-HASIF SAFA POV-
6:30PTG.
petang itu, Hasif Safa berjalan kaki dari rumah sewa ke perhentian bas, tidak lah jauh mana. Dia bercadang mahu menaiki bas mahupun teksi untuk kerumah agam milik keluarganya. Untuk apa?. Untuk mengambil semua barang sekolah serta baju-bajunya.
Dia duduk di perhentian bas untuk menunggu bas tetapi lain pula yang datang. Kereta honda sivic berhenti di hadapan matanya. Dahi digarik, memandang aneh kepada kepunyaan kereta tersebut.
Cermin kereta diturunkan. Kepalanya ditunduk sedikit untuk melihat orang didalam kereta. Wajah yang keanehan tadi bertukar teruja. Senyuman segaris diberikan kepada pemilik kereta itu.
"Buat apa Safa kat sini?, Kak Kayla baru je balik kerja. Terserempak pula dengan awak disini. Nak kemana Safa?". Soal Iris Mikayla yang keanehan. Hasif Safa terseyum lebar. Muka keanehan pun tetap manis dimatanya!.
"Saya nak ambil barang dirumah saya. Esok dah start sekolah. Sebab tu saya nak ambil baju dan buku-buku sekolah saya". Jawab Hasif Safa tenang. Dalam hati berdoa agar wanita di hadapannya meminta dia menumpangkan keretanya.
"Ouh, masuk lah.. kak Kayla hantar kan. Rumah awak dimana?". Soal Iris Mikayla kepada Hasif Safa sambil menyuruh lelaki tersebut memasuki keretanya. Langkah Hasif Safa laju sahaja memasuki kedalam perut kereta wanita tersebut. Bibir tidak lekang daripada senyuman.
Setelah Hasif Safa memberitahu alamat rumah agam milik keluarganya. Tangan Iris Mikayla laju sahaja memulakan pemanduan kearah rumah agam tersebut.
Iris Mikayla hendak sahaja bertanya mengenai apa yang dah terjadi kepada keluarga Hasif Safa. Kenapa dia larikan diri?. Bergaduh ke dia dengan keluarganya?. Namun tanda tanya tersebut terbuku sahaja didalam hatinya. Tidak berani dia ingin meluahkan soalan cepumas itu kepada Hasif Safa.
Iris Mikayla tidak seperti teman-temannya yang lain. Yang banyak soal bermacam-macam soalan kepadanya mengenai ahli keluarganya. Dia rimas!. Tetapi Iris Mikayla?, dia tidak bertanyakan soalan kepadanya mengenai keluarga dia. Dan itu yang membuatkan Hasif Safa semakin selesa dengan wanita tersebut.
____________________________________
"Berani betul kau balik?. Bukan ke kau beria beritahu aku yang kau tanak balik?". Soal Hermi Safa sinis. Abang kembar kepada Hasif Safa. arghh memekak nak mampus jantan keparat ni!.
"Daddy, look! ada tetamu terhomat daddy datang ni". Jerit Hermi Safa lantang dari luar. sengaja mahu mengapi-apikan keadaan. Tak guna!.
"Kau buat apa balik sini?. Lupa ke yang kau beria nak larikan diri sangat?. Keluarga ni pun dah tak perlukan kau lagi dah. Berambus sekarang". Marah Dato' Hamid sufi. Jari telunjuknya diarahkan kepada Hasif Safa menyuruhnya berambus dari rumah agam tersebut.
"Sudah lah bang, kenapa dengan abang ni?. Kesian budak tu bang. Dia anak kita juga bang". Pujuk Datin Mawar. Air matanya ditahan agar tidak tumpah. Baru dua hari anaknya pergi meninggalkan rumah agam ini tetapi terasa kehilangan.
Bahu Dato' Hamid Sufi dicapai lalu dielus perlahan. Berharap kemarahan suaminya berkurang. Namun hampa, tetap sahaja kemarahan pada diri suaminya tidak hilang, tetapi semakin bercambah.
" You ni kenapa?. Dia budak malang yang suka menyusahkan kita. You tahu tak, disebabkan dia, malu keturunan kita aje!. tak sedar dek untung, You dari dulu manjakan dia sangat. Itu yang perangainya makin menjadi-jadi. I dah lama bersabar dengan budak ni!". Marah Dato' Hamid Sufi.
" Tak perlu nak memakak kat sini, Safa sekejap je disini untuk ambil semua barang Safa. Tak perlu nak jerit-jerit. Bukannya pekak lagi pun". Sinis Hasif safa. Dengan selamba, melulu sahaja dia memasuki rumah agam tersebut.
"Kurang ajar punya anak!. You tengok lah tu anak you tu!". Tengking Dato' Hamid Sufi. tanpa mengendahkan isterinya, terus sahaja dia memasuki rumah agam itu.
_________________________________________
- IRIS MIKAYLA POV-
Sedari tadi, Iris Mikayla mencuri dengar perbalahan antara Hasif Safa dan keluarganya. Walaupun masih tidak memahi apa situasi sebenarnya yang terjadi. Tetapi itu sudah menunjukkan Hasif Safa mempunyai masalah dengan ayah serta abang kembarnya.
Baru sahaja dia ingin merebahkan kepala di kerusi pemandu, dia terdengar pintu kereta dibuka dari sebelah penumpang. Cepatnya Hasif Safa mengemaskan barangnya?.
Terkejut bukan kepalang lagi bila menyedari bukan Hasif Safa yang masuk kedalam perut keretanya. Tetapi Hermi Safa yang memasuki keretanya dengan selamba. Wajah mereka sama, Iris Mikayla belum mengecam wajah kembar itu sepenuhnya. Apa yang dia tahu sekarang adalah baju yang dikenakan oleh Hasif Safa dan Hermi Safa adalah berbeza.
Tangan Hermi Safa secara selamba membelai pipi mulus Iris Mikayla. Matanya membulat.
Apa yang patut dia lakukan sekarang?.
Share this novel