-HASIF SAFA POV-
4 TAHUN KEMUDIAN~~
Hasif Safa hanya mendiamkan dirinya, tiada mood untuk berseronok dengan teman-teman sekerja yang lain. Air white coffe diteguk lalu ditelan kasar. Mata sedari tadi memandang tajam kearah wallpaper telefon bergambar Iris Mikayla.
Sebelum Iris Mikayla balik ke JB 4 tahun yang lalu, sempat lagi dia meminta Iris Mikayla mengambil gambar bersamanya. Gambar wallpaper itu diusap perlahan dan semakin lama, semakin kasar. Gigi diketap kuat lalu tangan kirinya digengam penumbuk.
"Kau... kau tipu aku Kayla. kau tak patut tipu aku macam ni. Aku akan cari kau sampai dapat". Desis Hasif Safa perlahan. Tegukan air yang terakhir ditelan lalu dia berdiri tegak. Sekarang ini, dia berada di Johor. Misinya mencari seseorang yang dia cintai selama 4 tahun yang lalu. Tidak akan dia lepas wanita itu untuk kali yang kedua.
Kaki melangkah keluar La Cafe Restoran dan pintu keretanya dibuka. Keretanya dipandu laju kearah rumah sewanya.
Tangan kanan pula dikeluarkan telefon dari kocek seluar lalu nombor telefon seseorang didail. Ditekapkan telefon itu ketepi telinga. "Hello Ian, aku ada kerja nak bagi kau ni. Aku akan bagi kau gambar seseorang then kau tolong cari perempuan tu sampai dapat. If dah dapat, kau bawak dia balik KL". Pintanya selamba. Sesekali tangannya membelok mengikut arah jalan raya.
"Huh, kau kan dekat JB sekarang ni, kenapa tak bawak balik ke rumah sewa kau je?". Soal Ian aneh. kemain lagi jauh-jauh datang, ehh susahkan diri dia pula untuk balik semula ke KL.
"Aku selama ni perhatikan dia je dari jauh di JB. sekarang tiba masanya untuk aku balik ke KL. Aku akan start kerja lagi 2 hari, mana sempat nak ulang alik dari sini ke KL sana". Jelasnya. Ye, Hasif Safa sudah 5 hari di Johor dan selama 5 hari itu juga lah dia memerhati gadisnya. Sakit hati Hasif Safa apabila melihat wanita itu dengan lelaki lain!. dia tidak akan biarkan!.
Mengingat sahaja kembali peristiwa itu membuatkan hati Hasif Safa membahang. Stereng kereta digengam kuat. "Kau tunggu Kayla.. Kau tunggu nasib kau nanti". Getusnya seorang diri.
- FLASBACK SEMALAM -
- IRIS MIKAYLA POV-
Kaki Iris Mikayla diayun laju kearah temannya. Kaki yang dikenakan dengan tumit 6inci tidak sedikit pun menyukarkan dia berjalan laju. Kain labuhnya diangkat sedikit bagi memudahkan langkahnya yang dibesarkan.
Tangan diangkat melambai kearah Amsyar. Bibirnya tidak lekang dari senyuman manis. Amsyar Huzairi, sahabat kerjanya di JB. Sudah 4 tahun mereka berteman.
Adakalanya teman sekerja mereka yang lain menyakat mereka adalah pasangan kekasih dan ada juga yang mendoakan mereka berjodohan. Setiap kali gurauan itu dikenakan keatas dirinya, setiap kali itu jugalah wajahnya kemerahan. Malu!.
"Amsyar.. Lama sangat ke awak tunggu saya?". Belum duduk lagi, Iris Mikayla sudah menanyakan soalan kepada Amsyar. Amsyar hanya menunjukan barisan giginya yang tersusun rapi.
"Takde lama mana. Dalam 10minit je". Jawabnya tenang. "So.. you nak makan apa?, biar I belanja". Sambungnya lagi. Setiap kali mereka keluar, setiap kali itu jugalah Amsyar membelanjanya. Penat Iris Mikayla menolak tetapi katanya itu adalah rezeki dia.
"Apa - apa pun saya tak kisah. Kan awak yang berlanja saya. Lagipun dekat kedai makan ni semua menu sedap - sedap". Dalih Iris Mikayla. Segan lah dia kalau meminta sedangkan orang yang berlanjanya.
Sementara mereka menunggu makanan tiba, sesekali mereka bergurau senda. Ada gelak tawa, ada gurau dan saling sakat menyakat. Bibir mereka juga tidak lepas dari senyuman dan gelak gembira.
Dari kejauhan, Iris Mikayla tidak perasan akan kewujudan seseorang yang memerhatikannya dengan pandangan sinis dari jauh. tangan digengam menahan marah yang terbuku didada.
-END FLASBACK-
Keluhan berat Hasif Safa dilepaskan. Kepala otaknya hanya membayangkan senyuman gadis itu. Bibir secara drastik tersenyum manis.
senyuman manis yang menyeramkan!.
'I'll be back to you, my girl'. Bisik hati kecil Hasif Safa. Dia bertekad!.
Share this novel