-HASIF SAFA POV-
"Halahhhh... Boleh lahhh mummy". Rengeknya.
Daritadi lagi dia mengikuti kemanapun langkah Datin Mawar yang sedang sibuk menghidangkan makan malam. Sekejap ke dapur, sekejap ke meja makan dan sekejap ke dapur balik. Naik rimas Datin Mawar dibuatnya.
Kalau lah pembantu rumahnya tidak cuti sakit, sudah lama dia tidak sesibuk ini. Malangnya, dia yang terpaksa menyediakan semua kelengkapan serta makanan untuk dihidangkan malam ini.
"Ish.. Kamu ni kenapa Safa?. Bertunang sajalah dulu. Yang beria nak kahwin awal ni kenapa?. Kamu tu dah sentuh dia ke?". Soalan cepumas berunsur maut itu terpancul dari celah bibir Datin Mawar.
Hasif Safa yang sedang berjalan melepasi peti sejuk itu terus terhenti. Dia tersentak dengan soalan maut dari mummynya. Lidah yang rancak merengek terus kelu untuk bersuara.
"Haa yang muka kamu tu merah kenapa?. Kenapa diam?.". Soal Datin Mawar. Tangannya yang sedang menyusun lauk pauk di atas meja terus terhenti. Mata semerta membulat luas. "Hasif Safa!. Jangan kata kamu buat benda yang bukan- bukan dengan anak dara orang!". Gertaknya.
Hasif Safa berdehem kecil. Cuba mencari idea yang logik dan bernas untuk meyakinkan mummynya.
"Mana adalah mummy.. Mummy cakap fasal sentuh dia kan?. So, Safa terbayang lah malam pertama kami nanti. hehe". Hasif Safa tersengeh miang. Ugh! Taram jelah.. Janji tak kantoi sudah.
"Gatal betul, dah jom makan. Daddy makan dekat luar sebab dia ada hal. Mybe larut malam baru dia balik. Nanti mummy...."
"Mummy... please.. Nak kahwin terus. Please lah mummy. Kami dah kenal lama dah mummy. Boleh lah. Kayla tu cantik mummy, nanti kena kebas orang kesian lah Safa. Boleh lah mummy". Pujuknya lagi. Masih mahu mencuba nasib. Dia kena pujuk Datin Mawar juga. Dia tidak kira!.
"Tch, ish.. Yelah, yelah.. Nanti mummy cuba berbincang dengan daddy dan ibu Kayla. Dah cepat, makan".
Hasif Safa tersenyum gembira. Menjadi pun!. Kau tunggu Kayla. Kau akan jadi milik aku nanti.
"Yes!. Thankyou mummy. Mummy memang the best". Puji Hasif Safa.
Jarang- jarang anaknya itu memuji dia. Kalau dah start buat baik, puji- memuji.. haaa adalah tu benda yang dia suka.
Datin Mawar tersenyum simpul. Kerusi ditarik lalu didudukkan keatas kerusi makan. Tangan yang baru sahaja hendak menceduk nasi terhenti
apabila terdengar suara orang memberi salam di ruang tamunya.
"Assalamualaikum, mummy.. Safa.."
Datin Mawar kaku. Senyuman dibibir juga mati. Manakala, Hasif Safa membulatkan matanya. Tidak sangka dia akan berjumpa dengan lelaki itu pada malam ini.
______________________________
Suasana yang tadinya tidak terasa kaku bertukar menjadi janggal.Terasa seperti malaikat menumpang lalu diruangan itu.
"Kamu.. sihat tak Hermi?". Soal Datin Mawar yang sengaja memecahkan kesunyian di ruang itu.
Hasif Safa hanya diam menyuapkan nasi ke mulutnya. Sikit pun dia tidak memandang abang kembarnya.
"Sihat. Sebenarnya.. Hermi datang ada benda nak cakap dengan mummy and Safa. Tapi Hermi silap masa kan?. Sepatutnya Hermi tak ganggu makan malam mummy dengan Safa". Hermi safa bertutur perlahan. Cukup hanya mereka bertiga yang mendengar.
"Eh.. mana ada macam tu. Makan sajalah. Ini kan rumah Hermi juga. Lagi pun, dah lama kita tak makan bertiga macam ni. Kalau ada daddy lagi best. Kan Safa?". Anak matanya sesekali menjeling Hasif Safa di depannya. Hasif Safa hanya diam menyuap nasi kemulut. Kepala tunduk memandang makanan. Sikit pun tidak mahu diangkat kepalanya memandang mereka berdua.
"Kalau tak selesa ada Hermi. Hermi boleh pergi. Hermi balik dulu lah ya, mummy". Hermi Safa pamit untuk pulang. Namun...
"Tak perlu, makan sajalah. Betul tu cakap mummy, kita dah lama tak makan sama- sama macam ni". Hasif Safa tiba- tiba bersuara dan menghalang gerakan Hermi Safa untuk pergi dari situ.
Hermi Safa tarik senyum kecil. Datin Mawar yang melihat senyuman itu terkaku. Dia hanya berharap semoga kehidupan keluarganya kembali seperti dahulu. Ada ketawa, ada gurauan dan kadang kala ada bergaduh kecil namun tetap sahaja boleh berbaik.
"hmmm.. Lepas makan ni, nak bercakap dengan mummy dan Safa sekali. Boleh kan?".
Hasif Safa diam. Tidak memberikan respon apa- apa. Datin Mawar hanya menganggukan kepala.
____________________________
"Safa, aku.. aku nak minta maaf dengan kau. Sebab.. sebab ak-- aku dulu.. dulu fitnah kau sampai daddy benci kau". Tanpa berdalih lagi, Hermi Safa terus meminta maaf.
"For what?. Kau nak duduk sini?. Kau nak daddy sayang kau lebih dari aku?. Sebab tu kau berpura- pura minta maaf?".Fitnahnya. Hasif Safa menarik senyuman sinis. Dia serik sangat dah dengan perangai abangnya itu.
Punggung diangkat untuk berlalu dari situ.
"Aku ikhlas minta maaf. Aku boleh berambus terus dari sini kalau kau tak nak pandang aku lagi. Tapi aku betul- betul ikhlas minta maaf. Dan lagi... Aku cintakan seseorang. Seseorang yang buat aku sedar akan kesalahan aku".
Kaki Hasif Safa terhenti. Badannya dibalikkan semula dan wajahnya tepat diarahkan kepada Hermi Safa.
"Seseorang tu 'perempuan' ke?. Kau dah jatuh cinta?. Kau?. Jatuh cinta?. Pfttt..lelaki macam kau ni tahu jatuh cinta ke?". Perlinya masih tidak mahu percaya.
"Safa.. duduk dulu, nak". Datin Mawar bersuara. Dia sebenarnya tidak mahu diantara mereka bergaduh lagi. Tidak mahu!.
"Terpulang kau nak gelak ke, nak sindir atau apa pun. Tapi aku akan berkahwin dengan perempuan tu. Kau boleh bencikan aku, Safa. Tapi aku tak nak kau tak hadir di hari perkahwinan aku. Aku nak kau datang ke majlis aku nanti dan lagi sekali, aku nak minta maaf".
Hasif Safa melepaskan nafas halus. Tidak tahu mahu percaya ataupun tidak. Namun di sudut hatinya pula mahu memberikan lelaki itu peluang untuk dia buktikan akan keikhlasan maaf dari lelaki itu.
"okey fine, aku maafkan kau. Tapi kau kena minta maaf dekat mummy dan daddy juga. Aku tak nak bergaduh dengan kau lagi. Sebab kita.. kita kan kembar?".
Datin Mawar tersenyum kecil. Dalam hatinya tidak habis- habis memanjat kesyukuran atas kebaikan ini.
Hermi Safa senyum sehingga kemata. Sungguh, dia juga merindui keluarganya serta adik kembarnya.
"Mummy, Hermi minta maaf mummy. Hermi... Hermi..". Tidak tahu lagi bagaimana untuk ungkapkan maaf. Layak lagikah orang sepertinya untuk diampunkan kesalahan?. Sebab berpunca dari dia lah keluarganya berpecah belah.
"Tak mengapalah Hermi. Mummy dah lama maafkan Hermi. Setiap didalam doa mummy mana pernah mummy tak sebut nama anak- anak mummy. Mak mana yang tak sayangkan anak?". Pujuk Datin Mawar. Bahu anaknya itu digosok lembut.
Hermi Safa menahan air mata dari jatuh ke tubir matanya. Tubuh tua itu dipeluk erat. Bagai tidak mahu dilepaskan.
"Ehem.. sudah lah tu berdrama. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni". Hasif Safa bersuara tiba- tiba.
Hermi Safa dan mummynya melepaskan pelukan. Mata mereka berdua memandang tepat kearah Hasif Safa dengan pandangan tertanya- tanya.
"Kau nak kahwin dah ke?. tch.. Disebabkan kau lambat, biar aku yang kahwin dulu". Tuturnya tanpa segan silu.
Hermi Safa membulatkan matanya. Mulut melopong luas.
"Mana boleh!. Aku kan abang. Aku lah kahwin dulu". Jawab Hermi Safa tidak mahu kalah.
Kali ini, Hasif Safa pula yang membulatkan matanya. Ughhh! aku nak kahwin dulu. aku tak kira!.
"Tch. mana boleh macam tu!. Aku lambat 3 minit je pun. Lagi pun aku yang kenal jodoh aku dulu. Dah lama aku tunggu saat- saat nak kahwin dengan dia tau". Bibirnya dicebikkan.
Datin Mawar yang melihat pertelingkahan itu menggelengkan kepalanya.
"Dah jangan gaduh- gaduh. Kahwin dua- dua teruslah. Apa susah?".
Hermi Safa Dan Hasif Safa melonggo. Kepala mereka berdua memandang wajah Datin Mawar dengan serentak.
"Taknak!". Serentak itu juga, mereka berdua menjawab.
Datin Mawar yang melihatkan itu terus menghemburkan tawanya.
Share this novel