Series
103134
-IRIS MIKAYLA POV- (HOTEL HASSLER ROME, ITALY) Mata meliar sekeliling luar hotel itu. Kaki diayun perlahan ditepi kolam sambil menghirup udara segar. Sampai di penghujung tepi kolam, kaki dipakukan. Kepala didongak ke atas dengan matanya dipejamkan. Sesekali, angin menampar lembut wajah halusnya serta tudung yang tersarung juga terayun lembut. Bukan senang nak keluar dari dalam hotel ni tau!. Bukan main lagi Iris Mikayla merayu kepada dua orang suruhan Hasif Safa untuk dia keluar menghirup udara segar. Orang suruhan lelaki itu terus sahaja menelefon tuannya yang jauh di Malaysia semata- mata meminta izin kepadanya untuk dia keliaran diluar hotel itu. Dengan syarat, pengawalnya harus mengikuti kemanapun Iris Mikayla pergi. 'huh, risau sangat aku pergi dari dia. Kan aku dah janji nak kahwin dengan dia!'. Kalau lah tiada pengawal peribadi lelaki itu, sudah pasti dia keluar dari hotel ini. Bagi Iris Mikayla, lebih baik dia duduk rumah kalau kesini pun dia tidak boleh keluar dari hotel. ish! "Cik Kayla, saya nak pergi tandas sekejap ye. Jangan kemana- mana tau. Duduk je sini'. Kata Ian merangkak orang suruhan Hasif Safa kepada Iris Mikayla. Gadis itu hanya menganggukan kepala sahaja. Tanpa berfikir panjang, terus sahaja kaki dilangkah panjang untuk keluar dari perkarangan hotel mewah itu. Sampai sahaja di luar hotel, kaki berlari dengan laju entah kemana. Dia sendiri tidak tahu kemana dia tuju tetapi dia tahu nama hotel itu. Jadinya dia akan meminta mana-mana teksi sahaja untuk menghantarnya pulang ke hotel itu sebelum Hasif Safa pulang ke sini. Dia yakin, bila dia membuat cerita kepada lelaki itu, sudah pasti lelaki itu lebih percayakan dirinya berbanding Ian. penat berlari tanpa tuju, dia hentikan langkahnya lalu menarik dan menghembus nafas. Semput dada gadis itu gara- gara lari lagak dikejar anjing gayanya. Anak mata Iris Mikayla terpaku pada papan nama kedai bunga didepannya. "FLOWERS FOR ITALY". Sebutnya perlahan. Dengan senyuman manis dibibir, kaki dilangkah kedalam kedai bunga itu. ______________________________ -HASIF SAFA POV- (HAMAR HOLDINGS BHD) Telefon di gengaman tangannya dicampak kuat kelantai. Telefon yang sudah retak screen akibat dicampakan kelantai dibuat tak layan. Hatinya lebih sakit apabila mendapat panggilan dari Ian bahawa gadisnya telah melarikan diri didalam hotel itu. Tanpa bersalah, Ian dicaci makinya. Dia memberi Ian masa mencari wanita itu selama 2jam sahaja. Kalau tidak, lelaki itu akan dipecat yang sudah bekerja dengannya selama 4 tahun. "Kau tunggu aku balik kesana nanti Kayla". Screen telefonnya yang retak dikutip semula lalu nombor anak buah seorang lagi didail. "Hello.. Shark, tempahkan aku tiket flight ke Itali atas nama aku. Petang ni aku balik kesana dalam pukul 4ptg. Jangan lambat, aku risau tiket flight habis nanti". Sesudah itu, telefon diletakkan ke atas meja kerjanya. Punggung dihempas kasar ke kerusi kerja berhadapan meja kaca kerja. Nafas kasar dilepas kuat. Banyak persoalan yang dia fikirkan dibenaknya sekarang ini. Bagaimana kalau Kayla tipu dirinya untuk menerima dia sebagai seorang suami?. Bagaimana kalau Kayla lari semula dalam hidupnya?. Bagaimana kalau Kayla sebenarnya tidak mahu memberikannya perluang untuk dia buktikan cintanya kepasa gadis itu?. Badan belakangnya disandarkan kekerusi kulit lalu matanya dipejam rapat. berharap dapat dibuang semua persoalan dibenaknya itu. *Kesian pula readers yang tertunggu2 sebab nak baca. so, sis even busy pun tetap update untuk awak semua
Share this novel