Series
103134
-IRIS MIKAYLA POV- Tangannya yang sudah cantik berinai itu dilihat tanpa perasaan. Bukankah hari ini hari yang telah di nanti- nantikan oleh bakal pengantin?. Tetapi hanya dia sahaja yang merasakan tanpa perasaan. Ops silap, yang ada sekarang ini adalah perasaan berdebar. OMG, lagi beberapa minit sahaja lagi dia akan diakadkan dan akan terus bertukar status sebagai 'isteri orang'. "Wahhh.. tak sangka kan sekejap je masa berlalu. Pejam celik je kamu dah nak jadi isteri orang". Puan Azleen disebelah bersuara penuh ceria. Tidak sabar rasanya dia ingin melihat Hasif Safa mengangkat janji sumpah dan akad tidak lama lagi. Ya, ibunya betul. Dua bulan terasa sekejap sangat berlalu. Dia juga tidak menyangka yang hari ini adalah hari perkahwinannya. Tangan kecilnya digengam sendiri. Caranya untuk cuba menenangkan diri. Sekarang ini, dia sedang menunggu kehadiran pengantin lelaki. "Kayla... you cantik sangat hari ini. Tak sabar rasanya untuk I pula yang akan berkahwin". Celah Viola pula dibelakangnya. Selama dua bulan ini, dia sudah semakin rapat dengan Iris Mikayla. Pada mulanya, gadis itu hanya menjeling kecil dan banyak mendiamkan diri. Lama kelamaan, dengan berkat doanya, Iris Mikayla semakin dilembutkan hati untuk memaafkan dosanya beberapa tahun yang lalu. "Rasa nak tercabut jantung. Kalau You tak percaya, you tunggu lah hari majlis you nanti". Jawab Iris Mikayla perlahan. Puan Azleen dan Viola yang mendengarkan suara getaran Iris Mikayla tersenyum kecil. Ya lah, mana ada bakal pengantin di hari perkahwinan mereka tidak berdebar jantung mereka?. Rasanya mengalahkan orang yang ingin menduduki SPM. "Biasalah tu. Its normal bagi bakal pengantin yang akan berdebar di hari perkahwinan mereka. Lagipun kan....." Belum sempat lagi Viola menghabiskan ayatnya. Suara Tok kadi mencelah tiba- tiba. "haa, itu pun dia pengantin lelaki dah sampai. Bawa dia ke sini cepat. Pengantin perempuan dah gugup sangat dah tu daritadi". Tok kadi, Ustaz Mukmin menegur Hasif Safa. Iris Mikayla menundukkan kepala. Sedikitpun dia tidak memandang ke arah pengantin lelakinya. Viola yang melihatkan itu menggelengkan kepala. "Tengok suami kau tu. Kacaknyaaa..tapi orang sebelah dia lagi lah kacak". Viola memaksudkan abang kembar lelaki itu, Hermi Safa yang sedang mengusung pengantin lelaki duduk dihadapan tok kadi. Iris Mikayla masih diam tidak beriak. Viola yang bersuara pun dia buat- buat tidak dengar. Kepala semakin ditunduk kebawah. Tangan yang semakin terasa sejuknya dan menggigil hebat di digengam semakin erat. "Dah ready dah pengantin lelaki kita ni?". Soal Ustaz Mukmin kepada Hasif Safa yang sudahpun duduk bersila dihadapan dia. Hasil Safa tersenyum simpul seraya mengangguk kecil. Menandakan yang dia sudah bersedia. Tetapi, tipulah kalau jantungnya tidak berdebar laju. "Baik lah kalau sudah bersedia. Mari kita mulakan sekarang juga. Semuanya yang hadir dan saksi- saksi yang terlibat pun dah ready juga kan?". "Sudah!". Jawab para saksi serentak. Iris Mikayla masih diam tidak terkutik. Hanya jantungnya sahaja yang sekarang ini masih bergerak. Anggota badannya yang lain kaku seperti batu. "Baik lah, dengan lafaz bismilahirahmanirahim.. Mari kita mulakan". Encik Zuki, ayah sedara Iris Mikayla yang menjadi Wali Mujbir untuknya kerana dia kematian bapa kandungnya mula bersuara. Encik Zuki membawa tangannya kehadapan untuk bersalaman dengan pengantin lelaki. Hasif Safa menyambut huluran salam tangan lelaki tua itu. "Hasif Safa Bin Dato' Hamid Sufi". Sambung Encik Zuki lagi. "Ya saya". Jawab Hasif Safa sepatah. Namun penuh yakin dan berani. "Aku nikah kan engkau dengan anak sedara perempuanku, Iris Mikayla binti Mohd Rosdi dengan mas kahwin sebanyak RM200.00 dibayar tunai". "Aku terima nikahnya, Iris Mikayla binti Mohd Rosdi dengan mas kahwin sebanyak RM200.00 dibayar tunai ". Dengan sekali lafas, Hasif Safa mengungkap akad nikah itu tanpa ragu- ragu lagi, walhal jantungnya hampir tercabut dari rangka dada. "Sah?". Jawab ustaz Mukmin kepada para saksi disitu. Dengan serentak juga, para saksi menjawab "Sah!". "Alhamdulillah.." Ucap Ustaz Mukmin dan Encik Zuki perlahan namun masih terdengar di telinga Hasif Safa dan para tetamu di sini. Iris Mikayla menahan air matanya. Puaz Azleen yang berada disebelah menggosok bahu kanannya dengan lembut itu lagilah membuatkan dirinya hendak menangis teresak- esak. Tanpa sedar, Hasif Safa sudah melutut dihadapan matanya. Namun, Iris Mikayla tetap kaku. Dengan penuh lembut, Hasif Safa mencuit dagu wanita itu lalu dinaikkan wajahnya. Mata bertentang mata. Jantung mereka saling berdetak hebat. "Sini, aku... mak-- maksud ab-- abang.. Sini jari Kayla, izinkan abang sarungkan cicin di jari manis Kayla". Iris Mikayla terpegun. Lidahnya kelu mendegarkan ayat yang tercetus dari bibir lelaki itu. Belum pernah lagi dia melihat wajah pucat Hasif Safa. Namun, bibirnya menahan senyum agar tidak terlihat dengan jelas bahawa dia cuba menahan lucu didalam hati. Datin Mawar disebelah kiri Iris Mikayla memberikan cincin kahwin itu kepada Hasif Safa. Hasif Safa menyambut huluran cicin itu lalu dia menyarungkan cincin ke jari manis isterinya. Kini, giliran Iris Mikayla pula yang menyarungkan cincin kahwin itu ke jari manis suaminya lalu tangan suaminya disambut dan disalam penuh lemah lembut. Hasif Safa dapat merasakan kegigilan tangan isterinya yang baru diakadkan sebentar tadi. Terbit senyuman halus di bibir merahnya. Dagu itu dicuit lagi dan diangkat lembut memandang kearah wajahnya yang lebih tinggi dari isterinya. Kepala Iris Mikayla menjadi sedikit terdongak. Dengan penuh kasih sayang dan cinta, Hasif Safa melabuhkan sebuah ciuman ke atas dahi licin Iris Mikayla. Dan entah untuk kali keberapa, Iris Mikayla terkaku lagi. Jantungnya lagi lah, memang berdegup semakin laju. Hasif Safa menjarakkan wajahnya dan menundukkan kepala sedikit. Lalu, bibir merahnya dibawa ke tepi telinga isternya. "Thankyou". Hasif Safa berbisik perlahan ditepi telinga Iris Mikayla. "Huh?". "For accept me as yours. And now my mission is ... to make you fall in love with me". Dengan penuh gemersik, Hasif Safa membisik lagi seraya itu, dia mengucup lembut telinga Iris Mikayla yang tersarung dengan tudungnya. Iris Mikayla tersentak dengan tindakan suaminya. Hasif Safa menjarakkan lagi wajahnya dan tenung dengan penuh cinta ke dalam mata si isteri. Hasif Safa mengangkat tanganya lalu dibawa kearah pipi gadis itu dan mengusap air mata isterinya dengan penuh berhati- hati. Iris Mikayla tidak perasan bila entah air matanya itu tertumpah di kolam matanya. Namun apa yang pasti, tindakan suaminya sebentar tadi membuatkan dia tersentuh. Puan Azleen, Datin Mawar, Viola dan Hermi Safa dalam diam tersenyum simpul. Mereka hanya melihatkan sahaja tindakan pengantin baru itu dalam diam. Iris Mikayla hanya menitipkan doa agar dia bisa mencintai lelaki itu sepertimana lelaki itu mencintai dirinya. Di sudut lain, Hasif Safa pula berdoa agar isterinya juga mencintai dia. Dia juga menginginkan dirinya dicintai oleh gadis itu. -TAMAT- *TQ semua sebab sudi baca novel pertama dari Cik Lily. InsyaAllah, soon novel kedua Cik Lily akan dikeluarkan mengenai kisah cinta mereka. *Dapatkah Hasif Safa melancarkan misinya untuk membuat si isteri jatuh cinta kepadanya?. Staytune semua.. TQ for support. Sanding love. Muahhh
Share this novel
best.
di mana Laila? takkan Kayla x jemput Laila?