-HASIF SAFA POV-
(HAMAR HOLDINGS BHD)
Kaki panjangnya berdiri tegak berhadapan Dato' Hamid Sufi. Hermi Safa yang berdiri disebelahnya diendahkan. 'Buat-buat tak nampak sudah'.
"Buat apa panggil Safa?, kalau setakat berdiri macam patung je.. Safa balik dulu ye?". Ruangan kerja yang janggal itu semerta terisi oleh suara Hasif Safa. Badannya juga sudah dibalikkan kebelakang untuk berura-ura keluar dari situ.
"Hasif Safa!. Nanti dulu!". Dato' Hamid Sufi meninggikan suaranya. Mata tajam memandang Hasif Safa yang telah membalik semula badannya ke arahnya.
"kau kerja apa sekrang ni, huh?. Kilang buat roti?. Kenapa tak datang sini minta kerja dengan daddy?. Kau ni memang hobi memalukan daddy ke huh?. Result SPM kau tu teruk sangat ke??!". Bertubi-tubi soalan keluar dari celah bibir tua itu. Hidungnya kembang kempis menahan sabar yang semakin menipis terhadap anaknya yang seorang itu.
Hermi Safa hanya tersenyum sinis. Suka dirinya apabila adik kembarnya dimarahi daddy.
"Kenapa nak malu?, Kerja kilang roti tu berdosa ke? Haram,huh?, Lagipun daddy kan yang dah tak nak tengok muka Safa?". Dengan berani sekali, Hasif Safa menjawab soalan daddynya. Muak dia dengan situasi yang sekarang ini. Dari dulu sehingga sekarang dia sahaja dipersalahkan.
"Kau ni memang menjawab je kan?.Cuba jadi macam abang kamu ni. Semua serba berguna". Puji Dato' Hamid Sufi. Tersungging senyuman puas dibibir Hermi Safa.
Berlagak!. Berlakon je padahal. Bila berlakang daddy, semua perkara dajjal kau buat!.
"Mulai hari esok, datang kerja sini. Jadi CCO (Ketua Pegawai Komunikasi) di pejabat ini. Faham?"
Ugh, Hasif Safa paling malas kerja yang rumit seperti itu. Kenapa rumit?. Kerana tugasnya sebagai CCO harus menjaga imej korporat yang baik, serta saluran komunikasi dengan dunia luar dan hubungan dengan media yang berkaitan.
Bila ada meeting atau apapun berkaitan kerja diluar negara, dia yang harus siap-siap dan berangkat kesana. Daddy memang sengaja bagi kerja menyusahkan untuk aku!.
Senyuman yang penuh dengan kepuasan tadi mati. Hermi Safa membulatkan matanya. "WHAT?, Daddy ni series ke huh?. Itu kan jawatan Hermi sekarang ni !.. Then Hermi nak kerja sebagai apa pulak?". Hermi Safa yang diam daritadi kini bersuara dengan wajahnya dibuat menyampah.
Mati terus senyuman puasnya tadi. padan muka!
"Kau nanti daddy tukar ke CTO (Ketua Pegawai Teknologi). Kemaskan barang kau nanti dan pindah ke bilik CTO. Mahu ataupun tidak, ikut je apa yang daddy arahkan!". Tegas arahan yang diberikan Dato' Hamid Sufi.
Terbuntang Hermi Safa mendengar arahan Dato' Hamid Sufi. 'Whatt?!, ishh tak dapatlah aku ke luar negara untuk enjoy dengan mat salleh. Damn!'. Kutuk hatinya.
Kini, Hasif Safa pula yang tersenyun puas. Padan muka kau. Walaupun dirinya tak suka dengan pekerjaan barunya, namun dia puas dapat merampas jawatan bahagian Hermi Safa.
_______________________________________
-IRIS MIKAY POV-
(2:30Ptg, LUCH HOUR)
Iris Mikayla menjeguk kepalanya keluar tingkap restoran. Mencari kelibat seseorang yang sudah 10minit dia tunggu.
Tiba-tiba, terasa bahunya dicuit lembut. Kepala terus laju menoleh kearah belakang.
Bibir terukir senyuman manis.
"Eh, dah sampai dah?, Bila masuk?. tak perasan pun...." muncung bibir Iris Mikayla, malu wajahnya kerana sudah kantoi dia menunggu kelibat lelaki itu di luar tingkap.
Amsyar menarik kerusi berhadapan dengan Iris Mikayla. Tersengeh dia melihat muncung gadis itu. Comel!.
"saya parking kereta jauh, sebab kereta banyak dekat depan restoran ni. That why awak tak perasan saya masuk sini". Jelasnya. Lengan baju kemejanya dilipat kemas menampakkan lengan tangan yang berurat. Kesukaan wanita!.
"Kenapa pandang saya macam tu?, saya tahu lah lengan saya ni sexy". Guraunya sambil kenyit mata.
Arghhh malunya aku.. kau ni Kayla, jangan gatal sangat boleh tak?!
Hampir tergelak Amsyar melihat wajah merah gadis didepannya. Sangat comel. Dia tidak percaya bahawa gadis itu berumur 27 tahun sahaja, wajah dan badan kecilnya seperti berumur 24tahun.
"ehem.. ma-- mana ada. sa-- saya cuma rasa janggal je, kan dah 3 hari tak berjumpa". Dalih Iris Mikayla selamba. Macam biasa, akting number one!
"Kenapa 3hari ni tak masuk kerja, Kayla?. awak tak sihat ke?". itudiaaaaa.. soalan cepumas dari encik Amsyar kita ni dah keluar.
Tersentak Iris Mikayla mendapat soalan itu. 'Saya kena culik Amsyar!'. Ingin sahaja dia meluahkan apa yang terbuku di celah keronkongnya namun seperti tersekat.
Otak ligat memikirkan alasan. Okey jumpa!.
" Saya okey je, saya dah wsapp bos 3 hari ni saya cuti sebab balik kelantan jaga opah saya. Darah tinggi dia datang balik sampai deman dibuatnya".
Arghh apa aku karut ni?. Taram je lah.. Janji lepas!
"Ouhh.. saya ingatkan awak tak sihat". Dugaan Amsyar salah. Namun tetap sahaja Amsyar tidak mengesyaki apa-apa dari Iris Mikayla.
gadis itu melapaskan nafas kelegaan.
*Nantikan sahaja kemarahan Hasif Safa*.
*Mesti hampa rasa nak tampar Hasif Safa nanti*.
*Hampa semua sabaq jap naaa, sis free, sis update nanti*.
Share this novel