BAB 8

Humor Completed 39788

Nia membaca mesej di telefonnya.

Lagi 10 minit aku sampai! Be prepared!

Hmmm…apa-apa jelah mamat kerek! Lelaki yang suka menyusahkan aku dalam dunia! Aku tak fahamlah dalam banyak-banyak lelaki kenapa aku kena jumpa dia yang selalu menyakitkan hati?

Tapi, aku takkan suka pada lelaki selepas apa yang jadi dekat aku! Selepas hati aku dipermainkan! Aku benci jenis typical lelaki! Lelaki dengan mudahnya mainkan hati perempuan!

Rayyan…ya nama yang cukup terkenal di zaman sekolah menengah dulu. Dialah orang pertama yang aku kapel. Tapi aku bukannya sejenis yang serius sangat tapi lihat kesungguhannya melayan aku membuatkan aku rasa suka kepadanya bertambah tapi lepas tamat SPM…semuanya berubah! Aku dapat tahu yang dia curang belakang aku!

Dia curang dengan kawan baik aku sendiri iaitu Alya. Aku tak sangka Alya dalam diam dia menikam belakang aku dengan menjalinkan hubungan dengan Rayyan. Selepas aku tahu, aku terus elak diri aku dari dua manusia durjana bagi aku!

Aku hanya diam mendengar ejekan Alya kepadaku yang mengatakan aku hanya perempuan simpanan kepada Rayyan. Sejak itu aku keraskan hati untuk menerima mana-mana lelaki.

“Nia! Nia! Ada kereta hitam tengah tunggu kamu depan tu.” jerit Puan Muna. Nia terkocoh-kocoh mencapai beg sandangnya lalu berlalu turun.

“Nia pergi dulu!!!” kalut Nia menyarungkan kasut sneakers nya.

“Kejap Nia! Sarapan?”

“Tak apalah mak! Nia sarapan dekat luar.”

“Sapa tu?”

“Tengku Quraisy! Bye mak!” Nia berlari ke arah kereta BMW 7series milik Tengku Quraisy.

“Sorry…” pinta Nia selepas masuk ke dalam kereta Tengku Quraisy. Dia tahu dia terlambat 5 minit. Lama jugak aku berangan kan?

“Kenapa kau lambat?” tanya Tengku Quraisy seraya memandu keretanya pergi.

“Aku sakit perut…” bohong Nia walhal dia sedang mengelamun tentang nasib dirinya.

“Hmmm…kita makan dulu erkk??”

“Hmmm…” nak kata setuju pun tak…nak kata tak pun tak jugak.

Mereka tiba di warung mamak. Eh? Nikan tempat favourite aku? Takkan mamat kerek sebelah aku ni pun suka jugak?

“Kenapa kau mengelamun? Handsome sangat ke mamak tu?” perli Tengku Quraisy.

“Tak sangka orang famous macam kau ni makan dekat tempat-tempat macam ni? Lagipun ni tempat favourite aku makan sarapan!” ujar Nia tanpa dipinta.

“Samalah dengan aku. Jomlah keluar. Kang tak sempat sampai di set…” mereka berdua keluar menuju ke warung mamak tersebut.

“Ayoo dik! APa macam tarak lama datang ini kedai?” ujar mamak tersebut kepada Nia.

“Dey mamak! Kita banyak kerjalah sekarang! Mana ada sempat mau makan! Macam biasa arr mamak! 2!”

“Ok! Siap! Abang manis?? Mau makan apa?? Sama jugakkah macam biasa?” tanya mamak itu kepada Tengku Quraisy pula.

“Samalah…” Tengku Quraisy membuntuti Nia duduk di meja makan.

“Aku nak tanya kaulah Tengku Quraisy. Apasal hah kau ambik aku jadi PA kau?”

“Soalan sama lagi! Hesy! Boleh tak jangan dok pertikai??”

“Masalahnya sekarang….”

“No! Shut your mouth or I’ll kiss you!” Tengku Quraisy memberi amaran maut!

“Kurang ajar betullah pelakon ni!” Nia mendengus.

“Ayooo dik! Lagi mau gaduh ka?” soal mamak itu sambil meletakkan 2 pinggan roti canai di hadapan mereka.

“Ini oranglah mamak! Suka cari pasallah!”

“Eh! Percayalah cakap dia ni mamak! Dia ni bukan betul sangat mamak!” Tengku Quraisy menyindir sambil menjeling Nia.

“Apalah kamu dua! Saya kasi kawin baru tau!”

“Uwekk!” dua-dua berlaku serentak. Mamak itu segera berlalu bersama gelengan.

Seorang lagi mamak menghantar air. Tak perlu dipesan! Sudah tahu apa menu mereka kalau datang!

Sedap saja Nia menyuap roti canai telur itu ke dalam mulut, dia ternampak gerangan manusia yang dia paling tak mahu jumpa seumur hidupnya! Dia buat apa dekat sini?!

Nia segera berpaling apabila gerangan itu duduk di sebelah meja makannya dengan Tengku Quraisy.

Alamak!!! Dalam banyak-banyak tempat, kenapalah dia duduk di tepi meja aku jugak?

“Kau dah kenapa Nia?” tanya Tengku Quraisy. Pelik minah ni? Makan pun nak kena senget kepala ke?

“Tak ada apa-apalah!” Tengku Quraisy memerhati sekeliling dan matanya tertancap pada lelaki yang bersebelahan dengan mejanya. Rayyan? Jangan kata yang dia ni…ex boyfriend Nia??

“Pasal Rayyan kan yang dok sebelah kau tu?” mata Nia membuntang. Macam mana dia tahu sebelah aku ni Rayyan?

“Kau tahu mana?”

“Kau junior aku dekat sekolah menengah dulu erkk?? Kau ni Cahaya Qisrania?” lagi terlopong Nia dibuatnya.

“Kau tahu mana aku ni Cahaya Qisrania?”

“Kau ingat ada seorang senior sapa kau waktu kau nak terjun sungai dulu?”

Ingatan Nia imbas kembali zaman silamnya di mana dia nak bunuh diri kerana dikhianati kawan sendiri!

Dia memerhati arus sungai yang mengalir laju kerana waktu itu musim hujan. Bajunya sudah basah lencun. Tunggu masa dia nak terjun sahaja. Waktu itu fikirannya kosong. Waktu itu dia form 4. Rayyan pula form 6.

Baru sahaja nak terjun, tangannya disambar kasar oleh seseorang. Dia terdorong ke belakang.

“Kau nak apa?! Kau lepaskan aku!!! Aku nak mati!!!” jerit Nia. Air matanya turun dengan laju.

“Kau gila ke?! Kau ingat dengan cara kau bunuh diri ni dapat selesaikan masalah! Kau nak kena bersemuka dengan Allah! Nerakalah kau jawabnya!”

“Arghhh!!! Aku tak kisah!!! Aku nak mati! Dua beruk bengong tu tak guna!!!” jerit Nia.

Lelaki itu mendakap tubuh Nia erat. Tak guna kalau menjerit. Dengan cara inilah boleh meredakan perempuan ni.

“Kau jangan peluk akulah!!!!” Nia menolak tapi tetap tubuhnya dipeluk erat.

“Kau kena ingat Allah! Ingat mak bapak kau! Setakat Rayyan putus dengan kau, tak ada masalah apa pun!” kata lelaki itu lagi.

Lama kelamaan tangisannya makin reda dan perasaannya tak terkawal tadi surut. Mata Nia membengkak. Lelaki itu melepaskan pelukannya. Budak sekolah agama berpelukan? Gosh! Apa yang mereka buat ni?

“Jom pergi dekat pondok tu nak? Kau tenangkan diri kau tu dulu. Aku teman!” ujar lelaki itu lagi.

“Tak payahlah! Aku dah ok!”

“Kau tak payahlah nak bohong aku! Aku tahu kau tak ok! Jom!” lelaki itu menarik tangan Nia menuju ke pondok.

“Jangan sentuh aku! Haram!” tutur Nia lalu tangannya direntap.

“Sorry…” mereka duduk di pondok itu berduaan.

“So now, kau ceritalah dekat aku apa yang jadi?? Kalau aku boleh tolong, aku tolong. Lagipun, Rayyan tu kawan aku!”

Nia memandang lelaki itu. Baik betul lelaki ni tapi aku takkan jatuh lagi kepada mana-mana lelaki!

“Kalau kau tak nak cerita dekat aku pun tak apa…”

“Kau nak dengar ke?” lelaki itu mengangguk.

Nia memulakan ceritanya kepada lelaki itu. Satu pun tak tertinggal. Dari saat mula kapel hinggalah berakhir seperti ini.

“Hmmm…boleh aku tau nama kau?”

“Nak buat apa?”

“Just to know. Manalah tahu in future kita berjumpa lagi?” ujar lelaki itu sambil tersengih.

“Emmm…nama aku Cahaya Qisrania. Form 4.”

“Oh…aku Tengku Quraisy… form 6!”

“Dah ingat?” tanya Tengku Quraisy. Nia kembali kea lam nyata.

“Kau??” Nia perhati dengan pandangan tak percaya.

“Manalah tahu in future kita berjumpa lagi?” ayat yang pernah diungkap dulu kini berputar kembali.

Nia tak keruan. Dihabisnya roti canai dan segera beredar. Not 10 ringgit diberi kepada mamak. “Simpanlah mamak…” dan dia segera beredar.

Tengku Quraisy menuju ke mamak. “nah…” not 10 diberi dan segera mengejar Nia.

“Kau nak ke mana Nia?”

“Nak ke somewhere!”

“Sungai? Nak terjun lagi?” mata Nia membulat memandang Tengku Quraisy.

“Boleh tak jangan menyibuk?!” Tengku Quraisy menunjukkan jamnya. Nia mendengus.

“Hmmm…jom!” Nia menuju ke kereta Tengku Quraisy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience