- HASIF SAFA POV-
Kakinya melangkah kedalam kedai mamak untuk membeli buat makan malam nanti. Malas dia hendak memasak. Kalau lah ada Iris Mikayla, sudah tentu sikap pemalas dia ni dapat dikawal.
Apabila dia hendak keluar dari kedai mamak tersebut, matanya tertancap pada susuk tubuh yang paling dia benci. Siapa lagi kalau bukan Hermi Safa, abang kembarnya. 'Buat tidak tahu je sudahlah, bukan aku kacau hidup dia pun. Masih terlalu awal untuk aku balas dendam'. Sinis hatinya.
Baru sahaja kakinya ingin melangkah pergi untuk pulang ke rumah, Hasif Safa terdengar jeritan perempuan meminta tolong dilorong tersebut. Ish.. jantan bangsat ni, buat hal lagi lah tu. Semua perempuan kau nak 'rasa' ya.
langkahnya dibelok ke arah lorong tersebut. Makanan yang dibeli diletak ketepi terlebih dahulu. Seusai itu, laju sahaja kakinya menendang badan belakang Hermi Safa. Berdecit kesakitan Hermi Safa dibuat tak dengar.
"Eh bodoh, semua perempuan kau nak sapu jilat bagi bersih ya?. Nak yang suci je kau. Kau pergi lah cari pelacur sana. sesuai dengan kau yang dah gatal kemaluan tu". Tanpa segan silu, terus diherdik dan dihembus carutan. Peduli apa dia kalau itu abang kembarnya sekali pun. Dah keparat tu sampai bila-bila keparat kalau taknak diubah.
"Sial kau, yang kau sebuk sangat hal aku ni kenapa?. Atau kau nak aku sentuh perempuan kau huh?". Selamba sahaja ayat yang keluar dari celah bibir lelaki itu. Sengaja mahu menaikkan kemarahan Hasif Safa.
Nafasnya dihembus kasar. Dia paling pantang kalau kurang ajar dengan Iris Mikayla. Tangan yang digumpalkan menjadi sebuah penumbuk laju melayang ke wajah kacak abang kembarnya.
Tersumbur darah dari mulut lelaki itu. Balik ni mesti mengadu dengan daddy. Dasar jantan pengecut. Kaki Hasif diangkat pula lalu menendang kuat dada Hermi Safa. Belum pun sempat Hermi Safa mengimbangi badannya, kali kedua kakinya diangkat lalu menendang kepala Hermi Safa. rasa bepinar kepala Hermi Safa.
Hermi Safa bangun, tidak dibalas perbuatan adik kembarnya. Nak dikatakan, dia mana pandai berlawan. Dia tahu merogol sahaja!. Bukan tugasnya untuk melawan.
"Kau tunggu kau, aku akan buat daddy makin benci kau. Ouh ye, mummy kau pun aku akan buat dia tak anggap kau anak dia lagi!". Ugutnya lalu beredar dari situ.
' cis, macam lah aku takut'. Tajam matanya memandang susuk tubuh Hermi Safa sehingga hilang dari pandangan mata. Dia menghampiri perempuan yang hampir dirogol oleh Hermi Safa lalu mengangkat lengan wanita itu untuk monolongnya berdiri.
"Terima kasih awak, saya takkan berjalan seorang diri lagi di lorong. belum pernah lagi terjadi pada diri saya. selalunya saya lalu lorong ni memang tak pernah jumpa penjahat mahupun perogol". jelas wanita itu tanpa dipinta.
Hasif Safa hanya menganggukkan kepalanya dan makanan yang dibeli diambil lalu beredar dari situ.
Disudut lain, tanpa Hasif Safa sedar. Wanita itu memandang pemergian dirinya sambil tersenyum simpul. Dalam hatinya berharap agar dia bisa berjumpa dengan lelaki itu kembali.
Share this novel