-IRIS MIKAYLA POV-
matanya dijelingkan kearah sahabatnya, memandangkan Laila masih memarahi atas kebodohan yang telah dia lakukan. jari telunjuknya dicuit kepipi Laila. senyuman paling manis diberikan.
"Laila, maafkan aku. sorry laaa". Tidak jemu dari semalam lagi Iris Mikayla meminta maaf kepada Laila. ye, sudah dua hari Iris Mikayla berada dirumah keluarga milik Laila.
"Kau tahu tak, kau dah buat perkara bodoh semalam?. Itu rumah sewa kau tau. Rumah SEWA. Kenapa bagi dia duduk situ, sedangkan kau yang bayar?. Tambah lagi budak tu kau tak kenal pun!. Dia tu baru 17 tahun, Kayla. Masih sekolah lagi tau. Kalau dah bekerja, boleh lah dia yang tolong bayarkan. ini?, ewah-ewah.. sedap menumpang rumah SEWA kau, then kau yang bayar!". Marah laila. Ayat yang sama dari tadi malam semalam lagi. Perkataan sewa sengaja dia tekankan.
"Halahh Laila, aku kan tahun depan akan tinggal di Johor balik. nanti aku suruh lah dia yang bayar tahun depan. Budak tu kan nanti habis sekolah pandai lah dia terus kerja. Kerja kilang pun jadilah". Pujuk Iris Mikayla. Lengan Laila ditarik dan depeluknya. kepala dilentokkan diatas bahu laila.
Ye.. sekarng ni Iris Mikayla sudah berumur 23 tahun. Habis je sambung belajar selama 3tahun disini, terus sahaja dia bekerja di Kuala Lumpur juga. 3 Tahun sudah dia bekerja di KL dan tahun depan dia harus pulang ke pangkuan ibunya kerana dia telah diterima pekerjaan disana. Tidak lah sebagus di KL, tetapi mudah untuk dia menjaga ibunya yang tunggal itu.
"Laila.. please, jangan marah lagi. Tinggal 4 bulan sahaja untuk tahun baru. Tahun depan aku balik Johor kau tak rindu ke nanti?". Pujuk Iris Mikayla lagi. matanya dikedipkan lembut. Bibirnya tidak lokek sedari tadi memberikan senyuman manis.
" huh, yelah.. mestilah aku rindu kau. tahun depan kalau ada masa datang lah sini. Dan lagi satu. Esok pergi ambil barang-barang kau. paking je mana yang sempat dulu. Sampai bila nak meminjam baju aku ni?. Yang pakaian dalam tu pun kau beli sikit jekan?. Esok terus je ambil baju kau". Bebel Laila. Keluhan dia dilepaskan perlahan.
Iris Mikayla tersenyum lebar. 'YES, menjadi pun'.
" Okey, esok aku ambil baju dan barang aku okey?". jawab Iris Mikayla kepada Laila.
*Terus je baca, well.. for me, start bab 11 dah best dah.. Tapi... Hampa semua kena baca jugaaa, jgn skip!*
Share this novel