BAB 7

Short Story Series 99481

-HASIF SAFA POV-
4 BULAN BERLALU ~~

Jam tangan dipergelangan tangannya dipandang sekilas. Hampir 10 minit dia disitu. Balik je dari sekolah, dia mendapat mesej dari wanita kesayangannya untuk berjumpa sebentar. Lalu, disini lah dia. Hua Thai Restoran. Hampir 4 bulan dia mengenali Iris Mikayla. Makanan kegemaran, warna kesukaan, saling bertukar numbor telefon ,serta dia tahu Iris Mikayla takut kucing!. semakin hari, semakin dia mengenali wanita itu, semakin dia jatuh sayang. CINTA!. Bibirnya tersenyum lagi. anggaukan wanitanya.

"Hahhh.. termenung apa tu? awek ke hah?". Sergah Iris Mikayla tiba-tiba.Tak cukup dengan itu, tangannya menepuk meja dihadapan wajah Hasif Safa. Terhenjut bahu Hasif Safa dibuatnya.

"ehemm.. mana ada, saya takde gf lah". dehemnya lalu menjawab pertanyaan buah hati dia. Ishh kau lah GF aku. ehh bukan, bakal isteri aku. Jawab hatinya yang sedang berbunga-bunga.

"Awak nak makan apa, biar kak Kayla yang belanja makan hari ni". Pelawa Iris Mikayla dengan senyuman.. Dia mana pernah kedekut senyuman, dan itulah yang membuatkan hatinya berdegup kencang. Arghh manisnya.

" Tak perlu order lagi. saya dah order dah tadi. tinggal tunggu je". Selamba badak dia menjawab begitu, halaaa bukan dia tidak tahu makanan dan minuman kesukaan wanita itu.

5 minit berlalu, makanan yang ditempahnya sudah tiba. Laju sahaja dia suakan nasi goreng tomyam serta air jus mangga kepada Iris Mikayla. Ye, itulah makanan kesukaannya.

"Hurmm.. Safa, sebenarnya akak nak beritahu sesuatu ni, sebab tu akak ajak awak makan secara tiba-tiba sekarang ni, nak beritahu sekarang boleh ke?". Pintanya lembut. Risau merosakkan suasana bila tidak meminta izin. Itulah sikap Iris Mikayla, hormat tempat dan suasana. Sehingga waktu genting untuk diberitahu pun dimintanya izin untuk bercakap. Polosnya gadis kesayangan dihadapannya ini.

"boleh, apa dia kak Kayla?". Soalnya kembali sambil tangannya sibuk menyudu nasi ayam lalu menyuakan kedalam mulutnya. Mata sedari tadi memandang wanita itu. Bukan senang untuk berjumpa, ini sahaja waktunya yang ada untuk tenung wajah manis gadis itu.

"Akak esok pagi dah gerak balik JB dah. tak tahu bila akan kita jumpa lagi. InsyaAllah ada rezeki kita akan jumpa ya?". Tanpa lapis, laju sahaja Iris Mikayla berterus terang.

Tangan yang sibuk menyuap makanan ke mulut serta merta terhenti. kepala diangkat lurus memandang kearah wajah gadis itu. badannya juga ditegakkan.

Tidak!.. Dia tak mahu. Kalau ikutkan, dia mahu ikut. tetapi result SPM masih belum keluar dan dia mana ada kereta untuk patah balik ke KL semata mengambil result SPM nya. Takkan lah mahu menyusahkan wanita itu lagi?. Mukanya suram, senyuman dimatikan. Suasana yang bingit dengan celoteh tetamu yang kunjung di restoran itu dia hiraukan. suasana terasa kelam.

"Ouh.. Bila balik sini semula kak Kayla?". Soalnya kembali. suara sedaya upaya tidak dikendurkan. Berpura - pura tidak terasa akan kepergian gadisnya.

Kayla di hadapannya berwajah sayu. Hasif Safa tahu, dia rasa bersalah. Tapi tidak diendahkan.

" Please datang sini semula kak. Jangan pergi lama sangat. Please kak". Rayunya. Sudu ditangan diletak ketepi. Hilang mood nak makan.

"Kak Kayla akan datang balik, akak pergi 2 weeks je ok?" - jawab Iris Mikayla tenang.

"Akak janji kan kak?" . Soal Hasif Safa kembali. Melihatkan wanita itu mengangguk kepalanya. secara drastik bibirnya mencalit senyuman manis.

'Aku sanggup tunggu kau Kayla.. aku sanggup. 2 minggu apalah sangat bagi aku'. desis hati Hasif Safa.
________________________________________
-IRIS MIKAYLA POV-
Melihatkan wajah sedih dihadapannya, dia tidak sanggup. Lelaki itu mana ada sesiapa selain dia?. Katanya kawan sekolah Hasif Safa tidak ikhlas pun mahu berkawan dengannya. Mereka hanya memperguna Hasif Safa atas kekayaan serta ingin menjadi terkenal disekolah sepertinya. Tetapi apabila satu sekolah mengetahui mengenai fitnah itu, semua kawan sekolahnya menjauhkan diri dari dia. Di dunia ini, penuh dengan bertopengkan syaitan. Thats why, manusia lebih bahaya daripada hantu.

"Kak Kayla akan datang balik, akak pergi 2 weeks je ok?" - jawab Iris Mikayla tenang.

"Akak janji kan kak?" . Soal Hasif Safa. Apabila kepalanya dianggukkan, secara drastik bibir remaja itu mencalit sebuah senyuman manis.

Iris Mikayla terpaksa berbohong. Tidak mungkin dia akan meninggalkan ibunya kembali setelah 2 minggu?. Dia harap Safa dapat kawan baru dan teman wanita agar dirinya dilupakan. Iris Mikayla mengeluh perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience