BAB 36

Short Story Series 99411

-HASIF SAFA POV-
Dari jauh, dia hanya melihat Iris Mikayla memeluk mummynya. Sesekali ada juga mereka berbual yang tidak dia dengari. Entah apa isi pertuturan yang mereka bualkan sampai gelak kecil begitu, dia sendiri juga tidak dapat meneka.

Beberapa minit berbual, gadis itu melangkah ke arah keretanya lalu memasuki kedalam perut kereta dibahagian tepi pemandu.

Setelah memastikan Iris Mikayla menutup rapat pintu keretanya, Hasif Safa terus sahaja menekan pedal minyak dan berlalu pergi dari rumah agamnya.

"Berbual apa je dengan mummy?. ngumpat aku, huh?".

"Sedap awak je fitnah saya macam tu. Ewah- ewah, awak ingat awak tu siapa?. Artis ke sampai saya nak ngumpat awak dengan mummy?".

Dia mengangkat bahu sekilas. "Well, manalah tahu kan.. kau mengadu dekat mummy aku yang aku buat sesuatu dekat kau ke..kan?".

Iris Mikayla tersenyum sinis. "tch, so.. awak nak ke saya mengadu semua hal buruk kepada mummy awak tu?. Saya okey je buka mulut. Tapi awak tu?. Tak memasal saya kena culik pulak nanti". Sindirnya sedas.

"Baguslah kalau kau cerita semuanya. Aku lagi lah suka.Kau cerita sekali apa yang aku dah buat dekat badan kau. Kita kahwin terus.. Tak perlu tunggu lama".

Membuntang mata gadis itu mendengar jawapan selamba lelaki disebelahnya. Suka betul menjawab!. Kalau menjawab benda yang tidak menyakitkan hati takpelah juga!.

Hasif Safa tahan gelak apabila dia melihat wajah gadisnya itu cemberut seribu. Huh, ada hati mahu berlawan!.

"So, kau nak pergi mana lepas ni?. Dating jom. kita pergi...."

"Balik".

"huh?".

"Saya nak balik". Mendatar sahaja Iris Mikayla menjawab. Malas mahu melayan.

"No.. nak dating juga. Malam baru balik".

Hasif Safa terdengar rengusan kecil dari wanita disebelahnya. Mungkin geram dengan perangainya yang suka memaksa.

"tch, okey fine. Aku pula nak jumpa ibu kau, Boleh?, lagi cepat kitaorang berjumpa, lagi cepat lah kita boleh kahwin".

Iris Mikayla memandang sebelah. Muka yang cemberut tadi bertukar riak. Mulutnya terlompong kecil. 'ish, miang betul!'. "Buat apa nak kahwin awal?. Rilex lah, nak enjoy nanti tak puas macam mana?. Awak tu dah lah budak lagi!". Geram sahaja dia dengan lelaki disebelahnya ini. Gigi diketap perlahan. Hish!, benci betul dia kalau cakap pasal kawin bila dengan lelaki itu!.

"What?. Budak lagi kau cakap?. in case you forgot, that we once had sex, right?". Tanpa rasa segan, ayat itu meluncur keluar dari celah bibirnya.

Iris Mikayla tersentak. Tangannya semerta menggiggil. Amarahnya cuba ditahan sehabis mungkin.

"What?, That's what you say mature, huh ?. A mature man will protect the woman he loves".

"ouhh .. i see. I'll do all that when you're in danger. I will protect you like my own life, Okey baby?". serentak habis ayat itu dituturkan, jari telunjuknya memicit sebelah pipi gadis itu.

Iris Mikayla menepis kasar jari itu. jijik!.

"tch, dont touch me!". Gertak Iris Mikayla menahan sabar.

Hasif Safa hanya tersenyum sinis sahaja. 'Macam aku tak pernah sentuh kau'.

20Minit perjalanan, tiba juga dihadapan rumah Iris Mikayla. Sampai sahaja di hadapan rumah gadis itu, kereta diberhentikan. Kelihatan ada kereta didalam garaj rumah itu, bererti ibu Iris Mikayla sudah pulang.

"Jom turun, aku nak jumpa ibu kau pula". Hasif Safa mematikan enjin lalu membuka pintu kereta. Kaki panjangnya melangkah keluar dari dalam perut kereta. Memastikan gadis itu sudah keluar, dia menguci kereta tersebut dan membiarkan gadis itu berjalan dihadapannya.

Dia sedar, Iris Mikayla tersenyum sinis sewaktu keluar dari dalam kereta. Dia tahu gadis itu pasti merancangkan sesuatu.Tapi apa dia?. Dia juga tidak tahu apa pula yang gadis itu mahu rancangkan.

Tapi apa yang pasti... dia tidak akan kalah dengan gadis itu!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience