BAB 17

Short Story Series 99481

-IRIS MIKAYLA POV-

Tok tok tok..

ketukan dipintu dibiarkan. Sengaja buat-buat tidak dengar. Hatinya masih panas dengan apa yang sebentar tadi terjadi.

"Kayla, buka pintu ni.. aku bawak makanan ni untuk kau".

Kedengaran pula suara lelaki itu dibalik pintu. Ishh disebabkan perutnya masih belum terisi lagi, terpaksa direndahkan ego wanitanya. Tanpa buang masa, kakinya diayun laju kearah pintu.

tombol pintu dibuka. Nasib sahaja dia sudah memakai tudung. Cuma kainnya sahaja yang masih ketat. ish, bukan sengaja tau!. Takde pilihan dah.

"Sini makanannya, awak jangan masuk!". Cebik Iris Mikayla. bibirnya dikemam. Masih geram dengan mulut cabul lelaki itu.

"Taknak, nak masuk juga.. Kau tak bagi aku masuk, jangan harap dapat makan!". Dah kalau mengugut je kerjanya Hasif Safa lah tu.. siapa lagi?.

"Tak lapar mana pun, tak bagi makan pun takde hal lah.. lagi pun saya nak diet!. Saya memang bercadang taknak..." Krukkk krukkk~~.

'argh sial, derhaka punya perut.. time-time gini lah kau nak berbunyi. Ishhh kau dah malukan aku tahu tak?. ' Gertak Iris Mikayla didalam hati. Geram dengan bunyi perutnya yang taknak kerja sama dengannya!. Sengaja jatuhkan saham Iris Mikayla.

Iris Mikayla melihat kewajah lelaki itu. Geram sahaja dia melihat senyuman sinis di bibir merahnya. Eiii nak koyakkan je rasa bibir tu!. huh..

"Cepat bukak pintu ni.. Makan cepat. Buat apa nak diet?. Badan kau dah cukup... hurmm sexy, mybe?".. Lagi sekali... Buat kesekian kali mulut cabul lelaki itu berbunyi.

"awak ni kenapa Safa?. if takde benda nak cakap perkara yang baik, baik diam je mulut tu". Marah Iris Mikayla. Jelingan maut di hadiahkan buat lelaki itu.

"Maaf, haishh.. okey fine, tak buat lagi dah.. untuk hari ni jelah.. hehehe.. bukak pintunya sayang. Bagi aku masuk. penat ni hah daritadi angkat dulangnya". Rungut Hasif Safa. mata sengaja dikedip - kedipkan beberapa kali. Buat-buat comel!.

'Ishhhh kau ingat kau comel ke, huh?'

Dengan memek muka yang penuh ketidak ikhlasan nya, Iris Mikayla terpaksa membuka luas pintu bilik itu. Memberi ruang untuk lelaki mulut cabul ini masuk kedalam.

Pintu sengaja tidak ditutup. 'Dengan mamat ni bukan boleh percaya pun!. silap hari bulan, ada kang kena terajang dengan aku.'

"Pintu tu kenapa terbuka luas?. tutup lah".

"Tak nak.. biar jelah pintunya terbuka. Saya tak selesa pintunya tertutup bila dengan lelaki. BUKAN MUHRIM PULAK TU". sebaris ayat terakhir ditekankan. Biar sedar sikit mamat mulut cabul ni.

"suka hatilah.. sini duduk dulu, makan.. bagi perut kau yang kononnya nak diet tapi berkruk kruk je bunyinya tu terisi". Perli Hasif Safa sinis. Sempat juga mata ditatap kearah kain Iris Mikayla. 'hmm masih juga dia ni pakai kain tu, pakai jelah balik seluar dia yang waktu didalam gudang tu'.

Iris Mikayla akur, tetap sahaja kakinya melangkah kearah katil lalu didudukkan punggungnya ke atas katil empuk itu. Perlian sinis dari lelaki itu dihiraukan. Bukan tak biasa!.

"kesiannya sayang saya ni.. Tunggu ye, Emeer tengah belikan seluar untuk kau. Nasib lah dia tu penurut orangnya. Aku suruh je dia agak-agak saiz kau. Beli yang oversize pun takpe kan?. asalkan pinggang nya kecil macam kau..Hehehe".

"Mula lah tu.. keluar!". Arah Iris mikayla dengan wajahnya terpapar riak menyampah.

"Tak nak.. nak dengan sayang saya.. ". Rengeknya manja. Kali kedua, dia mengkedip-kedipkan matanya.

ugh! nyampah.. Kau ingat kau kacak boleh cairkan aku lah ya?, jangan harap!.

"Then.. please mulut tu jangan cabul sangat. Kalau tak..." penumbuk diarahkan tepat kehadapan wajah kacak lelaki itu. Ugutan dulu-dulu untuk menakut-nakutkan orang.

Dimata Hasif Safa, nampak comel sahaja gadis kecil ini. gewramm..

"Hishh.. yelah, tak buat lagi.. tak cabul lagi.. Kalau dah kawin baru boleh cabul kan?".

again.. perangai merengnya tetap tak boleh diubah. lantak kau sana Safa.

Iris Mikayla hanya diamkan diri. Malas layan. melebihkan tak memasal baran lelaki itu nanti. Makanan disuap ke mulut dan dikunyah perlahan. Lembut sahaja perlakuannya itu. Tak jemu mata Hasif Safa memandangnya.

_____________________________________
-HASIF SAFA POV-

Tok tok tok..

"Safa.. ini seluarnya". tidak semena- mena, Emeer memanggil Hasif Safa diluar pintu bilik. Beg plastik bertukar tangan.

"Thanks my bro. esok aku berlanja jajan super ring". Guraunya.

Emeer hanya menjulingkan matanya keatas dan berlalu pergi.

Hasif Safa mendekat kearah katil dan plastik berisi seluar itu diletakkan di sebelah Iris Mikayla.

"Ini seluar kau. Ouh ye, Esok malam terus siap-siap, kita pergi dari sini, sebab pagi esok aku kerja, so kita gerak esok... Malam ni tidur sini sahaja.. Faham?. Bebel Hasif Safa.

"Nak pergi mana pula?. Saya pun nak kerja juga, please Safa, Esok saya nak masuk kerja.. boleh lah, ya?.". Rayu Iris Mikayla. Dengan muka yang penuh kesian dibuat- buat. Akting number one!.

"Okey, Tapi pergi dan balik aku hantar.. jangan memandai kau nak larikan diri, faham?. kereta kau dimasjid tempoh hari ada di rumah sewa aku. so tak perlu risau. apa-apa pun barang kau, aku akan jaga baik-baik. Sama macam aku jaga kau". Jawab Hasif Safa yang terselit dengan arahan.

'huh.. Apa-apa jelah, janji aku tak pandang muka kau setiap jam sudah lah' keluh Iris dalam diam.

"Faham tak ni?". Soal Hasif Safa kembali kerana tiada sahutan dari gadis itu.

iris Mikayla hanya mengangguk kepala sahaja menandakan dia faham arahan dari lelaki tersebut.

Hasif Safa yang melihat gadis itu memberi angukkan terus tersenyum simpul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience