BAB 49

Short Story Series 99518

-VIOLA POV-
TV yang dinyalakan langsung tidak difokuskan ke situ. Matanya sahaja di arahkan ke TV namun fikirannya melayang jauh mengenai malam semalam. Malam semalam pun, dia tidak tidur nyenyak langsung.

Tadi malam semalam, dia juga sengaja tidak mahu menelefon Hermi Safa kerana tidak mahu menyusahkan lelaki itu lagi walhal dia mengharapkan seseorang malam itu.

Telefon di meja kaca dicapai, nombor seseorang didailnya lalu ditekapkan ketelinga. Menunggu seseorang yang berada jauh disana untuk menjawab panggilan darinya.

"Hello?, Viola.. you okey ke?". Soal Hermi Safa dengan nada risau.

Viola diam. Tidak tahu mahu mula dari mana. Namun di sudut hatinya dia berasa bahagia. Kenapa?. Kerana lelaki itu. kerana setiap kali dia menelefon Hermi Safa, tidak pernah sekali pun lelaki itu menjawab 'Ya, ada apa?' atau ' ya?.. nak apa?'. Hermi Safa tidak pernah menganggapnya sebagai 'beban'.

"Viola?. Are you alright?". Jawab lelaki itu lagi di hujung talian.

"Hermi, boleh you mintakan alamat Kayla dekat Safa?. Please Hermi.. I nak sekarang".

"Okey, you tunggu sekejap. Nanti I send alamat Kayla dekat you. I nak OTW ke rumah you juga sekarang ni".

"No, tak perlu datang. I nak berjumpa dengan ibu Kayla. Ada hal".

"I yang akan hantarkan you nanti. Tunggu I". Arahan dijatuhkan oleh lelaki itu.

"No.. tak perlu. I..."

Click.

Talian telefon dimatikan oleh Hermi Safa. Viola mengeluh kecil. Walaupun Hermi Safa tidak pernah menganggap dia sebagai beban, namun tetap sahaja terasa menyusahkan lelaki itu.
_________________________
- IRIS MIKAYLA-.

Mata tidak lepas memandang lelaki di hadapannya itu. Sudah 5 minit dia bermain telefon dan langsung tidak fokus ke arah dirinya yang sibuk memilih baju pengantin.

'Ish, nak kahwin buat lah cara nak kahwin, dah lah aku pening nak pilih baju yang mana'.

"Awak chat siapa tu?". Soal Iris Mikayla curiga. Mata dikecilkan memandang wajah kacak dihadapan matanya. Tangan yang membelek baju- baju pengantin tadi terus terhenti dan kini seratus peratus fokusnya ditalakan ke arah lelaki itu.

Hasif Safa yang sibuk membalas chat dari abang kembarnya terhenti. Pelik juga dia, untuk apa abang kembarnya meminta alamat gadis itu?.

"Ouh.. balas chat dari abang aku. kenapa?"

"Kenapa awak cakap?!, kita sekarang ni tengah pilih baju pengantin tau. Tapi awak buat dunno je. haish, takpelah.. layankan dulu abang kembar awak tu".

"Sorry Kayla.. Sekejap ya sayang, give me 3 minutes". Sempat lagi dia mengenyitkan mata kanannya kepada wanita itu.

Iris Mikayla yang melihat rasa meluat. Mahu tak mahu, dia terpaksa memberikan lelaki itu masa dalam 3 minit. Risau ada benda penting pula.
___________________________
-HASIF SAFA POV-

Hermi : Bagi jelah alamat Kayla. Aku tak buat apa pun lah.


Hasif : Then, kenapa kena bagi diam-diam tanpa bagitahu Kayla?.

Hermi : Tch, kau ingat lagi tak malam tadi Viola bergaduh dengan Kayla?

Hasif Safa terdiam sejenak. Semerta ingatannya teringat kepada kejadian malam semalam. Kejadian dimana dia melihat Viola yang merayu- rayu kepada Iris Mikayla yang memohon maaf kepadanya tetapi hati keras wanita itu sedikit pun tidak mengasihani Viola.

Hasif : Ouh, baru aku ingat.. Okey, aku send sekarang alamat Kayla. Nanti cerita dekat aku tau, apa yang terjadi.


Hermi : Ish, sibuk betul. Bak sini alamat Kayla.

Hasif : Cerita dulu, baru aku bagi.

Hermi : Aduh budak ni, main ugut- ugut pula. Yelahhhh.. Nanti aku cerita.


Hasif Safa tersengeh. 'Dah kena ugut baru kau tahu ye?'. Dengan lincah, tangannya menaipkan alamat Iris Mikayla dan terus send kepada abang kembarnya.

Iris Mikayla yang memerhati dari sisi tepi memandang tajam. Tidak tahu mengapa, hatinya melihatkan senyuman itu terasa sakit. Baginya, ini sudah lebih 3 minit !.

'Yelah tu abang kau, jangan ada perempuan lain sudah lah. Eh, yang kau sibuk nak ambil tahu tu kenapa?.. tak kan kau cemburu kot'. Desis hati kecil Iris Mikayla. Cepat- cepat kepala digelengkan mengusir fikiran mengarutnya itu.

"Haa.. yang kau geleng- geleng kepala kau tu kenapa?. Rambang sangat ke tengok baju- baju pengantin ni?"

Iris Mikayla tersentak. Dia menjeling lelaki itu lalu matanya terus sahaja difokuskan kepada baju- baju dibarisan penyangkut baju yang berbaris kemas. Tangan sibuk memilih baju- baju yang mana berkenan walhal hatinya terasa mahu meletuskan kemarahan.

'Sabar Kayla... sabar..'

"Ini, baju ni cantik untuk kau. Kau putih, pendek pulak tu. So memang kena dengan kau".

Iris Mikayla menoleh ke tepi. Matanya terpaku kepada baju di pegangan Hasif Safa. Tidak dinafikan lagi, memang cantik dan simple.

'Eh sekejap, apa dia cakap tadi?. Pendek?, ewah- ewah mamat ni.. dia tak tahu ke aku paling tinggi di antara kawan- kawan kolej aku?!'.

"Hmm cantik. Kalau macam tu.. Biar saya pula yang pilihkan untuk awak".

"Okey sayang, pilih lawo- lawo tau. Nanti time majlis nak pakai sem- sem, baru lah awek- awek pandang cair. Well, walaupun memang aku ni handsome". Sempat lagi dia memuji diri sendiri, siap dengan sengihan gatal dibibirnya.

Iris Mikayla yang mendengarkan itu terus membulatkan biji matanya. Rahang diketam kuat. Kecil besar, kecil besar sahaja lelaki ini dimatanya sekarang ini.

" Yah, Safa- ah.. dangsin-eun baboibnida". (Kau, bodoh!)

Hasif Safa membulatkan matanya, mulut terlopong luas. Bukan dia tidak faham akan maksud wanita itu. Mungkin gadis itu tidak mahu mencarut dalam bahasa melayu.

"Mwolago yo? (Apa?), tanya lagi sekali, aku tak dengar lah". Sengaja dia berpura- pura tidak dengar apa yang dikatakan oleh wanita itu. Siap dengan telinganya sengaja didekatkan kearah wajah Iris Mikayla.

Iris Mikayla ketam bibir. Nafas ditarik dalam lalu dilepas perlahan. Cuba untuk bersabar.

"Dah lah, biarkan saya pilih untuk awak. Cepat sikit kita balik. Saya dah penat ni".

Hasif Safa tersenyum sinis. 'Tahu pun kau'.
______________________
-VIOLA POV-
Viola memberi salam beberapa kali. Tangan juga sesekali mengetuk pagar rumah itu untuk memastikan ada orang ataupun tidak didalam rumah.

Beberapa minit kemudian, salam terjawab dari dalam. Pintu dibuka oleh pemilik rumah, Puan Azleen.

Puan Azleen dan Viola saling bertatapan. Viola juga mengukirkan senyuman segaris namun hati wanitanya berdegup kencang. Hermi Safa disebelah mengusap lembut bahunya untuk menenangkan Viola.

Mata Puan Azleen pula terarah kepada lelaki itu. Matanya membulat. 'Safa?'. Tetapi apabila diamati betul- betul.. itu sepertinya bukan Safa. Safa tiada tahi lalat ditepi bawah matanya dan bibir lelaki itu juga sedikit coklat berbanding Safa. Anehnya, siapakah lelaki itu? Kembarnya Safa kah?.

"Makcik.. saya datang ada sesuatu yang saya nak katakan". Dengan berani, Viola memulakan bicara. Dapat didengar bahawa suaranya bersalut getaran halus.

Puan Azleen tersentak. Pandangannya terus dialihkan semula kepada Viola. Sungguh, dia bencikan gadis itu. Iris Mikayla sudah mencerita segala- galanya mengenai beberapa tahun lalu. Wajah Viola masih sama sewaktu dia berkawan dengan anaknya. Cis, kawan tikam belakang!.

"Kamu nak apa datang ke sini?". Soalnya dengan suara tertahan- tahan. Mata ditajamkan memandang kearah Viola.

"Makcik.. please, saya... saya datang nak minta maaf, please makcik". Rayu Viola. Matanya sudah merah menahan tangisan.

Puan Azleen melepas nafas berat. Ya, dia masih membencikan gadis itu lagi namun, sampai bila dia harus hidup membenci?. Tapi.. sebelum dia memaafkan gadis itu, dia mahu gadis itu menceritakan segala- galanya kenapa dia memerangkap Iris Mikayla suatu ketika dahulu.

Iris Mikayla sudah memberitahu bahawa Viola yang memerangkap anaknya, namun tidak pula diceritakan kenapa Viola menganiaya anaknya?. Pasti ada sebabkan?.

"Masuk dulu, cerita dekat makcik semuanya". Jawab Puan Azleen. Pintu pagar dibukakan kepada tetamunya itu.

Viola tersenyum halus. Nafas juga dilepas lega. Sekurang- kurangnya, Puan Azleen mahu mendengarkan cerita jujurnya dan setelah itu, dia akan berusaha memohon ampun.

Hermi Safa mengambil keputusan untuk menunggu gadis itu didalam keretanya sahaja.

"Kamu pun masuk sekali nak, kat luar panas ni". Puan Azleen menjemput Hermi Safa juga untuk masuk kedalam rumahnya.

Langkah kaki Hermi Safa terhenti. Kepala dianggukkan lalu bibirnya tersenyum manis.

Mereka bertiga memasuki rumah itu bersama. Viola hanya berharap dan berdoa agar urusannya dipermudahkan sekarang ini.

(Gaisss.. Tolong baca balik semula di bab 44, di bab itu.. Viola dah menceritakan semuanya kepada Hermi Safa apa yang terjadi beberapa tahun lalu. Mybe ada yang terlepas pandang bab 44 itu. Tq :) )

(Di bab 44 dah menceritakan segalanya kenapa Iris Mikayla membencikan Viola.. please, please, please... baca balik semula)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience