BAB 35

Short Story Series 99481

-HASIF SAFA POV-
Tersungging senyuman gembira dibibir mekar Hasif Safa apabila dari jauh sahaja sudah nampak sosok gadis pujaannya.

Sampai dekat, dia memberhentikan keretanya tepat ke bahagian hadapan sebelah Iris Mikayla. Tingkap kereta diturunkan lalu kepala tersunggul ke luar tingkap kereta.

"Ibu ada tak?. Kalau ada nak turun sekejap".

"Tak ada. ibu keluar tadi pagi pergi rumah kawan dia sebab ada buat rewang katanya". Jawab Iris Mikayla usai itu dirinya dibawa ke sebelah penumpang dan memasuki perut kereta.

Hasif Safa terus memandu laju kereta itu meluncur membelah jalan raya menuju ke rumah agam milik keluarganya.
_______________________________
(RUMAH BANGLO MILIK DATO' HAMID SUFI)

Sudah 4 kali Hasif Safa mengetuk pintu sedaritadi. Setiap ketukan dilalui dengan jeritan memberi salam. 'pelik, mana mummy?. katanya ada di rumah hari ni'.

Baru sahaja ingin memberi salam entah untuk kali keberapa, pintu terus sahaja terbuka dari dalam. Terpampang wajah manis wanita tua yang kira- kira 40an itu.

"waalaikumsalam, sampai dah?. maaf, mummy dalam tandas tadi. Ehh ini ke bakal isteri kamu?. jom.. mari, mari masuk". Jemput Datin Mawar teruja.

Hasif Safa tersenyum melihat karenah mummynya. Kepala ditoleh ketepi ingin melihat riaksi Iris Mikayla. dan.... ya, gadis itu tertunduk malu. segan agaknya.

"Dah, jom masuk. Lambat, aku angkat kau depan mummy". Sempat pula dia mengugut gadis itu sebelum kaki panjangnya melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu.

Iris Mikayla terkial- kial membontoti langkah panjang lelaki itu. Kakinya dimatikan apabila sampai di ruangan dapur bahagian meja makan.

Sungguh, terbuntang luas matanya melihat seluruh pelusuk rumah itu. Bahagian dapur juga bukan main besar lagi. Rumah yang hanya diduduki keluarga seramai 4 orang sahaja, namun meja makannya bukan main besar lagi beserta 8 buah kerusi. Kagum juga dia dibuatnya.

"Eh tunggu apa lagi tu, nak?. Mari duduk sini sayang. Mummy ada masakkan untuk kamu ni. Makan lah jangan segan- segan. Buat macam rumah sendiri. Sambil makan sambil berbual. Mummy nak kenal- kenal dengan kamu juga". Panjang lebar tutur kata Datin Mawar. Peramah sungguh orangnya.

Iris Mikayla anggukan kepalanya sahaja.

Kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan ke sebelah wanita tua itu. Matanya tidak sengaja memandang riaksi Hasif Safa. Cemberut sahaja wajah kacak itu. Mungkin merajuk sebab tidak memilih tempat duduk disebelahnya. 'ah, peduli apa aku!, berkepit dengan kau je rimas aku'.

"Safa banyak kali dah cerita fasal kamu. Katanya kamu cantiklah, baiklah, suka tolong dia lah. Kamulah ye yang tolong Safa masa 4 tahun yang lalu?. Tak sangka pula kamu akan berjodohan dengan Safa. Cantik orangnya. Berapa umur Kayla?". Soalan terakhir Datin Mawar merupakan soalan cepumas ditelinga Iris Mikayla.

Terus tak menjadi Iris Mikayla menyuapkan nasi ke mulutnya. Lidahnya kelu. Alamak, macam mana kalau Datin Mawar terus tak terima aku?. Yelah, perempuan lagi tua dari lelaki ni selalunya cepat monopos kemungkinan boleh bercerai berai. Kalau tak kahwin takpe lah, lagi aku suka. Tapi Safa mesti nak ikat aku punya. Ugh! aku tak nak jadi jandaaa!..

"She's 27, mummy". Melihatkan gadis itu yang terdiam, terus sahaja Hasif Safa menjawab tanpa serba salah atau perasaan takut. tenang lah, mummy je pun. Bukan hantu.

Iris Mikayla mengangkat wajahnya kesebelah. Ingin melihat riaksi wanita tua itu. namun....
Tiada apa- apa riaksi melainkan tersenyum simpul. Manis!. Patutlah anak- anak dia pun bukan main kacak dan senyuman pun manis. CUMANYA ANAK AUNTY JAHAT!.

"Really?. So, bila nak kahwin?. Kayla okey ke dapat suami muda dari Kayla?. Yelahkan.. bukan ke perempuan suka lelaki yang lagi tua dari dia?". Soal Datin Mawar inginkan kepastian.

"Kayla tak kisah pun aunty. Jodoh dah datang menyeru, Kayla terima jelah. Kayla ni semakin tua, kalau semakin muda tak pelah juga. Kan Safa?". Sengaja. Ye dia sengaja menyindir lelaki itu. Dengan bermaksud 'aku terpaksa terima kau'.

Terlompong kecil mulut lelaki itu. Bukan dia tidak tahu akan perlian dari gadis itu. Wajah dikawal sebaik mungkin. Kena kau Kayla!

"Well... betul tu mummy. Lagipula, Safa kan kacak, Kayla pula cantik. Kalau mummy nak cucu yang comel, mummy tunggu jelah ye.. gerenti takkan menangis tepi bucu. mesti ANAK safa nanti comel. Kan Kayla?". Soalnya dengan sengaja menekankan perkataan 'anak' dengan senyuman nakal dibibir.

Iris Mikayla tersedak nasi di celah dada. Tangan kecil menepuk- nepuk perlahan dadanya.

Hasif Safa tersenyum sinis. 'Nak berlawan dengan aku?. sah- sahlah aku yang akan menang'.

Datin Mawar menghulurkan air lalu badan belakang gadis itu diusap perlahan. "Ish kamu ni Safa!. Belum kahwin lagi jangan lah cakap fasal anak- anak ni. Segan dia". Bebel Datin Mawar.

"Ehem.. haa.. be-- betul tu aun-- aunty. Hehehe". Tersengeh segan dia dibuatnya. 'Tak guna kau jantan. Depan mummy kau bolehlah kau kenakan aku. Kau tunggu depan ibu nanti!. arghhhh.. aku tidak akan kalah!.' Titip hati Iris Mikayla cuba memberikan semangat kepada diri sendiri.

Datin Mawar tersenyum melihat tingkah mereka berdua. Yang seorang dengan senyuman nakalnya, yang seorang lagi dengan wajah yang berona merah. 'Semoga mereka berdua ini berjodohan. Aamiin'. Titip doa didalam hatinya. Bukankah doa ibu selalu termakbul?.

"Safa memang macam ni Kayla.. suka menyakat. Sabar jelah dengan perangai anak mummy yang seorang ni". Pujuk Datin Mawar. Ada juga terdetik perasaan bersalah dan kesihan terhadap gadis muda itu. Yelah, sampai terbatuk- batuk gadis itu dibuatnya.

"Takpe aunty, Kayla dah terbiasa dah."

"Ehh.. kenapa ber- aunty lagi ni?. Mulai sekarang, panggil mummy. Okey?".

Terdiam terus Iris Mikayla. Arghh segan betul lah dengan keluarga Hasif Safa. Bagaimana kalau mereka sudah berkahwin nanti?. Belum lagi memandingkan rumah ini dengan rumah kecil ibunya. Rasa macam tak layak sahaja dia duduk didalam rumah ini.

"Ba-- baik mummy". Tanpa banyak bantahan. Dia setuju sahaja untuk memanggil wanita tua itu dengan panggilan mummy.

Hasif Safa yang mendengarnya dalam diam terus tersenyum simpul. 'macam manalah kalau aku suruh kau panggil aku dengan panggilan abang?, mesti makin merah wajah kau. Ishh tak sabar nak kahwin!'. Rengek hati kecil lelakinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience