BAB 42

Short Story Series 99481

-HASIF SAFA POV-
"Buat apa dekat sini?". Soalnya keanehan tetapi tetap sahaja membontoti kemanapun wanita itu pergi.

"Tangkap ikan". Tanpa riak, gadis itu menjawab malas.

Hasif Safa yang mendengar tersenyum sinis. Nasib aku sayang kau, kalau tak... memang dah kena dengan aku.

"Siapa perempuan tadi?". Soalan kedua pula. Teringat kembali akan peristiwa dimana wanita tadi memandangnya dengan riak terkejut. Pernah terjumpa ke?. Kalau ya, dimana ya?.

"Kawan Kolej". Jawab gadis itu mendatar. Mata tidak lepas memilih pelbagai ikan yamg segar- segar. Ada sesekali jari runcingnya memicit ikan itu untuk memastikan tidak busuk.

"Tch, jelaskan lah lebih detail. Nak tahu juga siapa perempuan tu pada kau. Kawan rapat ke?. Tak pernah nampak kau orang keluar bersama pun?".

"Ish, Kawan kolej lah.. dah lama berpisah dah pun!. Nak keluar sama- sama macam mana?. Nombor telefon pun tak ada".

"Ouh.. Hummm cantik kawan kau".

Tangan Iris Mikayla yang sedang sibuk memlilih ikan terus terkaku. Wajah dipalingkan ke arah lelaki itu dengan riak cemberut.

"Huh?. What?". Tanpa riak bersalah, dia menjawab siap dengan bahu dinaikkan sekali.

"All the women in your eyes will look beautiful ?".

"Yes why?. Are you ... jealous ?". Soalnya dengan tersengeh kecil. Baru kau nak bercakap dengan aku ya?.

"Huh.. Kalau macam tu, pergilah goda dia sana. Senang, saya tak perlu lah...."

"What?!". Tekannya yang hanya didengari oleh mereka berdua. Mata mencerlung tajam memandang gadis dihadapan.

"Errrrmm.. Tak.. mak-- maksud saya.. haaa. Tch, okey fine.. Sorry". Tanpa berdalih, Iris Mikayla terus meminta maaf. Malas mahu bergaduh akan hal ini.

"Balik sama- sama dengan aku, biar aku yang hantarkan kau". Dengan riak yang paling bersahaja, dia menjatuhkan arahan tanpa persetujuan wanita itu.

"Saya bawa kereta, tak apa.. saya boleh balik sendiri".

"Jangan mengelak, nanti aku yang suruh Ian ambil kunci kereka kau di rumah kau and dia yang tolong hantarkan kereta kau nanti".

Iris Mikayla diam tidak menjawab. Buat apa lagi mahu menjawab kalau lelaki itu yang akan sentiasa menang dalam hal mendengar katanya.
___________________________

Kereta memasuki simpang dengan penuh berkhemah. Tidak mahu membuat onar di jalan raya lagak jalan itu datok dia punya.

"Well, memanglah kawan kau tu cantik.. tapi mestilah paling cantik, kau". Hasif Safa memecahkan kesunyian.

Pujinya juga ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu. Ya, baginya Iris Mikayla yang paling cantik luar dan dalam.

"Yelah tu, playboy". Iris Mikayla menjawab perlahan. Tanpa sedar, Hasif Safa disebelah terdengar apa yang dia katakan.

"Ish yelah, tak percaya sudah. Mestilah kau yang paling cantik. Semua cantik.. wajah kau, hati kau.. dan juga.. hurmmm you know, your body".

Iris Mikayla membuntang luas. Macam tak biasa sahaja dengan tutur selamba lelaki itu namun tetap terasa bengang.

"Safa!. awak ni kan.. Tutup mulut awak tu, kalau tak.."

"Kalau tak apa.. huh?". Soalnya penuh berani. Buat apa nak takut, wajah gadis itu terlalu comel untuk ditakuti.

"Saya tak nak bercakap dengan awak selama seminggu". Ugutnya pula. Wajah dipaling kearah tingkap kereta. Lihat pemandangan lagi seronok!

Hasif Safa tersenyum kecil. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia mencubit pipi itu dan menciumnya. Sabar Safa.. nanti kahwin kau cium puas- puas!.

"Ouh, ingatkan kalau tak diam kau akan cium aku. Baru je semangat tak nak diam tadi". Sakatnya pula. Mata sesekali menjeling kesebelah penumpang. Tetap tidak dilayan. Okey fine!.

Iris Mikayla buat- buat tidak dengar. Dia menyandarkan badannya dengan penuh selesa lalu menutup rapat matanya. Huh, tidur lagi bagus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience