BAB 23

Short Story Series 99473

- IRIS MIKAYLA POV-
(KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT).

Disinilah dia bersama Hasif Safa. Hasif Safa sengaja membawa dirinya itu kesini kerana ingin terbang bercuti bersamanya di Itali. Terlompong mulut kecilnya akibat terkejut dengan tindakan gila lelaki disebelahnya. Secara mengejut, lelaki itu telah membawa dirinya ke sini..

Puas dia memberi alasan yang dia tidak mahu ke Itali kerana tiada passport dibawa bersamanya. Tetapi lelaki itu?, dengan selamba kerbau dia menjawab. "Tak perlu menipu aku. Masa aku culik kau di gudang tempoh hari.., aku dah bongkar handbag kau dah.. Kau bawa passport kau kemana sahaja kau berada.. IC kau pun aku dah snap dalam telefon aku. Gambar dalam IC kau, comel!".

Apa yang paling teruk sekali adalah, Hasif Safa membawa 2 orang suruhannya juga. katanya, risau dia bertindak melarikan diri atau terjadi sesuatu keatas dirinya.

ugh, LICIK !

Hendak tak hendak sahaja dia melangkah kedalam lapangan terbang bersama wajahnya yang cemberut. Dengan lelaki ini, mana boleh dilawan, ada sahaja mulutnya hendak menjawab!.
___________________________________
-HASIF SAFA POV-

Hasif Safa menarik senyuman kecil. Bukan dia tidak nampak wajah cemberut gadisnya itu. Dimatanya, Iris Mikayla terlihat comel.

"Dah.. tak perlu nak cemberut sangat muka tu. Kan seronok aku bawa kau keluar bercuti. Sepatutnya kau kena bersyukur aku dah berlanja kau datang kesini dan 100pratus aku yang tanggung kau".

"Saya kerja esok pagi, then awak bawa saya kesini macam saya tak kerja je kan?. awak senanglah.. Dah berduit, tak perlu kerja pun tiada masalah".

"Aku nak kau berhenti kerja nanti. letak jawatan, jangan kerja lagi.. biar aku yang tanggung kau. Apa kau nak, beritahu je aku.. okey honey?". Tanpa riak bersalah, Hasif Safa menjawab.

"Safa, awak jangan ingat.. saya ni --". Belum sempat lagi Iris Mikayla menghabiskan katanya, Hasif Safa meletakkan jari telunjuk ke bibir munggul itu. Terhenti niatnya untuk menghabiskan ayatnya kepada lelaki itu.

"Shuuu.. kau bising, aku cium kau dekat sini juga!. Baik kau diam". Ugutan keras diberikan. Lalu tangan Hasif Safa memimpin tangan kanan kecil gadis itu. Membulat mata Iris mikayla.

"Ishh.. lepaslah.. jangan sentuh". Tepis Iris Mikayla. Tangan kirinya sudah memukul - mukul kuat keatas tangan Hasif Safa. Namun, Hasif Safa hanya biarkan. Macam tak rasa apa- apa baginya.

Hasif Safa menarik tangan wanita itu lebih laju kearah kapal terbang yang sudah memanggil kepada para pelancong untuk bersedia kerana pesawat seterusnya akan menuju ke itali sekejap lagi.
____________________________________
- IRIS MIKAYLA POV-
(DIDALAM KAPAL TERBANG)

Iris Mikayla sudah mendudukan dirinya bersebelahan tingkap kapal terbang. Hasif Safa pula duduk disebelahnya.

" Nanti sampai sana, kita akan tinggal satu bilik hotel yang sama. Jangan banyak bantahan, faham?. Kau jangan risau, selagi kau tak degil dan dengar cakap aku, selagi tu aku takkan apa- apakan kau, okey?."

mendengar arahan itu sudah membuatkan mulutnya melonggo luas. Ish, geramnya aku!.

"Safa.. Saya bukan isteri awak pun. Saya tak nak satu bilik dengan awak". Tolak Iris Mikayla dengan suara sedaya upaya dikawal perlahan. Ikutkan hati, mahu sahaja ditengking. Tetapi memandangkan dia didalam kapal terbang, tidak berani dia mahu mengganggu pelancong yang lain. Tidak memasal nanti kecoh disebabkan dia.

"Then, you have to choose. Marry me or listen to me ?". Dua pilihan pula yang diberikan oleh Hasif Safa. Walaupun dia tahu, Iris Mikayla akan memilih pilihan yang kedua.

"Saya penat, nak tidur dulu. Sampai nanti, kejutkan saya". Malas mahu melayan persoalan itu, Iris Mikayla terus melelapkan matanya. Kepala disandar ke cermin tingkap sebelahnya.

Hasif Safa memandang tingkah laku gadis itu yang sengaja tidak mahu menjawab pilihan soalannya. Semerta, bibirnya membuahkan senyuman halus. Dia tidak peduli, Iris Mikayla akan menjadi miliknya.

Pertama kali dalam hidupnya, tidak pernah dia tergilakan wanita melainkan wanita- wanita diluar sana yang mahukan dia.

"Sweet dream, Iris Mikayla". Bisik Hasif Safa ke telingat Iris Mikayla lalu telinga beralaskan tudung itu dikucup lembut.

Dia juga membuat pilihan untuk lelap sebentar sebelum sampai ke destinasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience