BAB 28

Short Story Series 99481

-HASIF SAFA POV-
(HAMAR HOLDINGS BHD)

Hasif Safa tiba di Kuala Lumpur tepat pada pukul 9pagi. Dia menyuruh Iris Mikayla tinggal di Itali dahulu bersama orang suruhannya memandangkan dia ada hal syarikat yang harus diuruskan.

Kaki panjangnya melangkah gagah dan penuh keyakinan ke bangunan tinggi itu. Pintu kaca bilik bahagian CEO dibukanya. Ingin berjumpa dengan daddynya terlebih dahulu untuk membincangkan soal dia dan Iris Mikayla.

Selepas mendapat izin untuk masuk, terus sahaja dia menolak pintu kaca itu lalu badannya memasuki bilik daddynya. Kaki diayun melangkah ke arah meja besar berdepan daddynya. Kelihatan Dato' Hamid Sufi sedang sibuk menatap komputer riba tanpa memandang dirinya yang berdiri tegak didepan lelaki tua itu.

"Daddy... Safa nak berkahwin". Tanpa basah basi, terus ke tujuan perbincangan. Malas dia mahu bertapis- tapis bila mahukan sesuatu.

Tangan Dato' Hamid Sufi yang lincah menaip sesuatu di papan kekunci keybord terus terhenti. Kepala dinaikkan memandang dirinya yang masih tegak berdiri. Mata tepat menikam anak mata Hasif Safa.

"Nak kahwin dah?. Dah ready nak jadi suami?. Kau yakin ke boleh bahagiakan isteri kau tu kalau perangai playboy kau tak hilang- hilang?, Ubah perangai kau dulu sebelum merosakkan hati dan perasaan anak dara orang suatu hari nanti". Sinis sahaja ayat yang terkeluar dari celah bibir lelaki separuh usia itu.

Hasif Safa sudah mengetapkan rahangnya. Cuba mengawal emosi yang menguasai diri.

"Kenapa tak nasihatkan anak daddy yang seorang lagi tu?. Dia yang layak dinasihatkan, bukan safa". Mendatar sahaja suaranya ketika menjawab soalan daddynya. Bukan dia takut pun untuk melawan lelaki itu, tetapi dia masih sayangkan daddynya. Hanya sebab salah faham ini, lelaki tua itu membencikan dirinya.

"Menjawab sahaja kerja kau ni kan?!. Kau nak kahwin pergi jelah. Tak perlu beritahu aku pun. Bukan aku yang akan akad kan kau pun. Pergilah minta izin ayah bakal isteri kau sana!". Tidak semena- mena, Dato' Hamid Sufi menghamburkan amarahnya. Geram agaknya dengan tingkah Hasif Safa yang suka menjawab.

"Daddy.. kenapa daddy tak nak dengar dulu dari pihak Safa?. Kenapa daddy cuma dengar sebelah pihak sahaja?. Daddy terlampau menghukum Safa yang tidak bersalah. Please daddy... Semuanya dah bertahun lamanya berlalu. 6 Tahun yang lalu, tetapi daddy masih tetap macam ni pada Safa. Adil ke daddy?". Suara Hasif Safa dikendurkan.

Dia penat, sangat penat dengan situasi begini bila dengan daddynya. Asal bersemuka sahaja, daddynya hanya menjeling. Asal berdepan sahaja, pasti mereka akan bergaduh.

Dato' Hamid Sufi terdiam. Mungkin ada betulnya apa yang dikatakan Hasif Safa. Dia mengeluh perlahan lalu dia berdiri dan membawa dirinya tepat di depan anaknya.

Sebelah bahu Hasif Safa dipengang perlahan. Mata tua itu menatap kedalam mata hitam pekat kepunyaan Hasif Safa. Tipulah kalau dia tidak sayangkan anaknya yang seorang itu. Mungkin inilah sudah tiba masanya untuk Hasif Safa membuka cerita. Mungkin dia akan cuba memahami Hasif Safa juga.

"if so, I will give you a chance to explain everything to me. Tetapi, jangan sampai Safa menipu daddy. Kalau tidak, daddy akan benci kau seumur hidup daddy". Dato' Hamid Sufi menyudahkan kata dengan ugutan. Tetapi dia buat semua itu pun untuk kebaikkan kedua belah pihak. Macam yang dikatakan Hasif Safa sebentar tadi. Harus adil untuk menghukum seseorang yang ada bukti kukuh.

Anak mata Hasif Safa bersinar. Ye, inilah masanya untuk dia menceritakan semua kepada daddynya. Biar tiada kesengketa dan kebencian antara dia dan daddynya selama beberapa tahun ini.

FLASHBACK 6 TAHUN LALU
(RUMAH AGAM KEDIAMAN MILIK DATO' HAMID SUFI).

Hermi Safa merentap tudung dikepala gadis itu dengan kasar. getah rambut yang mengikat rambut gadis itu juga ditarik ganas. Sakit yang ditanggung gadis itu tidak dipedulikan walhal gadis itu sudah menjerit meminta dilepaskan dan mulutnya juga tidak henti- henti merintih kesakitan, namun dibuat tidak dengar kerana nafsunya harus dilayan.

"Hermi.. let me go!. Kau tipu aku Hermi, kau cakap kau nak bawa aku dengan kawan- kawan yang lain study group. Tapi kau bawa aku ke sini. Aku nak balik lah sial !". Jeritnya lantang. tudung yang direntap kasar sebentar tadi membuatkan kulit kepalanya sakit namun sakit itu hilang bila mana bertukar menjadi ketakutan. Dia Masih berumur 17 tahun. Dia tak nak dirinya dirosakkan begitu sahaja oleh jantan keparat ini.

"Shuuu my love. I will not hurt you if you listen to my words and serve me. Don't be afraid, Marsya.. I will be gentle if you serve my lust". Tutur Hermi Safa dengan selamba sambil itu tangannya sudah merentap kasar baju wanita itu.

Marsya tersentak. Baju yang dipakainya kini terkoyak rabak dibahagian dadanya. Dengan pantas, kedua tanganya memeluk dada untuk menutupi bahagian itu.

Dimata Hermi Safa, wanita itu bagaikan menggoda dirinya sahaja. Bibirnya terus tersenyum kecil memandang gadis itu. 'hmmm sexy'.

"Tolong.. tolonggg.. tolongg!!". Jerit Marsya meminta bantuan. Dia berharap seseorang datang menyelamatkan dirinya walaupun rasa seperti mustahil kerana semua orang didalam rumah ini masih di tempat kerja.

kaki Marsya pantas menuruni katil bersaiz king itu lalu tudungnya dibawah katil diambil. Tidak mahu membuang waktu dan perluang yang ada sementara Hermi Safa sedang sibuk membuka kemeja sekolahnya. Kaki ingin melangkah ke arah pintu namun tangannya ditarik lagi.
__________________________________________
-HASIF SAFA POV-

Hasif Safa baru sahaja balik dari kelas tambahan. Balik sahaja dari kelas tambahan, ada juga beberapa kawannya mengajak lepak namun dia letih dan menolak ajakan tersebut.

Tiba di ruang tamu rumah, telinganya terdengar seseorang menjerit meminta tolong dari tingkat atas. Laju sahaja kaki panjangnya menaiki anak tangga satu persatu.

Hasif Safa cuba mengecam dari mana datangnya suara itu. Dia keanehan. Pelik pula mendengar suara seorang wanita meminta tolong didalam rumahnya. Mungkin dia salah dengar?. langkah mematah ke arah biliknya, mahu berehat. Namun...

"Lepaskan lah!. Aku tak nak!".

Terhenti terus langkahnya. suara itu.. suara itu dibilik Hermi!. Dia yakin sekali. Terus dia berlari anak menuju ke bilik abang kembarnya. Sampai sahaja didepan pintu bilik, tombol pintu terkunci.

Dia menuju kelaci kecil sebelah tangga bahagian atas. Kunci pendua diambil lalu terus sahaja dia membuka pintu bilik Hermi Safa. Tombol pintu dipulas kasar.

"WOII.. KAU BUAT APA HAH?" Jerit Hasif Safa. Wajah pucat abang kembarnya dipandang tajam. Berani betul lelaki itu merogol wanita didalam rumah ini !.

Marsya terus laju melulu dan secara drastik memeluk tubuh sasanya. Mungkin terlampau ketakutan. Hasif Safa dapat merakan getaran wanita itu.

Dengan pantas, Hermi Safa keluar dari bilik itu sambil tangannya menyarungkan semula bajunya.

Telinganya terdengar bunyi kereta yang sedang diparking di garaj. Daddynya sudah pulang!. terus kakinya laju kearah daddynya dan menceritakan kisah bohongnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience