-HASIF SAFA POV-
(9:00MALAM)
Hasif Safa tersedar dari lenanya. Mata yang masih berat tetap cuba dicelikkan. Malam ini, dia harus keluar dari sini bersama Kayla.
Sewaktu badannya ingin bangun, bahunya terasa berat. Dia menoleh kearah bahu kanannya. Tersenyum dia melihat gadis itu yang sedang tidur keletihan disitu.
Puas dia melihat 'tanda' yang telah dia buat dileher dan bahu gadis itu. Teringat kembali akan jeritan dan rayuan serta tangisan Iris Mikayla.
Tetapi, dia tiada pilihan lain. Hasif Safa hanya membuat 'tandanya' dari leher, bahu sehingga ke dada gadis itu. Untuk sentuh lebih-lebih, dia tidak berani. Belum tiba masanya untuk disentuh gadis itu sehinggalah dia menjadi suami Iris Mikayla.
Perlahan-lahan, Hasif Safa meletakkan kepala gadis itu keatas bantal lembut. Tidak mahu wanita itu terjaga dulu.Selepas siap dia mandi, barulah dia akan mengejutkan Iris Mikayla. Selimut yang melurut kebawah ditarik menutupi bahu Iris Mikayla.
Hasif Safa menundukkan kepalanya dan menjatuhkan ciuman lembut keatas dahi Iris Mikayla.
Kakinya menuruni katil bersaiz king lalu baju serta baju bahagian dalam gadis itu dikutip dan diletakkan kesebelah Iris Mikayla. Sesudah itu, tuala diambil dan kaki diayunkan ke tandas.
_________________________________________
-IRIS MIKAYLA POV-
Telinganya terdengar pintu tandas ditutup dan pancuran air berbunyi deras membuatkan dia terjaga dari tidur.
Mata di buka dan tutup perlahan. Caranya untuk menghilangkan dari mengantuk. Dia cuba mengingati apa yang telah berlaku sebelumnya.
Mata semerta membulat. Mulut terlopong luas. Iris Mikayla membangunkan dirinya lalu duduk diatas katil. Selimut yang melurut itu diselak dan memerhati dadanya yang penuh dengan kesan merah dan ada juga yang lebam. Tangisan cuba ditahankan.
Dengan kudrat yang ada, dia mencapai pakaiannya dan disarungkan kebadan. Kaki melangkah ke cermin besar yang memang disediakan dibilik itu.
Panturan wajahnya di cermin dipandang. Matanya sembab, hidungnya merah serta bibirnya pucat, rambutnya juga berantakkan. Mata dijatuhkan lagi ke leher serta baju dibahagian bahu diselak. Penuh dengan 'tanda' yang telah dibuat oleh lelaki itu. Semerta, air matanya jatuh.
Dia malu, sangat malu kerana masih belum ada yang pernah melihat auratnya tetapi Hasif Safa yang pertama. Malah belum bergelar suami lagi!.
Tiba - tiba rasa jijik dengan diri sendiri !. Rasa hina!. Bagaimana kalau ibunya tahu?. Pasti wanita tua itu sedih.
Kedengaran pintu tandas dibuka. Dengan pantas, Iris Mikayla mengambil tuala pula. Dia ingin membersihkan dirinya yang telah 'kotor'.
"Kayla, terus bersiap ya?. kita terus keluar dari sini". Hasif Safa memecah kesunyian.
Kaki yang ingin melangkah ketandas terbantut.
"Nak kemana lagi Safa?. Saya nak balik..." Rayu Iris Mikayla. Suara juga sudah serak ingin menghemburkan tangisan.
"No.. Kayla. Aku nak bawa kau jumpa mummy aku dulu. Aku nak mummy aku masuk meminang kau untuk aku. Malam ni, tidur di rumah mummy aku dulu". Tutur Hasif Safa selamba. Tidak peduli akan riaksi terkejut wanita itu.
"SAYA. TAK. NAK!". tekan gadis itu satu persatu.
"saya jijik dengan awak, Safa. lepaskan saya. jangan ganggu saya dan anggap kita tak kenal lepas ni". Sambungnya lagi.
Hasif Safa sudah menghembus nafas berat. Bagaimana lagi dia perlu buat untuk gadis itu jatuh ke dalam gengamannya?. Ugh, dia terpaksa guna cara kotor kah?.
"Pergi mandi. lepastu terus gerak ke rumah 'kita'. Selagi kau tak setuju untuk kahwin dengan aku, selagi tu aku tak bawa kau jumpa mummy aku. Dan selagi tu aku tak akan lepaskan kau. So, lambat lah kau jumpa ibu kau kan?". Bahu di angkat sekilas apabila usai menutur kata.
Panas sahaja Iris Mikayla melihatnya. Ikutkan hati, mahu sahaja di tampar lalu di tikam dada lelaki itu berkali-kali. Baru puas!. huh.
'rumah kita'. Ish kemana lagi dia nak bawa aku ni?'. Mahu ditanya, tapi malas. Nak dengar suara lelaki itu lagi lah dia malas!. Ikut kan sahaja lah dia mahu dibawa kemana. kalau menolak pun bukan boleh buat apa kan?. Tetap sahaja dia dipaksa mengikuti lelaki itu.
"Sampai bila- bila, kita tidak akan pernah berkahwin". tutur Iris Mikayla perlahan namun masih didengari di telinga lelaki itu.
Badannya dipusing dan melangkah kearah tandas lalu pintu tandas ditutup dan dikunci dari dalam.
"Cakap lah apa pun Kayla.., Aku tetap akan dapatkan kau walaupun terpaksa guna cara kotor atau sakitkan kau sekalipun. sebab kau.. kau milik aku!." Desis Hasif Safa sendirian.
Share this novel