-IRIS MIKAYLA POV-
Selimut ditarik rapat ke dadanya. Terasa sakit disegenap seluruh tubuhnya namun ditahan juga. Dia bangun duduk bersandar kekepala katil. Kedua kakinya dinaikkan lalu memeluk lutut.
Air mata daritadi tidak kering dipipi mulusnya. bila dikesat, ada sahaja air mata yang baru jatuh dari celah matanya. Terasa jijik disetiap tubuh badannya yang mempunyai kesan lebam dan merah angkara lelaki itu.
Dengan kudrat yang ada, dia menuruni katil itu. Baru sahaja dia ingin menurunkan kaki, ada tangan kekar yang merentap lengannya. Sungguh, dia rasa jijik!.
"Tch, lepaskan lah!". Lengan kecilnya cuba direntap kembali namun tidak berjaya. Dia penat. bila ikutkan mahu sahaja berambus dari sini dan lari dari jantan keparat itu.
"Nak kemana?, hmm.." soal Hasif Safa dengan suara serak basahnya. Terasa penat seluruh tubuhnya kerana kehabisan tenaga.Tetapi, dia tetap juga tidak mahu melepaskan lengan gadis itu.
"Nak ke toilat lah. Nak kemana lagi dengan keadaan yang macam ni?!.. Dan lagi satu, boleh ke saya berambus dari sini kalau awak sendiri yang halang saya?. Jadinya, jangan risau.. saya tidak akan kemana- mana lagi dah. so, stop tanya soalan bodoh". Sindirnya pedas. Masih lagi mahu bertanya soalan terang lagi bersuluh yang dia tidak akan terlepas dari genggaman lelaki itu.
Hasif Safa tersenyum sinis. Lalu tubuhnya didudukkan ke atas katil dibelakang gadis itu. Tanganya memeluk tubuh gadis itu dari belakang lalu dagunya dijatuhkan ke bahu terdedah Iris Mikayla yang penuh kesan merah.
"Baru sekarang kau nak dengar kata aku huh?. Macam ni agaknya nak denda kau untuk bagi kau faham.. kan?". Soalnya sinis. Menyindir kembali pertanyaan dari wanita itu.
Iris Mikayla mengetap bibir. Mahu sahaja dia mencarut sekarang ini. Arghhhh rasa macam nak lempang pun ada wajah kacak lelaki itu.
"Lepaskan saya!. Saya nak mandi!". Masih lagi cuba meronta. Tetapi seperti tadi, tetap tidak berjaya. Lelaki itu terlalu kuat.
"Well.. kau boleh ke bangun berjalan tu.. hmm?. Kelengkang kau tak sakit?". Selamba sahaja soalan yang diutarakan dari bibir lelaki itu.
Iris Mikayla tersentak. Ye, kelengkangnya masih sakit. Mengingati perkara tadi sahaja sudah membuatkan dirinya meremang. Lelaki itu... sentuhnya terlalu ganas, lasak sehinggakan dia menjerit didalam tangisan. Tetapi diendahkan sahaja oleh lelaki itu. Sungguh keparat!.
"So?.. awak peduli apa?. Awak juga yang sakitkan saya kan?!.. Tak perlu nak berpura- pura jadi malaikat sekarang ni Safa. Saya jijik".
"Biar aku yang angkatkan kau ke bilik air. Kita mandi sekali sama- sama".
Membulat mata Iris Mikayla apabila tutur kata lelaki itu meluncur keluar dari celah bibirnya dengan selamba. Dia tak nak. Tidak mahu dan tidak ingin!.
"Lepaskan Safa.. saya tak nak!". Jeritnya. Dengan sekuat hati, Iris Mikayla mencubit tangan lelaki itu menggunakan kukunya.
Hasif Safa berdecit kesakitan. Mendengarkan lelaki itu berdecit, puas hati wanitanya. 'Kau tak nak lepas, aku akan tampar muka kau Safa...'
"Kenapa pula tak nak mandi sama- sama?. Malu, huh?. Bukan aku tak pernah nampak dan rasa badan kau pun". Usai menuturkan kata, terus sahaja dia menolak Iris Mikayla sehingga jatuh kebawah katil. Terlepas selimut itu dari badannya.
Kesakitan Iris Mikayla diendahkan. Iris Mikayla mengetap bibirnya.
"See?. semua badan kau aku dah pernah tengok. Masih cantik dari dulu lagi". Matanya menilik badan wanita itu dari atas sampai bawah tanpa sehelai benang pun.
"Safa!. Kau... kau memang..." Tidak terluah kata- kata dari celah bibir munggilnya. Terasa ada sesuatu yang menyekat kerongkongnya. Dengan tangan yang terketar, dia menarik kembali selimut di atas katil lalu menutupi auratnya yang tak serupa aurat bila berdepan dengan lelaki itu. Serupa macam sampah sahaja!.
"why?. Gagap dah?.. nasib tak bisu. Lepas sahaja balik Malaysia. Aku terus hantar kau balik rumah then masuk meminang kau. Kau tolak, siap kau aku kerjakan nanti". Ugutnya dengan keras. Dia bangun dari katil lalu seluar boxernya diambil dan disarungkan ke tubuh.
Belum sempat Iris Mikayla menjawab soalan, terus melulu dia memasuki tandas. Iris Mikayla mengeluh perlahan. Penat dengan perangai lelaki itu. Ye.. dia harus menerima pinangan lelaki itu, bukan ada pilihan lagi pun kerana dia telah disentuh olehnya. Dan paling teruk sekali, sejauh mana pun dia melarikan diri, lelaki itu akan mencarinya sehingga kelubang cacing.
_______________________________
-HASIF SAFA POV-
"Siap- siap. Malam ni aku nak kau ikut aku keluar. Kita makan diluar".
"Saya masih sakit, tak boleh berjalan".
Hasif Safa melepaskan nafas dengan kasar. Ye juga kan.. Wanita itu sedang sakit. Macam mana pula di boleh terlupa akan hal itu?.
"Tch.. Takpelah, aku suruh Ian dengan Shark yang belikan. Tunggu jap". Arahnya. jari jemari kasarnya mendail nombor seseorang. Setelah siap membuat pesanan makanan melalui Ian, matanya terus diarahkan ke gadis itu.
Baru dia perasan akan wajah gadis itu. Sungguh pucat. Demam kah?
Telapak tangan belakangnya menyentuh dahi wanita itu. Panas. Sah, demam sebab first time making love dengan dia petang tadi. Bila teringat semula, macam nak lagi je.
"ish, tepi lah..". Dengan kasar, Iris Mikayla menepis tangannya. Mata menjeling kearah lelaki itu. tch, menyampah!.
"Sexynya buat muka macam tu.. Nak cium boleh?". Sempat lagi dia menyakat wanita itu yang sedang menayangkan wajah menyampahnya. Namun, nampak comel sahaja dimata dia.
"Makan panadol lepas makan nasi nanti. Pagi esok terus bersiap untuk balik ke Malaysia".
Membulat luas mata Iris Mikayla. What?. Balik dah?. Ishh.. serupa tak perlu datang ke sini kalau tak nak bawa dia berjalan. Setakat duduk bilik hotel ni je, serupa dia berehat didalam biliknya sendiri.
"Balik dah ke?. Tak berjalan eh?". Tiba terasa kecil hati dengan lelaki ini. Tak guna, kenapa pula harus berkecil hati sedangkan dia dah rasa tawar hati dan menyampah terhadap lelaki itu?.
"Well, okey lah tu. Datang sini untuk first night kita. Dari tak buat apa.. kan?". Tutur lelaki itu dengan selamba. Melihat wajah tersentak wanita itu sudah membuatkan dirinya mahu tergelak. Comel.
"Apa awak cakap?!. Saya jijik tahu tak?. Jangan ingatkan saya lagi perkara tu, dan kalau awak sentuh saya lagi... saya tak nak kahwin dengan awak Safa. Ataupun, saya tidak akan mencintai awak selama- lamanya. Biar jadi perkahwinan atas kertas". Buat pertama kalinya, dia mengugut lelaki itu dengan berani. Mendatar sahaja suaranya tanpa riak. Menandakan dia tidak akan bermain dengan kata- katanya.
"Okey, Tapi.. lepas kawin nak lagi boleh kan?". Dengan riak gatal dan senyum nakalnya, dia menyoal ayat cepumas itu.
Melopong mulut Iris Mikayla buat seketika. Macam nak sepak je.. Eiiiii !
"HASIF SAFA!. AWAK NI KAN.. JANGAN NAK--..." Belum sempat lagi dia menyudahkan katanya, ada ketukan di pintu bilik hotel mereka dari luar. Menandakan makanan sudah pun sampai.
Hasif Safa tersengeh memandang riaksi gadis itu. Lalu kakinya melangkah ke depan pintu bilik.
Iris Mikayla mengeluh perlahan. 'Takpe Kayla...anggap sahaja dia tu masih budak yang belum matang di mata kau!,Lelaki yang matang dan ikhlas tak akan sesekali sakiti kau'. Kata hatinya ingin menenangkan bara yang panas di dada.
*Ikutkan sis nak update khamis ni.. tapi takpelah. sis update malam ni sebab baru start kuliah tak busy mana pun... heheheh*
Share this novel