BAB 48

Short Story Series 99481

-HASIF SAFA POV-

Mata terkebil- kebil untuk mengingati wajah gadis didepannya. 'Macam pernah nampak, tapi dimana ya?'.

Otaknya keras memikirkan siapakah gadis itu?. Namun tetap sahaja otaknya tidak bekerjasama untuk mengingati wajah gadis yang berada di sebelah Hermi Safa.

"Ehem". Hermi Safa berdehem. Cuba mengubah suasana yang terasa canggung.

"Ehh.. Masuklah, dekat dalam ada bakal isteri aku juga. Wah, kita bakal sekeluarga berkumpul ramai- ramai ya malam ni. Tak sangka". Hasif Safa buat- buat ramah. Sengaja mahu menghilangkan suasana canggung tersebut.

Viola yang terlompong kecil semakin melonggo besar. Mata juga sudah membulat. 'Bakal isteri??!, jadinya didalam pun ada.... Ya Tuhan, jangan lah apa yang aku fikirkan ini menjadi kenyataan'.

Sempat lagi dia berdoa didalam hatinya.

"Jom Viola, masuk. Mummy dengan daddy pun ada dekat dalam". Hermi Safa menarik tangannya lalu memimpin masuk sehingga ke ruangan dapur.

Tiba sahaja di ruangan dapur, kakinya terhenti. Bukan, lebih tepat lagi, kaki Viola yang terhenti. Dia memalingkan wajah kesebelah.

Viola terkaku. Segala doanya tadi tidak terkabulkan. Terasa seperti mahu menyorok sahaja apabila dia terpandangkan wajah wanita itu. Tiba- tiba, hatinya jadi tidak enak.

Hermi Safa melihat kearah pandangan mata Viola. Matanya tertumpu kepada wanita yang sedang duduk diselah Datin Mawar dan sebelah kanannya pula Hasif Safa, yang baru sahaja melaburkan duduknya.

Mereka saling kenal?. Atau apa?. Ini... situasi macam apa lagi ini?!
_______________________________
Iris Mikayla terpempan. Bibir yang tadinya tersenyum manis terus mati. Anak mata tepat memandang wajah Viola. Terasa berdarau wajahnya serta merta. Tangan digenggam kuat, cuba mencari kekuatan yang ada.

Hasif Safa terdiam melihatkan pandangan mata Iris Mikayla. Terus sahaja di kalihkan pandangan ke wajah gadis itu yang baru melaburkan duduknya di sisi Hermi Safa.

Semerta, matanya terbeliak. Otak teringat akan sesuatu. Ya, perempuan itu!, perempuan yang...

"We've met before, right ?. at the supermarket when you meet Kayla. Betul kan?". Soal Hasif Safa dengan ragu- ragu. Risau tersalah orang, namun dia yakin bahawa dia tidak silap orang.

Hasif Safa tidak tahu apa yang terjadi di antara mereka berdua namun, dia akan memastikan untuk gadisnya menceritakan masalahnya kepada dia.

Viola angguk kepala. Mengiyakan apa yang dikatakan Hasif Safa. Bibir pula melebarkan senyuman.

Hermi Safa yang melihatkan senyuman di bibir gadis itu tahu bahawa senyuman itu adalah senyuman kaku, palsu dan tidak manis. Hanya sekadar hiasan dibibirnya sahaja.

"Laaa.. pernah kenal ke?. Wah.. kecil betul KL ni kan, bang?". Datin Mawar menyoal suaminya dengan pandangan ceria. Dia yang polos tidak tahu apa- apa situasi di antara mereka berempat. Atau lebih sesuai lagi, situasi diantara Iris Mikayla dan Viola Diendra.

Dapur itu penuh dengan gelak tawa, gurau senda dan ada sesekali saling menyakat. Namun hanya Viola sahaja yang tidak selesa di situ. Dia juga tahu, Iris Mikayla merasakan perasaan yang sama dengannya hanya gadis itu sahaja yang menutup perasaannya dengan gelak tawa palsunya.
______________________________
Hermi Safa membukakan pintu kereta untuk gadis itu. Sudah larut malam baru nak hantar gadisnya itu balik. Hermi Safa juga sudah tinggal dirumah agam keluarganya setelah dirinya meminta maaf dan ampun kepada Dato' Hamid Sufi.

"Sekejap ya, I nak jumpa Kayla". Viola bersuara meminta izin dengan Hermi Safa untuk berjumpa dengan Iris Mikayla.

Terus kakinya melangkah laju kearah Iris Mikayla yang baru hendak memasuki kedalam kereta Hasif Safa. Tanggannya menarik lembut lengan gadis itu dengan berani dan tidak teragak- agak.

Iris Mikayla yang berada ditempatnya berdiri sekarang ini terus tergamam. Terhenti tindakannya untuk memasuki kedalam perut kereta itu

"Kayla.. we need to talk for a moment".

Iris Mikayla menepis tangannya. Juga lembut tetapi riak wajahnya sangat terbias perasaan benci dan malas melayan.

"Kau nak apa lagi ni, hah?. Aku tak sangka lah pula kau ni girlfriend Hermi Safa. Nak- nak lagi, bakal isteri dia. huh".

"Kayla.. aku.. aku minta maaf Kayla, aku.. . Kau cakap je apa yang patut aku buat untuk kau maafkan aku?". Rayu Viola. tangannya lagi sekali menyentuh lengan gadis itu dengan berani.

"Tak perlu, aku nak balik. Nak rehat". Jawab Iris Mikayla mendatar. Setiap kali melihat wajah gadis itu, setiap kali itu juga kenangan hitam itu terbayang dibenaknya. Jangankan melihat wajah gadis itu, tidak melihatnya pun masih terngiang- ngiang lagi kenangan pahit masa lampau.

"Kayla... please..". Lirihnya perlahan. Suara juga sudah bertukar serak. Dia tidak peduli dengan pandangan tertanya- tanya dari adik beradik kembar itu. Yang dia tahu, dia mahukan keampunan dari wanita itu.

"Tch, kau dah minta maaf dengan ibu aku?. belum kan?. Kalau kau dah minta maaf dengan ibu, baru aku maafkan kau. Itupun kalau ibu aku maafkan kau lah. Dah jom Safa, hantar saya balik".

Iris Mikayla menerobos masuk kedalam perut kereta milik Hasif Safa. Sedikit pun dia tidak memandang kearah wajah gadis itu.

Hermi Safa mendekatkan diri kepada Viola. Bahu gadis itu dipeluk kejap. Dia pasti, Iris Mikayla ada kena mengena dengan cerita masa lampau Viola yang tempoh hari gadis itu menceritakan semuanya kepadanya. Hanya nama gelaran di dalam ceritanya sahaja tidak disebutkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience