BAB 41

Short Story Series 99411

-IRIS MIKAYLA POV-

Kaki yang dikenakan dengan tumit tinggi dilangkah perlahan memasuki pasaraya. Mata melilau mencari keperluan yang perlu dibeli. Kalau lagi cepat lagi bagus, lagi cepat dia boleh berehat di rumah.

"Mikayla!". Panggil seseorang dari arah belakang. Terus sahaja badan dan kepalanya dipusing. Mata cuba melilau mencari kemana arah suara yang menegurnya.

"Sini !". Panggil seseorang lagi pakej dengan tangannya dilambai keatas. Bagi memudahkan dia mencari susuk si pemanggil. Mata secara tak langsung terus membulat melihat kehadiran seseorang yang dia kenal yang semakin lama, semakin mendekat kearahnya.

"Hye Kayla.. Do you remember me?". Soalnya dengan senyuman dibibir. Iris Mikayla tidak pasti apa maksud senyuman itu. Perli kah?, manis kah? atau senyuman yang disengajakan agar tidak kaku di wajah itu.

"who are you?. I'm sorry I don't know you. I have to go now". Dalih Iris Mikayla. Bukan takut, tapi malas mahu melayan perangai wanita dihadapannya itu. Menyampah!. Kira baik lagi aku tak berdendam dengan kau!.

Badannya laju dipusingkan kebelakang semula. Kaki baru sahaja ingin melangkah namun ditahan seseorang. Ya, perempuan itu. Perempuan yang dah hancurkan cinta pertamanya sewaktu di kolej dahulu.

Dia tak kisah kalau dirampas, banyak lagi lelaki lain yang ada di bumi ini. Tapi, kenapa harus menganiaya dirinya?!.

"I know you still remind me. Long time no see. Can we talk for a second?".

"I don't have time!".

"Please, I want to apologize .. Please Kayla .." wanita itu masih juga memaksa untuk bercakap dengannya sebentar.

"Why are you apologizing ?. Did you do something wrong with me?". Sengaja. Ya, dia sengaja mengatakan itu walhal dia tahu apa kesalahan wanita itu kepada dirinya.

"Kayla, I... I nak minta maaf. Please Kayla. I merayu". Dengan wajah simpati, wanita itu memohon lagi. Iris Mikayla terpempan. Dia tidak tahu kenapa, tetapi wajah itu seakan- akan ikhlas meminta maaf.

huh, jangan terpedaya Kayla..
____________________________________
-VIOLA POV-

Tangannya cuba meraih tangan Iris Mikayla namun laju sahaja wanita itu menepisnya. Mungkin sudah membenci dirinya sangat- sangat.

"Kayla.. I nak minta maaf, I rasa bersyukur sebab jumpa You lagi. I tahu I salah, sampaikan famili I pun bencikan I. I fikir mungkin ini balasan apa yang I dah buat dekat You, Kayla". Dengan berani, dia menatap wajah dihadapannya itu.

Sungguh, dia memang tidak tahu malu yang sudah menganiaya orang dan sekarang datang semula kepada wanita itu dengan paksa meminta wanita itu memaafkan dirinya. Dia tidak peduli, biarlah dirinya diejek atau digelakkan sekali pun, dia ikhlas memohon maaf.

Dia dapat mendengar wanita itu mengeluh perlahan. Dia hanya diam menunggu kata dari Iris Mikayla.

" I maafkan You. Tapi I tak tahu yang I boleh lupakan semuanya ataupun tidak. Bukan ke kalau ingin ikhlas memaafkan, kita kena lupakan semuanya?. but I can't forget it all".

Viola menundukkan wajah. Memang salahnya. Siapapun yang kena pasti tidak akan melupakan dengan mudah walaupun bertahun lamanya.

"Maybe for now. And who knows in the future I have forgotten it all ?".

Kepala yang tertunduk diangkat kembali. Mata juga terpapar sinar harapan disitu. Dia tahu, mungkin lama untuk melupakan tapi sekurang- kurangnya dia lega sudah meminta maaf dan Iris Mikayla memaafkan dirinya walaupun bukan sepenuhnya. Tetapi, tidak mengapa.

" Thank you, Mikayla. I..."

"Kayla !". Jerit seseorang yang tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri. Potong percakapan aku ajalah mamat yang memanggil ni !.

Kepala Iris Mikayla dan dirinya dipalingkan kearah suara itu. Mata semerta membulat luas. Mulut terlompong sedikit.

"Sayang.. kau buat apa dekat sini?". Tegur lelaki itu.

Viola terkaku. Sayang?!!!. What?!. Ouh, tuhan... Don't tell me yang lelaki ini... Lelaki ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience