-IRIS MIKAYLA POV-
Iris Mikayla duduk menghadap Puan Azleen di atas sofa ruang tamunya. Mata tidak langsung lepas dari memandang Puan Azleen daritadi. Kata ibunya, ada sesuatu yang dia perlu katakan.
"Ibu... ada apa nak bercakap dengan Kayla?. Ibu nak cakap fasal apa?. Ibu risau rindukan Kayla ke lepas Kayla dah kahwin nanti?". Soalnya tanpa kedip masih memandang tepat ke arah Puan Azleen.
Yelah, dua bulan tu bukannya lama pun. Terasa jam terlalu cepat berputar. Tahu- tahu je dah malam, pejam mata je dah esok pagi. Tak gituh?.
Puan Azleen melepaskan nafasnya perlahan.
Mahu menjelaskan mengenai tadi petang berkaitan Viola yang meminta ampun dan maaf kepadanya serta Iris Mikayla.
"Kayla.. kamu masih marahkan Viola ke, nak?". Soalan cepumas terpacul dari celah bibirnya. Mata cuba difokuskan ke wajah anaknya itu. Mahu melihat akan riaksi anak gadisnya.
Iris Mikayla kaku. bibirnya terkatup rapat. Jantung tiba- tiba berdegup hebat. Kenapa ibu tiba- tiba berbicara mengenai perempuan itu?. Viola ada datang berjumpa dengan ibu kah?.
"Kenapa tiba- tiba sebut pasal ni?.. Benda pun dah lama kan bu, tak perlu kot nak ingat balik". Dalih Iris Mikayla. Matanya dialihkan ke televisyen yang tidak bernyala. Sengaja mahu mengalihkan pandangan, tidak mahu melihat riaksi kosong dari wajah tua itu. Dia tahu, ibunya itu tidak suka memendam dendam kepada orang terlalu lama. Katanya kalau nak mati tenang, kita harus meminta maaf dan memaafkan kepada orang.
"Viola datang jumpa ibu tadi petang, sewaktu kamu keluar untuk tempah baju nikah". Tanpa membuang waktu, Puan Azleen terus ke topik utama. Tidak mahu berdalih apa- apa dengan anaknya.
Dengan drastik, Iris Mikayla menolehkan wajahnya ke arah Puan Azleen. Mata membulat luas dan dikedip dua, tiga kali. Dia... tak percaya. Dia tak salah dengar kan tadi?. Apa?, Viola bertemu dengan ibunya?.
"Huh?". Hanya sepatah itu sahaja yang terpacul dari mulutnya. Kaki disilakan keatas sofa lalu badannya menghadap lebih tepat kearah ibunya. Telinga cuba dibuka luas- luas untuk meminta ibunya menjelaskan apa yang dimaksudkannya tadi.
"Viola datang jumpa ibu. Dia minta maaf dekat ibu. Dia dah ceritakan semuanya kepada ibu dan itu membuatkan dia rasa serba salah sehingga sekarang. Ibu pun tak tahu nak percaya atau tidak, tapi apa yang pasti... ibu sudah pun memaafkan dia".
"why did you forgive that woman?!. Ibu lupa ke, she killed my father, dan dia dah aniaya dan fitnah Kayla!". Teriak Iris Mikayla. Nafasnya tidak teratur sekarang ini. Sungguh, dia tidak boleh mengawal emosinya sekarang. Rahang diketap kuat dan dahinya berkerenyut menandakan amarahnya akan tiba tidak lama lagi.
"Kayla.. dengar sini, nak. Everyone has made mistakes and why don't we give him forgiveness and a second chance ?. Dan lagi satu, dia... bakal sedara kita juga kan?".
Soalan terakhir dari ibunya membuatkan dia tersentak hebat. Wajahnya yang tadi terbias riak menahan marah kini bertukar menjadi tergamam. Bibir bawahnya diketap perlahan.
"Kayla... kita maafkan dia sahaja ya?. Cuba kalau Allah yang gerakkan hati Kayla untuk menganiaya diri seseorang dan one day, Kayla tersedar kesalahan Kayla and merayu- rayu memohon maaf, how did you feel then?". Puan Azleen menyoal dengan penuh lemah lembut. Tidak mahu menyakiti perasaan anaknya itu.
Kepala Iris Mikayla diusap lembut. Iris Mikayla menjatuhkan kepalanya kebawah serta menahan air mata daripada terjatuh dari tubir matanya. Nafas panjang juga dilepaskan. Cuba mencari ketenangan.
"Hmm.. yelah". Jawab Iris Mikayla perlahan. Sejujurnya dia masih belum seratus peratus memaafkan Viola namun, dia akan cuba untuk melupakan hal yang dah lama itu. Ya betul, semua orang layak dimaafkan untuk memberikan mereka peluang. Lagipula, mereka juga tidak lama lagi akan menjadi saudara rapat.
Puan Azleen tersenyum lembut mendengar jawapan anaknya walaupun dia tahu, Iris Mikayla masih belum ikhlas sepenuhnya memaafkan Viola. Namun, dia akan terus mendoakan agar Iris Mikayla cuba untuk memaafkan kesilapan Viola.
"Macam mana ibu tahu yang Viola tu tak lama lagi jadi sedara kita?". Soal Viola dengan matanya dekecilkan ke wajah puan Azleen. Puan Azleen yang melihatkan itu tergelak kecil.
"You know what, dia datang sini dengan bakal suami dia, Hermi Safa. Patut lah ibu pelik, kenapalah muka mamat tu sebiji macam muka Hasif Safa. Laaa... rupanya ada kembar budak tu ya?".
Iris Mikayla menghemburkan gelaknya berdekah- dekah. Dia terbayangkan bagaimana wajah ibunya sewaktu melihat lelaki itu. Terkejut kah dia?. Kagum kah dia?, atau keanehan?.
"Dah.. pergi makan sana kalau lapar, lepas tu terus masuk tidur. Jangan biasakan tidur lambat. Tak lama lagi kamu tu nak berkahwin dah kan". Nasihat Puan Azleen. Iris Mikayla yang mendengarkan itu terus terbungkam.
Arghhh.. dia pasti, dia akan rindukan suasana seperti ini dengan ibunya. Duduk berdua, bergosip dan adakalanya mereka akan gelak ketawa. Ya Allah, bagaimana nasib ibu kalau aku dah berkahwin?. Tolong jagakan ibu untuk aku yaAllah.
Doanya didalam hati.
______________________________
-HASIF SAFA POV-
Pagi ini, dia betul- betul bersemangat. Semangatnya juga kali ini lain macam. Siap sembur minyak wangi satu badan dari atas hingga kebawah. Bukan itu sahaja, lipgloss juga dioleskan sedikit ke bibirnya. Lalu, dia membelak diri di depan cerman lagi entah untuk kali keberapa juga dia tidak pasti.
Click
Pintu biliknya terbuka dari luar tanpa diberikan salam terlebih dahulu. Tch, anak lembu mana pula lah yang tak pandai nak beri salam terlebih dulu ni?.
"Amboiiii.. kemain lagi kau eh spray minyak wangi sampai kesini baunya. Kalau ya pun matikanlah air-con dulu. Nak pitam aku bau wangian kau ni". Sindir lelaki itu yang sedang menyandarkan badannya dengan selesa di pintu bilik yang sudah terkatup rapat.
"Kau pula ni anak lembu ke anak mummy, tak pandai nak bagi salam dulu ke?. Dah tak perlu beri salam, biar aku yang terus jawab je. Waalaikumsalam, ada apa ya lembu datang berjumpa beta ini?. Ada hal penting kah?". Sindirnya dua kali ganda. Nak berlawan dengan aku?, huh.. tengok halkum dulu lah !.
Hermi Safa yang mendengarkan itu terus menjulingkan matanya keatas. Kaki diangkat langkah untuk menuju ke arah katil. Dengan selamba, dia melabuhkan duduk ke situ siap dengan kaki disilangkan lagi tu!.
huh, selamba anak lembu kau je duduk situ. Penat aku luruskan cadar tu tadi pagi. Dah tu, duduk gaya lagak bos besar pula tu!.
"Haaa yang muka kau mencebik macam tu kenapa?. Mengumpat aku dalam hati lah tu. Ni, yang kau bersiap sem- sem ni kenapa hari ni?. Selalunya tak kacak pula, ehhh hari ni terus bergaya. Nak pergi tengok pelamin je pun". Tuturnya dengan nada biasa. Walhal, orang yang mendengarkan itu terasa membahang.
"excuse me, who says I'm not handsome ?. Your eyes are damaged maybe?. Ouh lupa, mata anak lembu lain sikit". Bahasnya tidak mahu mengalah.
Hermi Safa melonggo. Amboi kau, mengutuk orang nombor satu ya?!.
"Dah keluar sana. Aku dah nak keluar ni nak ambil Kayla. Kau tu, orang single yang lama lagi nak kahwin mohon bersabar ya. Bawa- bawa bertenang ya bang?.. HAHAHAHAHA". Hasif Safa menghembur gelak jahat. Suka dia apabila melihat wajah cemberut abang kembarnya itu.
"Well.. Nanti kau dah kahwin, tak dapat lah aku nak lepak bilik kau lagi. Lagipun kita kan dah lama tak lepak berdua macam ni dalam bilik. Kan?". Guraunya dengan kening kanan dinaik- naikkan.
Hasif Safa yang mendengarkan itu terus sahaja dia mengambil lipglossnya lalu mencampakkan kearah lelaki itu. Dengan cekap dan drastik, Hermi Safa menyambut pantas.
"Aik, muka merah sebab malu ke marah tu?. Sejak bila kau pandai malu ni?. Betul lah aku cakap kan, kalau dah kahwin memang lah kena tidur sebilik. Kenapa? salah ke aku cakap?".
"Ish, keluar sana!. Aku dah lambat ni tahu tak. Dah- dah.. jom keluar jom". Hasif Safa menarik lengan abang kembarnya itu sehingga keluar bilik lalu pintu ditutup rapat.
Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan bakal isterinya sambil melihat- lihat pelamin angan- angan dia di dewan terbuka sebentar lagi. Macam ni sekali bahagianya, belum lagi bila dah berkahwin nanti.
Ish, tak sabar betul !.
Share this novel