-IRIS MIKAYLA POV-
(11 TENGAHARI - TOMMI' CAFE)
Mata mencerlung tajam memandang lelaki dihadapannya itu. Gigi diketap menahan sabar. Ikutkan hatinya, memang dia dah hembur didepan muka lelaki ini sekarang juga.
"what did you say ?. Are we going to get married without getting engaged?". Gila. Lelaki dihadapannya ini memang gila. Iris Mikayla sempat berfikir kalau lelaki itu hanya menakutkan dirinya sahaja waktu itu. Rupanya?. Memang dia hasut Datin Mawar untuk terus berkahwin dengannya.
"Why?,what wrong with that?".
"Apa awak cakap?!. apa salahnya?!. ewah- ewah.. ni lah budak zaman sekarang. Kahwin tahu nak cepat je, entah pandai bertangungjawab ke tidak tu". Bebelnya. Bukan main terkejut beruk lagi dia tadi pagi apabila mendapat tahu bahawa Datin Mawar kerumahnya dan terus meluahkan hasrat anaknya untuk terus berkahwin.
Dan dia?. Mahu atau pun tidak. Memang terpaksa iyakan sahaja waktu itu, yang selebihnya apa yang dibincangkan oleh ibu dan Datin Mawar terus tidak memasuki di pendengarannya.
Senyum pun bukan main lagi dia leretkan dengan senyuman palsu. Selepas Datin Mawar pamit pulang, terus mencecet dia menelefon lelaki itu untuk berjumpa.
"Aku akan jaga kau. Yang kau risau sangat ni kenapa?. Kau pun bukan muda lagi, dah tua dah pun". Tuturnya tanpa perasaan bersalah dan tanpa memikirkan perasaan wanita itu.
Iris Mikayla mengetap bibir. "Thats the things. Macam mana kalau one day awak akan tinggalkan saya sebab saya dah tua?".
"Macam yang aku cakap. Aku akan jaga kau dan kau tak perlu risau lagi. Okey?".
Iris Mikayla menghembus nafas panjang. Untuk apa lagi dia marah lelaki itu kalau pada akhirnya dia yang akan kalah?.
"when are we getting married?". Soalnya lemah. Dia masih belum sanggup lagi sebenarnya untuk bergelar isteri orang. Lagi- lagi isteri kepada lelaki itu. Dah lah lagi muda dari aku!.
"Two more months".
Hanya dengan tiga patah kata itu sudah membuatkan Iris Mikayla hilang pertimbangan. Jantungnya terasa dipam kuat tanda amarah semakin tercetus.
"What?!". Jeritnya. Tangan dibawah meja itu digenggam kuat. Dua bulan?. Dua bulan dari sekarang mereka akan berkahwin?. Oh Tuhan.. Mimpi apa aku tadi malam?.
"Kenapa?. Benda yang baik terus cepatkan jelah, bukan kita buat benda jahat pun. Mulai esok, kita terus keluar beli barang- barang kahwin kita. Hari ni kau rehat je".
Iris Mikayla diam. Tidak tahu lagi mahu berkata apa sebenarnya. Dah lah hatinya sekarang ini tengah panas membara. Salah cakap sikit nanti habis lah padah dia nanti.
"Soal pelamin, makanan, kek kahwin semua tu mummy dah tempah awal- awal dari sekarang. Kau dengan aku cuma tinggal ikut sahaja then kita tinggal beli barang hantaran dan baju kahwin je. Beli mana yang nak, tak perlu banyak mana pun". Bebel Hasif Safa panjang lebar namun tiada respon dari gadis itu.
"Dengar tak ni?". Suara dinaikkan sedikit. Sengaja mahu menarik perhatian gadis itu.
"dengar..". Sebaris itu sahaja yang dia jawab. Dia masih membayangkan lagi sebenarnya, bagaimanakah nanti apabila dia telah menjadi isteri kepada lelaki itu?.
Aku... boleh jatuh cinta dengan dia ke suatu hari nanti ?.
___________________________________
-HERMI SAFA POV-
"Dah siap?". Hermi safa melihat gadis itu dihadapannya yang dikenakan dengan baju blouse serta kain panjang. Rambut ikalnya diikat rapi.
"Dah.. Sebenarnya kita nak pergi mana ni?. Tak bagitahu I pun?". Jawab Viola dengan bibir sengaja dimuncungkan lagak girlfriend yang tengah merajuk.
Yelah, mana taknya. Dia terus mencecet untuk bersiap apabila mendapat arahan daripada lelaki itu dengan mengatakan "Bersiap, we're going somewhere tonight".
Hermi Safa yang melihatkan wajah cemberut wanita itu terus tersenyum sebaris. Comel !.
"Have a date with me tonight". Hanya dengan mengatakan itu, Viola tersenyum gembira. Tidak sia- sia dia memakai baju cantik- cantik yang dibelinya tiga bulan yang lalu tetapi masih tidak terpakai. Baru kali ini dia mengenakai pakaian itu ditubuhnya.
"Dekat mana?". Jawabnya teruja. Ini... first date kami kan?!.
"Adalah, ikut I je. Nanti you tahu lah dekat mana".
Hermi Safa memimpin tangan gadis itu sehingga ke keretanya lalu pintu kereta bahagian penumpang dibukakan untuk gadis itu. Bibirnya sedari tadi tersenyum penuh makna.
______________________________
-VIOLA POV-
(9 MALAM - RUMAH AGAM DATO' HAMID SUFI)
Matanya terkebil- kebil melihatkan kawasan rumah agam itu. Milik siapa rumah banglo ini?. Cantik sangat.
"Jom, masuk dalam". Tutur Hermi Safa menyentakkan Viola.
Lengan lelaki itu yang baru sahaja ingin membukakan pintu buatnya dicengkam perlahan. Terus terhenti tindakan Hermi Safa.
"Why?".
"Ini.. rumah siapa Hermi?".
"Rumah keluarga I".
Viola terbungkam. Matanya membuntang mendengarkan ayat yang keluar dari celah bibir Hermi Safa. 'rumah keluarga I'.
Hampir pitam dia mendengarkan tiga patah perkataan itu. Dia masih belum bersedia untuk bertemu orang tua lelaki itu. Oh My God, apa yang aku nak buat sekarang?.
Damn, hancur sudah angan- angan aku untuk 'first date' kami. Ini bukan dating namanya ni !.
"Don't worry, family I tak makan manusia. Jom jelah masuk. Mereka tengah tunggu di dalam".
"No!. Kenapa you tak cakap yang kita akan makan disini?. I masih belum bersedia lagi".
"Sebab tu I tak beritahu You. Kalau tak, you tak akan makan di sini". Selamba badak sahaja dia menjawab dengan wajahnya terbias riak tanpa perasaan bersalah.
"Hermi ! You ni kan memang....". Belum sempat dia menyudah kata, ada seseorang yang membuka pintu dari dalam.
Viola menoleh kepalanya kepada pemilik wajah yang membukakan pintu rumah itu. Semerta, mulutnya terlompong kecil dengan riak wajahnya sedaya upaya dikawal.
Mereka bersambung mata. Seorang dengan pandangan kaku dan terkejut dan yang seorang lagi dengan pandangan tertanya- tanya.
Hermi Safa di sebelah Viola hanya melihat mereka dengan keanehan. Apa yang dah terjadi sebenarnya?. Kenapa situasi ini bertukar menjadi janggal?.
Share this novel