-HERMI SAFA POV-
Dahi itu diusap lembut lalu dilabuhkan ciuman penuh cinta. Dia tahu, perbuatannya salah selagi tidak bergelar suami kepada wanita itu namun, harus bagaimana lagi?. Dia terlampau sayangkan gadis itu. Malah dia pernah buat lebih dari ini.
Dia teringat kembali akan kejadian sebentar tadi. Dimana gadis itu terlampau terluka. Luka yang diciptakan oleh wanita itu sendiri. Namun perihnya lebih teruk daripada orang yang melukakan kita.
"Itu... yang sebenarnya terjadi Hermi. I... I jahatkan?. I dah.. Dah bunuh orangkan?. I ni lebih kejam dari yang You sangkakan kan Hermi?". Bertubi- tubi soalan itu diajukan untuknya. Air mata dan cecair yang keluar dari hidungnya dikesat kasar. Selama beberapa tahun dia cuba kuatkan diri, mana pernah dia lemah dimata orang lain. Tetapi bila dengan lelaki ini... dia betul- betul tidak kuat.
Hermi Safa yang melihat tangisan Viola seperti dapat merasakan luka itu. Terasa luka itu tercalit kepadanya juga.
Dengan penuh berkhemah, dia memeluk kejap wanita itu. Manangis lah Viola.. menangislah sampai kau tenang. Kerana sesungguhnya tangisan itu menandakan kita manusia biasa.
Bukankah menangis juga menandakan diri kita mencari kekuatan serta melegakan hati sendiri?. Kau.. terlalu kuat, bukan!. Kau selama ini terlalu berpura- pura menjadi kuat.
Viola kaku didalam dekapan lelaki itu. Matanya juga semerta menjadi semakin memberat. Kantuk juga tidak dapat ditahankan lagi lalu dia terlelap didalam dekapan lelaki itu.
Hermi Safa yang terdengar dengkuran kecil Viola terus merungkaikan dekapan. Ingin melihat gadis itu baik- baik sahaja atau tidak. Dia tersenyum kecil. Yup, gadis itu baik- baik sahaja dan terlelap didekapan dia. Adakalanya bunyi hingusan kecil wanita itu kedengaran lucu di telingannya.
'Tidur lah Viola... aku akan buat mimpi buruk yang selalu membelengu dan menganggu kau selama ini akan hilang. Aku akan tolong kau, Aku janji'.
Tekad Hermi Safa.
___________________________________
-HASIF SAFA POV-
"Ibu.. Bila ibu free?. Nak bawa mummy masuk meminang Kayla untuk Safa". Tanpa segan silu, dia menyoal soalan yang mungkin merimaskan gadis disebelah Puan Azleen.
Bukan dia tidak nampak akan jelingan serta riak wajahnya yang sengaja dicemikkan menandakan yang gadis itu menyampah. Peduli apa aku. Kahwin nanti, bila dah terbiasa satu bumbung dengan aku, kau masti akan jatuh cinta dengan aku. Silap!. Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku.
"Esok ibu free. Esok bawa lah mummy kamu kesini. Lagipun kamu berdua dah lama kenalkan?. Apa salahnya kalau terus mempercepatkan majlis untuk kamu berdua". Tutur Puan Azleen lembut.
Iris Mikayla yang sedang mengunyah buah epal terhenti. tch, ibu ni kan.. Nak cepatkan pula. Aku kalau boleh nak lambatkan adalah.
"Boleh buuu.. Boleh!. Bila tarikh perkahwinan kami nanti?". Semangat betul Hasif Safa menjawab. Siap dengan kepala ditegakkan serta matanya yang bersinar.
"Laa.. kenapa fikir nak kahwin pula?. Fikir lah tarikh tunang dulu. Kan bu kan?". Dalih Iris Mikayla. Potongan buah epel yang kedua disua ke mulut.
Hasif Safa mencebik. Dia tahu gadis itu cuba mengelak. Dia tak nak kalah!
"Buat apa pula nak bertunang bagai. Kita kenal 4 tahun kot. Bukan ke bertunang tu tempoh untuk saling kenal?. Kita dah kenal lama dah kan?". Hasif Safa memberi alasan bernas.
Mata Iris Mikayla terus menatap kedalam matanya dengan pandangan yang bermaksud 'Kau nak mati ke huh?!. Pergi kahwin sorang- sorang sanalah kalau nak cepat sangat!'.
Hasif Safa buat tidak tahu dengan pandangan itu. Wajah dialihkan kepada Puan Azleen. Dia nak tambat hati orang tua itu untuk mendapatkan anak daranya yang seorang itu.
"Ibu tak kisah pun. Kalau mummy kamu kata tunang dulu , ibu akan setuju. Dan kalau mummy kamu kata terus kahwin ibu juga akan setuju. Ibu ikutkan mana- manapun". Jawapan selamat diberikan.
Tetapi tidak bagi Iris Mikayla. Itu jawapan maut baginya. Mahu sahaja dia membahas balik tetapi melihatkan pandangan tajam lelaki itu terus terhenti niatnya.
"Okey ibu. Nanti balik ni.. Safa bincang dengan mummy then esok pagi- pagi Safa suruh mummy datang sini untuk meminang anak ibu tu". Hasif safa memuncungkan bibirnya kearah Iris Mikayla.
Iris Mikayla jeling menyampah. Eeii aku tampar juga wajah kacak kau tu!.
"Boleh, esok nak gerak mesej ibu dulu ya. Boleh lah ibu siap- siap hidangkan makanan nanti".
Hasif safa angguk dan tersenyum simpul. Dia tidak sabar.. sungguh, dia tidak sabar mahu menjadi suami kepada Iris Mikayla.
Dia tidak kira, dia akan pujuk mummynya balik nanti!.
Share this novel