-IRIS MIKAYLA POV-
Salam diberikan dan tangan sedari tadi mengetuk pintu pagar. Tetapi masih juga tiada sahutan. Kemana pula lah budak ni pergi?. Pagar pun masih berkunci.
Baru sahaja dia ingin memberikan salam entah buat kali keberapa, pintu dibuka dari dalam. Iris Mikayla tersenyum simpul. 'alahaii budak ni, baru bangun tidur rupanya. pukul 9:30pgi awal sangat kah aku datang sini?' getus hati Iris Mikayla.
"waalaikumsalam kak. Maaflah, baru bangun tidur. ye kak, kenapa datang sini?. nak tinggal sini balik ke?". Soal Hasif Safa perlahan. Risau juga kalau dia dihalau dari rumah ini. kemana lagi tempatnya akan dia pergi?. Dia sedar, dia terlalu pentingkan dirinya sendiri saat ini. Tetapi pilihan apa lagi yang dia ada?.
Iris Mikayla tersenyum memandang wajah muram milik lelaki tersebut. Dia tahu apa yang bermain dalam benak lelaki itu.
"tidak lah, Kak Kayla nak paking barang akak. tahun depan akak terus tinggal di Johor. nanti awak ye yang bayarkan rumah sewa ni. Bila milik rumah datang soal, awak beritahu dia yang awak adik akak ye?". Soal Iris Mikayla. yelah, risau orang pandang apa lah nanti kan?. tak memasal namanya buruk nanti.
"ini ada sarapan untuk awak. Akak masak nasi lemak awal pagi tadi. makan lah ye". Iris Mikayla bersuara lagi. Masih terasa janggal dengan lelaki tersebut. yelah, baru semalam berjumpa, takan hari ni terus berkawan pula kan?
plastik yang berisi nasi lemak diberikan kepada lelaki itu. Dia masih belum tahu lagi nama lelaki tersebut.
Tangan Hasif Safa menyambut huluran sarapan dan memberikan senyuman kepada Iris Mikayla.
"akak masuklah, biar saya tunggu diluar rumah. Terima kasih akak, terima kasih sangat-sangat sebab tolong saya. Terima kasih juga sebab buatkan saya sarapan. Nama saya Hasif Safa, panggil Safa je. Nama akak apa ye?". Soal remaja itu kepada Iris Mikayla.
" Nama akak Iris Mikayla. Panggil kak Kayla je". Jawab Iris Mikayla lembut. Pagar yang daritadi telah dibuka oleh Hasif Safa telah dia jejaki kedalam pagar tersebut dan memasuki dirinya kedalam rumah. Hasif Safa menunggu Iris Mikayla diluar rumah.
_______________________________________________
-HASIF SAFA POV-
badannya dilemparkan keatas tilam empuk itu. Tangannya didepakan seluas mungkin ditilam itu. mata memandang siling putih tanpa kelip. Bayangan Iris Mikayla berada didepan mata.
Tanpa sedar, bibirnya tersenyum simpul gara-gara mengingati gadis manis itu. Iris Mikayla, manis sangat orangnya di mata dia. Dia yakin, bukan di matanya sahaja, malah mana-mana lelaki yang memandang dia pun akan mengatakan hal yang sama.
elok bertudung, wajahnya yang putih bersih tanpa sebarang jerawat, bibir yang kemerahan serta bulu mata asli yang lentik dan tadi pagi pun,dia hanya mengenakan makeup yang tipis. Mungkin terus berangkat ke tempat kerja barangkali.
Mata Hasif Safa dikedip perlahan. senyuman secara tak langsung dimatikan.
'tidak lah, Kak Kayla nak paking barang akak. tahun depan akak terus tinggal di Johor. nanti awak ye yang bayarkan rumah sewa ni. Bila milik rumah datang soal, awak beritahu dia yang awak adik akak ye?'. Teringat kembali perbualan Iris Mikayla tadi pagi. Dia tak rela terpisah dengan gadis itu. Tidak rela!.
"Iris Mikayla..." Bibirnya menyeru nama itu dengan perlahan. perlahan-lahan, senyumannya semakin dilebarkan. "Kau... aku akan cari kau Kayla. berapa lama pun aku akan tunggu. aku janji". Matanya dipejamkan. bayangan Iris Mikayla menyapa lagi. dan buat kesekian kali juga, bibirnya tetap terus tersenyum.
Share this novel