BAB 5

Short Story Series 99481

-IRIS MIKAYLA POV-
Matanya terkebil-kebil memandang tangan Hermi Safa yang selamba sahaja membelai lembut ke pipinya. Dasar buaya!.

Dengan lembut, tangannya menepis tangan lelaki itu.Kalau ikutkan perasaan marahnya,ingin sahaja dia menampar terus wajah kacak dihadapan dia sekarang ini.Tetapi dia masih rasional lagi. Rasa jijik dan mual pula dengan sentuhan lelaki itu.

Hermi Safa yang terkejut sekejap cuma dengan tindakkan berani wanita dihadapannya dipandang sinis. Semua wanita akan tunduk dan jatuh kepada dia. Jadinya, tak mustahil perempuan ini tidak akan tergoda dengan lelaki kacak serta anak berpangkat Dato'.

"Tolong keluar ya. Ini kereta saya, dan saya tak suruh pun awak masuk didalam kereta ni". Perli Iris Mikayla. Untung perli, kalau diherdik?. tak memasal buat ribut dihadapan rumah orang.

"Cantiknya you ni. Siapa ya?. Girlfriend Safa ye?. For your information, dia tu bukan siapa-siapa lagi dalam rumah ni. dia tu lagi jijik dari I tau". Kutuk Hermi Safa terhadap adik kembarnya dengan selamba di hadapan dia.

Belum sempat Iris Mikayla mahu menjawab. Tubuhnya dipeluk dan lehernya yang dilindungi tudung dicium kasar oleh Hermi Safa. Tersentak Iris Mikayla dibuatnya. Dengan tenaga yang ada, dia menolak dada lelaki jahanam itu. Belum pernah, belum pernah seumur hidupnya ada lelaki yang kurang ajar terhadapnya!.

jantung terasa berdebar. Suara tersekat dicelah kerongkong. Tangan kecil yang daritadi memukul dada tersebut digenggam kuat oleh Hermi Safa. Wajahnya masih sahaja didekatkan kepada leher milik Iris Mikayla.

'Safa mana awak?, tolong saya safa'. Rintih Iris didalam hati. Tangan Hermi Safa semakin liar. Tangan kanan mengengam tangan halus wanita itu, malahan tangan kirinya meraba bahagian badan belakang Iris Mikayla.

Badan Iris Mikayla menggigil ketakutan. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Mulutnya terus laju sahaja menjerit meminta tolong. Tetapi tangan besar Hermi Safa dengan pantas menutup mulut gadis tersebut.

Tiba-tiba, badan Iris Mikayla tersentak dan terdorong kehadapan. Terkejut entah untuk kali keberapa, matanya membulat saat badan Hermi Safa ditarik seseorang dari luar kereta penumpang. Hasif Safa!.

Laju sahaja wajah kacak itu ditumbuk lalu di tendang sekuat mungkin kearah dada Hermi Safa. Rahang diketap dan nafas dihembus kasar.

"Kau memang sial Hermi, jantan keparat!. kau dah melampau bila kau dah sentuh perempuan aku. she's mine!". Tengking Hasif Safa kuat.

" Kau dah kenapa buat hal depan rumah aku hah?". Tengking Dato' Hamid Sufi kuat. Terus laju sahaja tangannya menampar kuat wajah Hasif safa. Terteleng kepala Hasif Safa dan badan cuba untuk mengimbangi agar tidak jatuh. Kuat bukan kepalang lagi tamparan daddynya.

"Ouhh ni perempuan mana pula kau bawak balik ni?. Bukan main lagi bertudung litup tapi buat maksiat dalam kereta depan rumah aku!. Bila kau nak berubah hah Safa?". Marah Dato' Hamid Sufi. Matanya memandang tajam kearah Iris Mikayla.

Tersenyum sinis Hermi Safa mendengarkan tengkingan daripada daddynya. Puas rasa hatinya!.

"Daddy, kak Kayla bukan perempuan macam tu!. Banyak kali Safa beritahu daddy, bukan Safa yang sentuh dan perkosa Marsya, tapi anak kesayangan Daddy tu!". Tengking Hasif safa semula. Anak derhaka?. arhgg persetankan je semua tu!. bukan kehendak dia yang ingin menjadi anak derhaka, tetapi dia difitnah!

"Tak nak mengaku ya kau?. Abis kenapa kau yang ada dalam bilik tu?. kenapa bukan Hermi?. Kau jangan ingat kau ada kembar aku tak kenal muka anak-anak aku ya!".

"Daddy, daddy salah faham. Memang Safa yang ada dalam bilik tu dengan Marsya, tapi masa tu--". Belum habis lagi Hasif Safa ingin menjelaskan. Kepalanya ditunjal oleh abang kembarnya.

"Berambuslah kau, orang sekali dah menipu, terus nak menipu!". Sinis Hermi Safa sambil jarinya tak lekang dari menunjal kepala Hasif Safa. Dia takkan biarkan rahsianya terbongkar.

Hasif Safa mengepal tangannya menjadi penumbuk. Ditahan niatnya untuk menumbuk wajah abang kembarnya. Malas mahu memperpanjangkan perbalahan tersebut, terus dirinya memasuki kedalam perut kereta bahagian penumpang milik Iris Mikayla.

"Kak kayla, jom berambus dari neraka ni, baru depan rumah dah terasa bahangnya". Sindir Hasif Safa sambil matanya memadang tajam kearah abang kembarnya.

'aku tak kan kalah Hermi, kau tunggu nasib kau nanti'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience