hasif Safa menyakiti dia?.

Bunyi tapak kasut semakin mendekat. Iris Mikayla menegakkan badan dan kepalanya diarahkan tepat kepada lelaki itu.

Wajah lelaki itu bengis, gigi diketap menampakkan rahangnya yang tegang. Mata lelaki itu memandangnya tajam.

itu... bukan diri Hasif Safa.. ye itu bukan dia!. Dengan penuh yakin dan berani, dia mendongok kepala kearah lelaki yang sudahpun dekat kepadanya. Mata juga dipandang tajam kearah lelaki tersebut.

"Kau.. aku yakin, kau bu-- bukannya Safa kan?, kau Hermi kan?." Soal Iris Mikayla dengan penuh yakin. Ye itu pasti Hermi Safa!. Kerana sesungguhnya Hasif Safa tidak akan menyikiti dia.

Tidak akan pernah!.

"Pftt..HAHAHAHAHAHAHA.. Apa?. Hermi Safa?. Siapa tu?." Soal Hasif Safa yang sengaja berpura-pura tidak mengenali abang kembarnya

Gelak tawanya juga bukan main kuat lagi. Iris Mikayla dah garitkan dahinya.. Apa yang lawak?.

Kaki Hasif Safa dicangkung tepat dihadapan Iris Mikayla. kedua tangan dikepitkan kewajah gadis itu.

"Ouhh, jantan keparat tu ke?. Kau masih ingat dia lagi rupanya.Then.. how about me?. Kau masih ingat aku tak?". Sinis lelaki itu.

"Tak.. tak mungkin Safa! kau tipu!". Iris Mikayla menjawab lantang. buat kesekian kali, bergema gudang itu.

wajahnya cuba digeleng untuk menepis tangan milik lelaki itu. Tetapi lelaki itu makin menguatkan lagi tangannya yang dikepitkan kewajah Iris Mikayla. Sesekali ibu jari tangan lelaki itu mengelus wajah mulusnya.

"shuuu.. My dear, jangan jerit-jerit.. aku tak suka,bingit!. dan aku Safa lah.. kan aku dah janji nak tunjuk kau result SPM aku. Kau lupa ke?".

Terbeliak mata Iris Mikayla. Tak.. tak mungkin Safa. Tak mungkin!.

" Tapi itulah, aku terlupa nak bawak result SPM aku. esok pagi aku datang sini balik ye sayang. Aku tunjuk result SPM aku tau". Usai berkata, terus sahaja bibirnya dilabuhkan ke atas dahi Iris Mikayla. Dikucup lembut lalu menjauhkan semula wajahnya.

Setelah itu, badannya berdiri tegak lantas kaki dilangkah untuk beredar dari gudang usang tersebut.

"Safa!.. apa awak buat ni hah?. lepaskan saya.. Awak tipu.. awak bukan Safa kan?. Safa..!" Jerit Iris Mikayla sambil meronta berharap rontaannya boleh terungkai tali yang terikat di tangan. Namun hampa, masih belum terungkai juga.

Jeritan dan rontaan itu sia-sia. Lelaki itu tetap sahaja meneruskan langkahnya keluar dari gudang tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience