-HERMIS SAFA POV-
Kaki melangkah perlahan kedalam bilik gadis itu. Tombol pintu ditutup perlahan lalu menuju kearah katil bersaiz queen itu dalam diam. Tidak mahu mengejutkan gadis yang sedang lena di atas katil.
Dengan perlahan, dia membaringkan badannya betul- betul disebelah Viola yang sedang nyenyak membelakangi dia. Tangan sasanya juga dengan lembut memeluk pinggang ramping Viola.
Lalu, Kepala dilabuhkan keatas kepala gadis itu dimana belakang kepala Viola di dadanya. Dapat dia menghidu bauan haruman rambut Viola yang menyenangkan. Hmm wangi...
Sekilas, dia mencium lembut kepala gadis itu. Sungguh, dia tidak pernah tercari- cari perempuan melainkan perempuan yang mencarinya. Tetapi kenapa bila dengan Viola, hatinya terus rasa rindu?. Terasa mahu sentiasa ada untuknya. Dia juga sudah lama tidak menyentuh wanita lain gara- gara gadis ini.
"Viola... apa yang kau dah buat dengan hati aku?". Soalnya perlahan. Lebih kepada diri sendiri.
Viola yang rasa perutnya disentuh dan digosok halus itu terasa geli. Matanya terus sahaja dicelik perlahan. Hidungnya dapat menghidu bauan minyak wangi yang dia pernah bau. Bauan ini...
Mata terus terbuka luas. Badan digerakkan mahu merungkaikan pelukan lelaki itu.
"Shuuu.. Don't move". Pelukannya dikuatkan lagi. Tidak mahu gadis itu bergerak.
Pergerakan Viola terus terhenti. Dia membiarkan sahaja lelaki itu memeluk kemas di pinggannya.
"Hermi.. kenapa awak ada dekat sini?. Ini bilik saya". Perlahan sahaja suaranya. Cukup didengari oleh dia dan Hermi Safa.
"I miss you". Jawabnya jujur. Ciuman lembut dijatuhkan sekali lagi keatas kepala gadis itu. Sungguh, gadis ini setiap masa dia ingin didalam pelukannya.
Viola yang mendengar jawapan lelaki itu tersentak. Detak jantungnya tiba- tiba tidak teratur. semakin laju dan laju. Dia... mula cair.
"Im sorry.. Im so sorry Viola".
Viola diam. Dalam hati, mahu menanyakan kepada lelaki itu kenapa dia meminta maaf kepadanya?. Tetapi mulutnya tidak mahu bekerja sama dengan hatinya. Jadi, dia diam menunggu kata sambungan dari lelaki itu.
"Sebab I pernah tidur dengan bermacam- macam perempuan. But, I promise, I tak akan buat lagi. I akan berkahwin dengan You. I... I nak you Viola. I sayangkan you. I akan jaga you". Tuturnya lembut penuh romantis.
Dia tidak berlakun apabila dengan gadis itu. Dia ikhlas mengatakan itu kepada Viola. Tidak seperti perempuan- perempuan di luar sana yang hanya untuk menyedapkan hati perempuan yang pernah dia tiduri.
Buat kesekian kali, Viola terkaku. Dia tahu, Hermi Safa ikhlas mengatakan itu. Semakin membuatkan jantungnya berdebar hebat. Mana pernah dia merasakan perasaan seperti ini.
Viola memusingkan badan menghadapnya. Hermi Safa hanya membiarkan sahaja. Pelukan di pinggang gadis itu dirungkaikan. Kepalanya dijarakkan kepada kepala gadis itu lalu matanya tepat memandang kedalam anak mata Viola.
Viola mendonggak dan Hermi Safa menundukkan sedikit kepalanya. Dia dapat melihat sesekali mata gadis itu terkedip perlahan. Senyuman dileretkan dengan senyuman manis. Gadis itu sangat manis dimatanya. Tapi kenapa?. Kenapa dia nampak kesedihan dimata cantik itu?.
Viola terharu mendengar kata- kata penuh keikhlasan lelaki itu. Belum pernah seumur hidupnya ada orang mengatakan sayang terhadapnya. Mama dan abah juga tidak pernah mengunkapkan itu kepada dia.
"you know what, no one has ever said 'sayang' to me. You are the first". Jawab Viola dengan sedaya upaya menahan tangisan dan riak wajahnya.
Ya, dia tak pernah dapat kasih sayang sebenarnya daripada mama dan abahnya. Sebab itu, bila dah cukup umur sekarang ini, dah ada kereta dan rumah flat ini pun dah cukup buatnya.
Dan sebab mereka lah, dia jadi perempuan liar. Perempuan yang selalu keluar ke club, meneguk najis syaitan serta menari berpelukan dengan lelaki lain. Tetapi untuk tidur dengan lelaki lain, jauh sekali. Dia tidak pernah melakukan itu dan Hermi Safa yang pertama.
"Are you ready?". Soal Hermi Safa secara tiba- tiba.
Melihatkan Viola yang terpinga- pinga itu, dia tahu gadis itu mahu meminta penjelasan.
"Are you ready to tell me everything?. I will listen to your problems if you want". Tuturnya dengan lebis jelas akan pertanyaannya sebentar tadi.
Viola terpegun. Lelaki itu... lelaki itu dapat menangkap emosinya sekarang ini?. Ah, sungguh memalukan. Belum ada lagi yang tahu akan perasaan dan emosinya yang satu ini. Selama ini, dia berpura- pura kuat. Tetapi kenapa bila dengan lelaki ini, dia kalah?.
"not yet. Atlease not now".
"I will wait. all the time I will be ready to wait for you. always". Jawab Hermi Safa perlahan. Lalu kedua belah kening Viola dikucup lembut.
"Dah tidur. I tidurkan you. Jangan risau, selagi you tak goda I... selagi tu I tak akan sentuh you". Gurau Hermi Safa dengan riak nakal. bibir juga tersengeh miang.
Viola terus memukul dada bidangnya pakej dengan jelingan maut. Eiii gatal !.
Hermi Safa tergelak kecil. Viola yang mendengar sekali lagi terasa jantungnya berdegup kencang. Dia belum pernah mendengar Hermi Safa gelak begitu. Belum lagi mendengar lelaki itu tergelak besar, pasti kedengaran musik yang merdu dan penuh bahgia.
Dalam diam, Viola tersenyum bahagia. Mata juga semakin memberat lalu memejamkan matanya. Tanpa sedar, dia terlelap kembali didalam dekapan lelaki itu.
Share this novel