BAB 33

Short Story Series 99481

-HERMI SAFA POV -
Kereta di parking di perkarangan rumah Viola. Menumpang dirumah wanita itu gara- gara diusir dari rumah. Lagipula, dia tidak peduli kerana baginya dia lebih suka tinggal di rumah wanita itu. Hari- hari boleh melihat dan menyentuhnya. Heh.

Viola dimuka pintu hanya tersenyum melihat lelaki kesukaan di garaj rumah banglonya. Terkejut juga dia apabila dia mendapat berita bahawa lelaki itu ada masalah keluarga dan dihalau keluar.

"Hi sweetheart... Miss me?". Hermi Safa mendekati wanita itu sambil senyuman manis tidak lekang dari bibirnya.

"Yes!. Masuklah". Jemputnya. Terus sahaja dia menarik tangan kiri lelaki itu yang tidak memangang apa- apa. Tangan kanannya membawa sebuah beg bersaiz besar. Mungkin barangan keperluan lelaki itu agaknya.

"You.... tinggal seorang sahaja ke?". Soalnya. Pura- pura polos. Dia yakin, wanita itu tinggal dirumah flat ini seorang diri. Kaki melangkah masuk kedalam. mata juga meliar disekeliling rumah itu.

Luas dan kemas.

"Ye.. I tinggal seorang jelah. You dah makan?". soalnya sambil tersenyum simpul. Bahagia rasanya bila ada teman didalam rumah. boleh buat bual dan bergurau. Lagi- lagi temannya itu adalah kekasihnya.

Hermi Safa hanya menggelengkan kepala. Bibir juga turut tersenyum. Kaki sedaritadi mengikuti sahaja langkah kaki wanita itu sehingga ke dalam ruang tamu. Beg galas besarnya di letakkan keatas sofa.

"Makan jom.. I dah siap masak tadi". Tangan lelaki itu ditariknya lagi sehingga ke ruang dapur. Sampai sahaja diruang dapur kerusi ditarik untuk lelaki itu.

"Nooo.. biar I yang buatkan semuanya untuk you. You kan dah banyak tolong I". Hermi Safa terus berlalu ke sebelah kerusi yang belum ditarik. Lalu ditarik kerusi itu keluar dan mendudukan wanita itu. Pinggan juga diambil dan dituangkan untuk Viola.

Viola yang daritadi tersenyum semakin luas senyumannya. Rasa bahagia bila dilayan seperti itu. Hermi Safa... orang pertama yang membuatkan dia jatuh cinta secepat ini.

"why ?. Am I so handsome today ?". Soalnya. Kening kanan dinaik- naikkan. Perasan akan diri sendiri.

Tertunduk malu Viola dibuatnya. Pipi semerta terasa panas. 'kantoi pula daritadi aku pandang dia'.

Hermi Safa yang melihat wanita itu tertunduk malu automatik bibir terukir senyuman simpul. Lucu sahaja wanita itu dimatanya. Comel!.

"Ishh.. perasan!. dah lah.. jom makan. Lepas tu awak rehatlah.. kan penat memandu tadi". Dalih Viola. Nasi disuapkan kedalam mulutnya dan dikunyah perlahan.

Hermi Safa hanya menganggukan kepalanya. Viola betul, dia begitu letih hari ini. Selesai sahaja dari meeting, terus ke rumahnya dan mengemas barang lalu sambung memandu datang kesini. Dia perlukan rehat secukupnya.

*Ualls suka kisah Safa & Kayla or kisah mereka berdua ni?. AHAHHAHAHA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience