- HASIF SAFA POV-
Pintu gudang usang itu dibuka, lalu kaki panjangnya melangkah lurus kedalam gudang dan terus saja berjalan ke arah Iris Mikayla.
Gadis itu sedang nyenyak tidur dengan kepalanya dimerengkan kebahu kanan. Kaki dan tangan gadis itu masih terikat kemas. Dalam hatinya, terdetik perasaan kesian terhadap gadis itu.
Kedua telapak tangan Hasif Safa terus mengepit kedua pipi Iris Mikayla lalu menegakkan kepalanya. Dengan lembut, tangan kanan menepuk-nepuk pipi gadis itu.
Iris yang nyenyak tidur terasa pipinya ditepuk, terus sahaja matanya dicelikkan. Membuntang matanya apabila buka sahaja matanya, pandangan pertama yang dilihat adalah wajah lelaki itu.
Dengan drastik, Iris Mikayla menghantukkan kepalanya ke kepala lelaki tersebut.
"auch, Apasal dengan kau ni hah perempuan?". Marah Hasif Safa sambil tangannya mengusap-usap kepala yang seperti terhantuk buah kelapa. Sakit !.
"Safa?.. Maaf.. Kak Kayla tak sengaja.. Akak terkejut sangat tadi". Jawab Iris Mikayla perlahan. Kepala ditundukkan. Terasa takut dengan pandangan tajam lelaki dihadapan.
Hasif Safa rasa bersalah kerana mengertak gadis itu. tangan terus sahaja mencuit dagu Iris Mikayla lalu mendongakkan kepala gadis itu sedikit. Badannya dibungkukkan agar sama aras dengan si gadis.
"Look at me. Im sorry Mikayla.. aku takde niat nak gertak kau macam tu..". Pohon Hasif Safa. wajahnya didekatkan ke arah Iris Mikayla dan bibirnya ingin melabuh ke dahi itu.
Tetapi niatnya terhenti apabila gadis itu memalingkan wajahnya ke sisi. Jijik benar dengan sentuhan dia. Iris Mikayla memang tidak suka disentuh dan itulah yang membuatkan hati lelakinya semakin jatuh cinta.
Namun tetap sahaja dia ingin mencium dahi putih bersih Iris Mikayla. Apa yang dia nak, dia akan dapatkan!.
Dengan mencuba nasib kali kedua, kedua telapak tangan kasarnya mengepit kuat pipi wanita itu. Baru sahaja bibir merahnya ingin melabuhkan lagi sekali keatas dahi wanita itu, dengan pantas Iris Mikayla terus menghentakkan kepala ke bibirnya.
Tidak terduga akan tindakkan gadis itu, berdecit kesakitan terkeluar dari celah bibirnya. Terlepas terus kedua tangan Hasif Safa kepipi mulus gadis itu.
Ibu jari kanan Hasif Safa menyentuh di tepi bibirnya. Darah!.
Tersenyum sinis dia akan tindakkan berani gadis itu. Wajahnya lambat - lambat dinaikkan dan memandang tajam kearah Iris Mikayla. Dia boleh nampak riak wajah ketakutan gadis itu.
____________________________________
-IRIS MIKAYLA POV-
Terbuntang luas mata Iris Mikayla. Terkejut dengan tindakan sendiri. jantung terasa ingin tercabut dari dada rangka. Berdegup bukan main laju sekali.
"Ma-- maaf Safa.. maaf.. Kak kayla tak sengaja.." pohonya perlahan. Wajah ditundukkan kembali.
Kepala yang tertunduk tiba-tiba terangkat keatas dengan kasar. Lelaki itu... lelaki itu mencengkam kepala bahagian belakangnya. Tudung yang tersarung kemas tadi tersenget sedikit. Arghh sakit!
"to-- tolong Safa.. jangan buat kak Kayla macam ni.. sakit Safa.. lepaskan kak Kayla." Rintih Iris Mikayla teresak-esak. Sungguh, dia begitu takut sekarang ini.
" kau milik aku Kayla, hanya milik aku!, aku tunggu kau!,kau tipu aku Kayla! dan aku tak kan lepaskan kau lagi!!". Tengking Hasif Safa. "Bukan main lagi kau dengan jantan lain.Siapa dia tu hah?. Ouhh sebab jantan tu kau pergi tinggalkan aku, huh?". Sambung Hasif Safa. gigi diketap kuat. hatinya lagi sakit nak dibandingkan diri wanita itu.
"Dia kawan Kak kayla.. dan Kak Kayla minta maaf Safa. Kak Kayla terpaksa tak angkat call Safa, tak jawab mesej Safa.. Sebab Kak Kayla tak nak tinggalkan ibu". Rintihnya. Kepala masih lagi tidak dilepaskan. Sakit.. sungguh sakit. Terasa kulit kepala mahu terkoyak.
"Ouhh.. sebab tu lah kau bohong aku?. kau tahu tak aku tunggu kau macam nak mampus?. 4 tahun Kayla.. 4 tahun aku tunggu kau!". Ternaik seoktaf suaranya dihujung kata membuatkan gadis itu terjungkit sedikit bahunya. Terkejut akan tengkingan Hasif Safa yang tiba - tiba.
Hasif Safa terus melepaskan kepala wanita itu. lalu mengusap lembut kepala Iris Mikayla. Seakan - akan tidak mahu menambah kesakitan dikepala gadis itu lagi.
"aku.. aku cintakan kau, Kayla. Dah lama aku pendam perasaan aku. 4 tahun..4 tahun aku pendam perasaan aku, Kayla.. Kau. Milik. Aku.. cuma aku, hanya aku, only mine!". Bebel Hasif Safa seperti orang tidak betul gayanya. sekejap mengelus kepala gadis itu, sekejap membelai wajah gadis itu dan ada juga sesekali jari telunjuknya dimain - mainkan ke atas bibir pucat gadis itu.
"Safa.. Kak Kayla minta maaf.. betul- betul minta maaf Safa.. Dan Kak Kayla tak tahu Safa cintakan kak Kayla. Kak Kayla cuma anggap Safa adik angkat akak sahaja. tak lebih dari tu". Dalam ketakutan, tetap sahaja Iris Mikayla menjawab dan melayankan perbualan tak betul Hasif Safa.
"Aku tak pernah anggap kau kakak angkat aku. Selama ni aku terpaksa panggil kau 'kak Kayla'. Sedangkan bibir aku jijik nak panggil kau begitu. What should I call you,hmm?, love? sweetheart? baby? honey?". Soal Hasif Safa. Matanya tersenyum manis kepada Iris Mikayla.
Namun, Iris Mikayla tahu.. sangat tahu bahawa senyuman itu dibuat-buat manis. Baginya itu senyuman menyeramkan!.
"Safa.. Kak kay--". Tergantung ayatnya bila secara tiba - tiba jari telunjuk lelaki itu menjolok masuk kedalam mulutnya. Rasa mual dengan tindakkan lelaki itu.
"If you call yourself 'kak Kayla'. I will kiss your lips. What I say, I will do. don't ever challenge me. Panggil diri kau Kayla sahaja.. Faham?". soal Hasif safa terselit juga dengan amaran keras.
Iris Mikayla hanya menganggukan kepalanya sahaja. tidak berani dia ingin melawan lelaki itu.
Lelaki itu.. bukan seperti lelaki yang dia kenal 4 tahun lalu..
Apa pula nasibnya selepas ini?. dalam diam, dia hanya mengeluh dan berdoa agar Hasif Safa sedar apa yang telah dia lakukan terhadapnya dan kembali seperti dulu.
Share this novel