-VIOLA POV-
"lepaskan lah.. Hermi, Let me go!. sakitlah. pandailah saya jalan sendiri". Terjengkit- jengkit kakinya dengan menggunakan tumit tingginya lagi semata menyamakan langkah panjang lelaki itu secara paksaan. Lengan juga yang terasa sakit dek cengkaman lelaki itu sedaya upaya dileraikan namun tidak berjaya.
Sampai sahaja disebelah pintu kereta itu, Hermi safa membukakan untuknya lalu dengan kasar memaksanya masuk. Mata lelaki itu tiada biasan ceria, nakal mahupun bahagia seperti selalu. Tetapi sekarang ini... matanya terpapar riak marah.
Dia juga tahu salahnya. Mahu tidak mahu, dia harus menanggungnya.
Hermi safa kesebelah memandu pula lalu memboloskan diri kedalam kereta. Tangan juga sudah siap sedia untuk memandu.
"I cakap apa dekat you?!, huh?!". Marahnya. Mata sudah memancarkan pandangan helang. Sungguh menyeramkan.
Terangkat bahu Viola mendengar suara marah seoktaf lelaki itu. Kepala ditunduk kebawah kerana takut akan amarah Hermi Safa. salah tingkah sahaja, habis lah dia.
"You tak dengar ke?. Kan I suruh You tunggu I dalam kereta. Kenapa degil sangat?!. Kenapa gatal sangat nak keluar kereta?". Soalnya bertubi namun tiada satupun yang terjawab olehnya.
Kepala viola yang menunduk semakin menekur kebawah. Dah macam tikus mondok sahaja gayanya. Tinggal diterkam oleh kucing!.
"Apa yang you dah dengar dan nampak tadi?". Soal Hermi Safa dengan soalan yang lain. Tetapi tetap tidak berjawab. Hermi Safa mendengus kasar.
"Viola Diendra!, Don't you hear me?". Sungguh, Hermi Safa kehilangan sabarnya. Tangan yang sedang memandu dan memengang stereng digengam kuat. Rahan diketam dan hidung kembang kempis menahan tengkingan. Risau juga dia kalau terlepas kepada wanita itu.
Bulu roma Viola terangkat keatas. baginya, suasana terasa menyeram saat ini. Dia tahu, apabila seseorang yang sedang marah memanggil nama panjang adalah seseorang yang sedang menahan tengkingan atau amukan kepada pesalah.
Viola hanya menganggukan kepalanya sahaja. Masih diam tidak terkutik. Terasa diri kerdil dimata lelaki itu.
Arghh paling benci perasaan dan suasana begini bila dengan lelaki ini. Mana perginya momen terindah dan sweet apabila dia bersama lelaki itu?!
Hermi Safa melepaskan nafas beratnya. Tipulah kalau dia tidak rasa bersalah kepada wanita itu. Tetapi dia tiada pilihan lain. Dia sungguh marah akan tindakkan wanita itu yang tidak mendengar kata. Bukan main lagi gadis itu menyakinkan dirinya untuk tidak keluar dari kereta itu.
"Now. Tell me...Why don't you listen to me? what is your reason anyway?." Dengan suara yang tertahan- tahan, dia menyoal gadis itu. Masih juga tidak berjawab. "Viola Diendra". Serunya berharap gadis itu menjawab soalan dia sebentar tadi.
"I am waiting for you and you have not come to me for too long. I'm just worried about you." Dengan berani Viola menjawab soalan lelaki itu siap dengan kepala ditoleh kearah Hermi Safa. Argh bohong, tetap sahaja dia takut akan lelaki itu. Dia hanya berpura- pura berani.
Entah, tidak tahu kenapa tetapi dia yakin. Sangat yakin bahawa lelaki itu tidak akan menyakiti dia.
"Then.. tell me, You ada dengar sesuatu apa yang I cakap dekat adik kembar I?". Soalan cepumas disoalnya lagi. Matanya sesekali menjeling kearah wanita itu.
"huh?. Ouh it-- itu.. I tak dengar apa- apa. Lagi.. Lagipun I kan ba-- baru sampai masa tu. So, I tak dengar apa- apa". Bohong!. Untuk kali kedua dia berbohong. Bukan dia tidak dengar apa yang Hermi Safa katakan kepada adik kembarnya.
'Jadi... Hermi Safa ada adik kembar?. Kenapa dia tidak menceritakan hal itu kepada aku?, Patutlah mukanya sebijik macam Hermi'. Detik hati kecil Viola.
Hermi Safa tersenyum sinis dalam diam. Dia tahu wanita itu berbohong. Bukan dia tidak nampak akan tingkah laku wanita itu serba tidak kena. Duduknya sahaja asyik sesekali dibetul- betulkan untuk menyelesakan diri.
"Jujur dengan I".
"Huh". Viola bingung akan soalan lelaki itu. Jujur?. Nak jujur apa pula ni?
"yes, be honest with me. what you heard when I was with my twins". Masih dengan lagak bersahaja, dia menanyakan soalan itu kembali. Bersahaja?. huh, walhal hatinya sudah panas membara. Berani sungguh wanita itu menipu aku.
"tak!. I betul- betul tak nampak apa- apa tadi. Dan I.. I tak dengar apa- apa pun". Entah untuk kali keberapa, dia menipu lelaki itu. Hari ini sahaja terasa banyak dia menipu Hermi Safa. Dia.. terpaksa. Ya, dia terpaksa!.
Hermi Safa diam. Tidak mahu berbalahan semakin panjang. Tahulah dia untuk menjelaskan semuanya kepada wanita itu. Ya, wanita itu pernah memberi tahunya bahawa dia lebih suka lelaki yang bekerja keras, bukan dengan duit orang tuanya semata- mata. Dan dia dengan bersahaja menipu wanita itu bahawa dia sedaya upaya kerja keras untuk wanita itu dan tidak mengharapkan duit daddynya.
'Tidak mengapa Viola.. tidak mengapa if kau taknak jujur dengan aku. Salah aku juga yang tak jujur dengan kau. Aku akan terangkan semuanya kepada kau'. Keluhan kecil dilepaskan.
Di sisi lain, Viola diam- diam menjeling kearah Hermi Safa. Tipulah kalau tidak kecil hati bahawa lelaki itu membohongnya!. Tetapi, bila difikirkan balik, dia terlalu sayangkan Hermi Safa. Tidak mampu untuk membenci.
Arghhh.. kalaulah mama dan abah masih sayangkan dirinya dan keluarganya tidak hancur. Pasti dia tidak terasa kehilangan. Sebab itu, dia tidak mahu kehilangan lelaki itu. Tidak sanggup!.
Share this novel