BAB 42

Humor Completed 39788

Tengku Quraisy menggenggam tangan Nia. Sudah 2 hari Nia tak sedarkan diri. Ini semua salah Rayyan! Kau tunggu Rayyan! Kau tunggu pembalasan aku! Wajah Nia yang pucat itu diusap.

“Nia…kau sedarlah Nia. Kau tahu tak aku sunyi sekarang ni?” ujar Tengku Quraisy. Dia tahu Nia dengar.

“Kau bangunlah Nia…kau kena kuat! Aku mintak maaf sebab tak dapat tolong kau tadi! Aku mintak maaf…” tiba-tiba terasa gerakan jari Nia. Tengku Quraisy memandang jari tersebut. Bergerak! Dia memandang wajah Nia.

“Nia!” Tengku Quraisy gembira apabila melihat Nia yang sudah pun sedar. “Kau tunggu kejap! Aku panggilkan doktor…” Tengku Quraisy berlari keluar memanggil doktor.

Tengku Quraisy mengucap syukur bila doktor sahkan yang Nia sudah stabil. Alhamdulillah! Tengku Quraisy duduk di kerusi sebelah katil Nia.

“Kau macam mana? Ok?” Nia mengangguk.

“Eh? Kau…kau…kau bukan ke tak habis lagi shooting?” tanya Nia dalam suara serak.

“Tak apa…last scenes aku malam ni.”

“Habis tu? Macam mana? Aku tak prepare lagi baju kau!”

“Tak apa…kau jangan risau. Aku tahulah nak handle macam mana! Aku akan call Amzi! Suruh dia urus aku nanti!”

“Tapi…Rayyan?! Aku tak nak duduk sorang-sorang dekat sini! Aku tak nak!”

“Ok…ok…tak apa! Aku akan mintak Arasy temankan kau malam ni! Pasal Rayyan…nanti tahulah aku suruh Arasy tu habiskan Rayyan kalau dia datang sini malam ni!”

“Ok…tapikan kalau aku ajak Nada boleh?”

“Eh! Mestilah boleh! Diakan kawan kau! Lainlah kalau kau mintak Rayyan yang datang! Memang 100 peratus lah aku tak bagi!”

Nia ketawa. “Memang taklah aku nak mintak Rayyan datang! Hesy! Tak masuk dek akal! Dahlah bilik ni sunyi…buatnya dia ehem dekat aku macam mana?! Meranalah kau!” Nia mengenakan Tengku Quraisy.

“Eh!!! Dia tak boleh ambik hak aku ok! Aku pun tak merasa lagi, dia yang dah rasa dulu! Tak aci!”

“Eii!” Nia menolak perlahan pipi suaminya. “Kau ni gatalkan?! Errr…Quraisy! Aku nak makanlah! Aku lapar!”

“Hmmm…kau nak makan? Ni, aku ada bawak bubur ayam khas dari mak kau tau! Tadi dia ada datang jenguk kau tapi kau tak sedar lagi…”

“Oh…nak makan!”

“Nak makan? Ok!” Tengku Quraisy membuka Tupperware berisi bubur ayam tersebut. Sudu dicapai lalu mencedok bubur tersebut dan disuakan ke mulut Nia.

“Isy! Nak suap segala! Aku boleh makan sendirilah!” Nia enggan menerima suapan dari suaminya.

“Eleh! Kau ni sakit-sakit pun masih jual mahal kan? Dah! Biar aku yang suap kau!”

“Tak nak!”

“Harus nak!”

“Tak nak!”

“Harus! Kalau tak…” Tengku Quraisy memakan bubur tersebut. “Aku yang makan!”

“Alah! Kau ni! Ok…ok…kau yang suap! Nak…” Nia merengek.

“Hah! Pandai pun isteri aku ni! Bukak mulut…” Tengku Quraisy menyuap bubur tersebut ke dalam mulut Nia.

“Sedap?”

“Sedaplah! Mak aku yang masak kot!”

“Ok fine!” Tengku Quraisy mencebik sambil menyuapkan bubur ke dalam mulut Nia.

“Aduh mak aii! Sweet nya!” tiba-tiba suara Tengku Arasy kedengaran.

“Alamak aii! Kau nikan! Selalu potong stim kan! Kau pehal datang awal-awal?! Kan aku suruh kau datang malam! Lepas maghrib!”

“Yelah! Tapi…aku bosan duduk rumah tu! Kena dengar leteran kak Quraisya je! Ish! Rimas!”

“Hahahaha! Kau dulu gelakkan aku sangat! Sekarang, kau yang gantikan aku! Kahkahkah!” Tengku Quraisy mentertawakan adiknya.

“Alah kau ni bang! Tak sporting lah! Tu, tengok tu! Dah habis kak Nia makan bubur! Semua sebab abang asyik sembang dengan aku je!” Tengku Quraisy memerhati isterinya yang selesai memakan bubur tersebut.

“Bila masa kau habis makan?” setahu aku, aku yang pegang bubur tu tadi.

“Dah kau ralit sangat dengan Arasy tu, aku ambiklah makan sendiri! Kalau tunggu kau suap aku sambil layan adik kau tu, aku yang kebulur!” balas Nia sambil meneguk air mineral tersebut.

“Sorry…” tiba-tiba telefon bimbit Tengku Quraisy berbunyi. Dia menjawab panggilan tersebut.

“Ya?”

“Oh ok…saya pergi sekarang!” talian diputuskan.

“Nia….err aku kena pergi sekarang! Ada ubah skrip! Arasy! Tolong jagakan bini aku ya?”

“Baik bos!” Tengku Quraisy terus berlalu sambil menelefon Amzi.

Tengku Arasy duduk di kerusi yang disediakan. Apa yang aku nak sembang dengan kak Nia erkk??

“Arasy!”

“Ya?”

“Akak nak tanya sikit boleh?”

“Tanyalah…ada apa?”

Nia terdiam buat seketika. Nafas berat dihembuskan. “Emmm…boleh akak tahu lebih pasal Megat Rayyan?”

Dahi Tengku Arasy berkerut. “Buat apa akak nak tahu? Lagipun, akak kan dah tahu!”

“Tak…sebenarnya kan macam mana Rayyan boleh masuk dalam keluarga Arasy?”

Tengku Arasy mengeluh. “Sebenarnya Arasy pun tak tahu apa yang terjadi sebenarnya! Tapi waktu tu…entahlah macam mana nak cakap! Selepas 2 tahun kematian mama, papa bawak balik mama Darina. Waktu tu, kami tak boleh terima tapi lama kelamaan dengan kasih sayang yang diberi kepada kami…kami mula terima mama Darina tapi yang paling kami tak sangka ialah Rayyan akan mejadi sebahagian daripada keluarga kami!”

“Arasy tahu yang Rayyan ni hanya menjadi kawan kepada abang tapi tak sangka dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Abang Quraisy pun tak sangka semua ni! Namun, perangai Rayyan makin menjadi-jadi bila dia kehilangan akak! Abang Quraisy hanya buat bodoh je walhal abang Quraisy tahu apa yang Rayyan nakkan waktu itu! Mama Darina dan papa pun tak tahu apa yang nak dilakukan lagi!”

“Keluarga Rayyan yang lain tak ada ke?”

“Ada! Rayyan ada seorang abang dan 3 adik perempuan! Tapi 3 adik perempuan dan abangnya dibawah penjagaan ayah dia dan Rayyan dibawah penjagaan mama Darina. Abang dia bernama Megat Hanif dan 3 adik perempuan dia tu nama Putri Hanis, Putri Alisha dan Putri Hannie!”

“Oh…Arasy ada nombor-nombor mereka?”

“Ada! Akak nak buat apa?”

“Akak nak contact mereka dan cari kelemahan Rayyan! Akak perlu supaya akak dapat tumpaskan Rayyan dan dia tak menjadi penghalang rumah tangga akak lagi!”

“Ok…akak salin erkk nombor ni!” Nia mengangguk.

Tengku Arasy menyebut satu persatu nombor adik beradik Rayyan. Selepas habis, Nia menyimpan nombor telefon tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience