BAB 16

Short Story Series 99473

-HASIF SAFA POV-

Jam di pergelangan tangan dilihat lagi. Entah untuk keberapa kali dia memandang kearah jam tangannya. Jam pula sudah berganjak pukul 3:30ptg.

Anehnya, Apa yang Iris Mikayla lakukan di dalam bilik?. Kenapa lambat sangat ni?. suruh mandi je pun.

"Kau kenapa Safa?, macam cacing kepanasan je aku tengok kau ni daritadi. Kenapa asyik belek jam tangan kau tu?. Mahal sangat ke harganya macam harga buah ginjal aku ni?". Soal Emeer Keanehan. Pelik pulak dia ni.. Mengalahkan sewaktu menduduki SPM dulu, tidak tahu pula mamat tu nak tengok jam. Tahu-tahu je masa dah tamat untuk menjawab soalan.

"Jap, aku nak naik atas.. Mana lah perempuan ni. Entah apa yang dia buat dalam bilik pun tak tahulah". Rungut Hasif Safa kegeraman. Nafas dihembus kasar.

Anak tangga dipanjat satu persatu. Sampai sahaja didepan muka pintu, terus sahaja dia terjah masuk. Tiada orang didalam bilik itu.

Kaki diayunkan lagi kedalam bilik dan betul-betul berhadapan bilik air. Tangan cuba dicapai tombol pintu itu lalu dipulas. Berkunci!. maksudnya wanita itu ada di dalam.

Tok tok tok!

"eh, kau buat apa kat dalam bilik air tu hah?. Pengsan ke?. Keluar sekarang. Now!". Arahan keras dijatuhkan.

klik. Pintu tandas terbuka.. tetapi hanya separuh sahaja. kepala Iris Mikayla yang ditutup dengan tuala terjenggul di celah pintu.

"Safa.. ermm.. Saya punya kain yang awak belikan ni.. emmm" . teragak-agak gadis itu meluahkan kata. dahi Hasif Safa digeritkan menampakan beberapa garisan di atas dahi luas itu.

'anehnya, takkan aku tersilap beli kain pendek pula?. Setahu aku memang tidak silap beli. Kain yang aku belikan untuk kayla labuh sehingga ke buku lali kaki'.

"Huh? kenapa?".

"hurmm baha-- bahagian punggung ke-- kecil sangat lah. bila... bila saya pakai, akan nampak susuk punggung saya..". Jawab Iris Mikayla perlahan dan bergetar sahaja suaranya namun masih terdengar dengan jelas di pendengaran Hasif Safa.

'Damnnnn.. Malunyaaa aku' - bisik hati Iris Mikayla. Tertunduk terus kepala wanita itu menahan malu.

Hasif Safa tahan gelak. Arghh lucu betul wanita dihadapannya sekarang ini. Wajah merah merona gadis itu mahu sahaja dia cubit!.

"Ouhh.. mana lah aku tahu saiz punggung kau.So, why not, you just tell me about the size of your butt ?." Sakat Hasif Safa. Bibir tersenyum miang serta matanya disepetkan ke arah wanita itu yang sudah membulatkan matanya. Mukanya usah dikata, macam satu tong sirap dah. Merah sangat.

Iris Mikayla sudah berdengus geram. "Safa!. Boleh tak awak jaga pertuturan awak bila dengan saya?. Hormat saya, awak tu umur baru 21 tahun dah miang macam ni. Pergi kahwin sana lah!". Getus Iris Mikayla. Rahangnya sudah diketapkan.

geram dengan sikap selamba mamat dihadapannya.

Tersungging sunyuman sinis dibibir Hasif Safa. Lalu wajahnya didekatkan kearah wanita itu. "well, memang aku nak kahwin pun. Tapi dengan kau!".

"Saya taknak. saya nak lelaki yang lebih tua dari saya. yang matang dan tak miang!". Marah gadis itu lagi.

Hasif Safa mengetap giginya. "Kau cuma milik aku Kayla. Kau suka atau pun tidak, kau tu cuma milik aku. Aku peduli apa even umur kau tu 27 tahun pun. Aku tetap nak kau!".

" awak pekak ke?. Saya tanak lah. awak boleh buat apa kalau saya tak nak?. boleh tak jangan paksa saya?"..

Tangan Hasif Safa digenggam menjadi sebuah penumbuk. Matanya tajam menusuk kedalam mata milik Iris Mikayla.

Iris Mikayla yang perasan akan perubahan wajah lelaki itu terus sahaja menutup pintu tandas. Namun telat. Hasif Safa lebih pantas menghalang pintu itu daripada tertutup.

Hasif Safa terus menolak kasar pintu itu. Terdorong kebelakang badan Iris Mikayla beberapa tapak.

kaki Hasif Safa melangkah masuk kedalam tandas. Pintu dikunci dari dalam. Iris Mikayla menapak beberapa langkah kebelakang. Matanya sudah merah menahan air mata daripada mengalir.

"Kau.. kau suka buat aku marah kan Kayla?. Bila aku cakap aku nak kau.. Maksudnya aku nak kan kau!". Tengking Hasif Safa. Kakinya diayun laju ke arah gadis itu lalu pinggang ramping Iris Mikayla dikaut dengan lengannya.

"Safa.. saya.. saya minta maaf". Air mata jatuh juga akhirnya. perlahan sahaja mutiara jernih itu jatuh menuruni lekuk pipi mulusnya.

"shuuu my love.. Don't cry". Pujuk Hasif Safa. Tangannya dapat merasa badan gadis itu yang bergetar halus.

"Safa.. let me go.. keluar dari sini Safa..". Rayu Iris Mikayla. Tidak selesa dia dalam keadaan begitu.

Laju sahaja tangan Hasif Safa menjauh dari pinggang Iris Mikayla. Matanya memerhati kain yang telah dipakai oleh gadis itu. Nakal matanya memerhati setiap lekuk dari pinggang sehingga punggung wanita itu.

Bergetar tulang rusuknya!

"Do you want to tell me about the size of your butt?..well, tell me the size of the top as well if you want too". dengan muka tak bersalahnya untuk kali entah keberapa, dia bertutur selamba.

"KELUAR SAFA!". Tengking Iris Mikayla. Jari juga ditala kewajah Hasif Safa menyuruh lelaki itu keluar.

Hasif Safa tahu dia salah. jadi memang patut dia ditengking. tanpa banyak bicara lagi, dia terus berlalu keluar dari tandas tersebut. Pintu tandas ditutup kembali.

Dibelakang pintu, Hasif Safa mengeluh halus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience